Friday 9 September 2011

PELABURAN ASB TAK HARAM


Kepala sudah weng memikirkan cara nak simpan duit untuk masa depan,nak buat loan bank tak lepas,kalau lepas pun sekejap je jadi orang kaya…pastu menderita balik nak bayar loan…huhu…sedih..

Jadinya…semalam mungkin Allah da bukakan jalan untuk saya,seorang hamba Allah tegur saya di ruangan chat Facebook,perbualan bermula dengan bertanya khabar,last2 dia cakap dia keje consultant kat sebuah bank.So topic loan bermula…dipendekkan cerita,saya tidak layak nak buat apa-apa pinjaman dengan bank tersebut.Hahaha… sebabnye gaji saya kecik je and saya tak pernah buat loan…hehe..Ingatkan tak pernah buat loan lagi senang nak dapat…heheheh..

Okey tak nak cerita panjang,lalu dia sebut pasal ASB,cara last buat loan ASB lah senang katanya..dia tanya saya ada buku ASB x?saya cakap tak ada,(kesian kan?) actually saya blurrr pasal ASB ni…taktau apa-apa pun…saya selalu dengar orang cerita dan suggest saya buka buku ASB ni..tapi saya tak ambil port,lagipun tak de sapa nak explain…huhu..sedih lagi…

So hamba Allah tadi terus explain sikit,tapi saya masih blurr n dia ajak jumpa je…sbb dia pun duk area Kuantan.Rasa nak juga jumpa,tapi saya masih belum ada keyakinan.So saya just ambil contact number dia dulu.

Pagi tadi saya terfikir nak cari maklumat pasal ASB ni,then dengan berbekalkan Blackberry burok,saya terus test line postkan kat Facebook pasal nak cri maklumat berkenaan ASB..Laju je ada hamba Allah komen Mufti Selangor cakap ASB ni HARAM sebab tak tau punca pelaburan tu.Semangat saya dah turun 50% serta merta…haha…pastu ada yg inbox nak tolong explain (syukur ada teman2 FB yang mesra)…Pastu ada sorang kakak komen nak chat dengan saya.

Sambil2 tu saya buat research sikit guna mobile web…nasib baik mobile BB saya berjasa! haha…memang banyak info kata HARAM,tapi sume dari website2 yang buat MLM dan system yang dibuat untuk kepentingan personal.Tiba2 mata saya ternampak satu maklumat keratan akhabar Utusan Malaysia bagitau yang ASB n ASN ni tak HARAM.

Berikut adalah kandungan keratan akhbar tersebut :

ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat,mengelirukan.

KUALA LUMPUR 13 Jun – Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat dan mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

”Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

”Maka kami berpegang pada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

”Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak,judi dan sumber was-was. Oleh itu,pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut,” katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya,isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

”Mereka diluar sana kena faham bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

”Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus,” jelasnya.

Sementara itu ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini,Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya,fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun,surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

”Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang Islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu,” kata jurucakap jabatan tersebut.

Ha...tu dia...panjang lebar penjelasan yang cukup jelas dari abang Hamad Kama dan Utusan Malaysia...terus kadar semangat saya melonjak naik kembali 100%!! haha...terfikir gak saya,kalau HARAM kenapa masih wujud ASB ni dalam kalangan orang Islam??Takkan fatwa kebangsaan tak peka hal ni?Kalau betul HARAM,kita tak tanggung,orang2 fatwa kebangsaan yang tanggung sebab dia kata halal dan harus.Jadi kena la yakin.

So saya berhasrat esok juga nak pergi buat akaun/buku ASB ni...hanya ini cara untuk mendisiplinkan diri menabung untuk masa depan..hehe..Al-maklumlah,saya ni pantang ada duit,ada je yang nak dibeli...haha..Lagipun ada loan untuk melabur dan loan tersebut tak ada risiko kalau kita tak mampu bayar....Terima kasih kepada kakak yang sudi chat dengan saya pagi tadi menerangkan dan menjawab semua soalan2 blurr saya...Saya dah faham sepenuhnya,tinggal nak kena p bank je dan confirmkan apa yang saya faham... InsyaALLAH saya juga akan ajak suami,mak dan adik melabur dalam ASB demi masa hadapan...

P/S : Syukur ke hadrat Ilahi kerana membuka kan jalan ini...dan seribu penghargaan buat teman-teman Facebook yang sudi explain walaupun tak pernah bersua muka.Pendapat mereka amat saya hargai.Saudara-mara sendiri pun tak ada nak ambil tahu.Status halal atau haram ASB ini boleh juga rujuk link ASNB..kat sana diorg dah view ruangan FATWA.