Thursday 3 November 2011

MUTIARA KATA ~ HATI MILIK TUHAN BUKAN MILIK TUAN



"Hati manusia adalah terlalu unik,berbolak-balik,liar dan maknawi sifatnya.Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. Belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati.."

Wednesday 2 November 2011

Wanita Akhir Zaman yang cuba untuk Menjadi Solehah~


 
Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi aku,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamiku hanyalah lelaki akhir zaman,
 
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…
 
Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kami kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, aku penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, aku kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal,akulah penuntun
kenakalannya,

Saat Suami menjadi Raja,aku nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, akulah penawar ubatnya,
Seandainya Suamiku baran, aku cuba sabar memperingatkannya
 
Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan aku perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
 
Justeru aku akan tersentak dari alpa,
Aku bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam
sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …

Aku Maafkan Kamu..

Assalamualaikum,lama fia menyepi dari blog ini,bukan merajuk atau menyorok,tapi terikat dengan banyak komitmen kerja dan business.Bisnes kecik2 je..Alhamdulillah.Banyak yang fia nak cerita,banyak yang nak dicoret,tapi mood belum stabil kot nak menaip dengan tenang....Hehe...So fia tinggalkan blog ni dengan lagu yang penuh isi tersirat ni.Memerlukan daya fikir yang agak tinggi untuk mentafsir kata-kata dalam lagu ni.


Aku Maafkan Kamu ~Malique feat Jamal Abdillah




P/S : Khas buat semua yang pernah menyakiti hati ini...Aku maafkan kamu~