Saturday 30 July 2011

Adventure Week : Diari suka duka minggu lapor diri dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

21 Julai 2011 (Khamis)

Bagaikan kehidupan baru bagi saya dengan suami.Maklumlah,kami berdua ditawarkan jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17.Walaupun kalau tengok takde la tinggi sangat pangkat,tapi kami happy sgt2 sbb rezeki kami suami isteri mendapat tawaran dari government dalam masa yang sama.Hari ini kami sangat gembira..akhirnya setelah beberapa kali KPM menangguhkan tarikh taklimat penempatan,kami sampai juga di Hotel Plaza Kuala Lumpur.Dalam surat,tulis waktu pendaftaran pukul 12.30,kami sampai pukul 11.30 pagi..kematu jugaklah berdiri kat luar hotel tu sbb x boleh masuk sebelum pukul 12.30 t/hari.Ramai sungguh manusia...terpikir dalam benak kami,ramainya yang bertuah.

12.30 t/hari : Kami masuk ke dalam Hotel Plaza,wah...semua menyerbu..hehe..muka ceria ada,sedih pun ada...mungkin sedih dalam gembira.hehe...Kami masuk bersama,daftar dan duduk mengikut nombor yang ditetapkan.Nombor tempat duduk suami saya duk selang 1 baris di depan saya je...macam diaturkan pulak..hehe.. Perasaan tidak sabar dan berdebar menyelubungi..Yelah,dalam jadual sebelum ni tulis Taklimat dan penyerahan surat penempatan pukul 2.30ptg..

Sambil duduk-duduk tunggu masa nak check-in bilik,saya membelek fail yg telah disediakan di kerusi tempat saya duduk.Eh,ada jadual baru....belek punya belek,taklimat penempatan slot paling last sekali iaitu hari esok (Khamis)...argghh...memang saje wat orang tertunggu-tunggu!!

Tibe2 ada sorang puan mengumumkan sesuatu,katanya beberapa bilik belum siap dikemas sbb ada sekumpulan orang yang guna bilik2 semalam baru je check-out.So kena tunggu pukul 2 baru siap.So dia suh p makan dulu.Saya terus jenguk2 suami kot2 dia nak ajak saya keluar,tapi dia tak pandang plak.Tibe2 saya nampak sorang minah duk sebelah dia,pastu nampak cam tanya menda.Tapi saya tak risau sangat sebab minah tu takde la comey sangat.(Haha...jahat kan).

Dalam masa yang sama,saya duk tengok ada mamat tu duk arah kan 3 orang dalam satu kumpulan p amik kunci,alamak,cuak pulak..kat barisan saya duduk belum ada orang lagi,saya sorang je.Tiba2..ada seorang wanita duk di sebelah kiri saya,dan dua orang gadis comel2 duk di sebelah kanan saya..Alhamdulillah da ada geng.Tapi saya lebih tertarik dgn wanita di sebelah kiri saya,nampak macam tulus je..hehe..lalu saya pn berkenalan dengan dia,nama dia Kak Eily dah 29 tahun n ada seorang anak pmpuan umo 4 tahun dan tinggal di Subang Jaya.Dan memang spt yg sy jangka,dia memang tulus..comel je...tapi saya berkenalan juga dgn 2 orang gadis di sebelah saya...Alhamdulillah..mereka semua peramah..

Dipendekkan cerita hari tu saya dan Kak Eily bersepakat nak duk satu bilik.Yang lagi 2 orang cari sendiri kot..Tapi saya dan Kak Eily kena cari lagi sorang geng,cari punya cari,ada la sorang budak Kelatey offer diri,selesai tulis nama,budak tu kata dia x tidur kat bilik sbb nak balik umah kakak ipar dia.So....hanya saya dan Kak Eily lah kat bilik!! Seronok sebab tak payah duk ramai2..hehe..

Dah dapat bilik n kawan,lupa lak suamiku...hehe...call jap,upanya dia pn da ada geng..okey takpelah,tak risau sangat.Saya dan Kak Eily masuk bilik dalam pukul 4.30 petang selepas mendengar taklimat ringkas kat dewan tadi.Masuk bilik,kami rehat2 jap...kul 8.30 nanti ada taklimat lagi...

Tibe2 suami ku call,mintak tengok surat perlantikan yang dalam sampul yg diberi ms pendaftaran tadi CC kepada siapa...Semangat nak cek!! Tengok2 saya CC ke Pengarah di Johor,suami pula di Pahang!! Erkk...rasa nak gugur jantung..Kak Eily pn dapat CC ke Pahang.

Masuk dalam dewan malam tu...sume bising2 dah...tanya dapat CC kepada siapa...erk...sume da tau upanya...haha...Maksud CC tu..kalau CC ke Pahang,penempatan adalah di Pahang!! pandai2 je kitaorang kan..hehe..So,lepas habis taklimat pukul 10 malam,saya dan Kak Eily masuk ke bilik..masing2 susah nak lelapkan mata.Saya pula sibuk ber'SMS' dgn suami,kami da nekad,kalau betol esok penempatan masih di negeri yg di CC kan tu,salah seorang drpd kami perlu korbankan jawatan ini.

22 Julai 2011 (Jumaat)

Hari ni excited lebih sikit,yelah...seperti yang dijanjikan dalam jadual,penyerahan surat penempatan akan di adakan hari ini!! 

Okeylah,di ringkaskan cerita,dalam pukul 4.30 petang kami semua telah diberi surat penempatan...paling tak tahan,sume kena bukak lepas kiraan 123..haha..Bukak2..nampak TERENGGANU!! pastu terus risik2 suami kat depan...dia pun kat TERENGGANU!! suka sgt2!! SATU NEGERI weh...hehe...pastu risik2 kak Eily..dia dapat kat PAHANG...pape pun kami redha...Tibe2 pegawai yang handle taklimat gtau,sape2 yg dapat di Terengganu,Kelantan or Kedah,perlu melapor diri pada 24 Julai 2011 (Ahad)!!! Ha??giler...satu hari?mana sempat..dari KL ke Terengganu???mana nak cri umah n uruskan hal pindah?Paling teruk tempat lapor diri kami suami isteri berjarak 3 jam perjalanan!! Suami kena lapor diri di PKG Cheneh Baru,Kemaman,saya pula kena lapor diri di JPN Terengganu!!

Apapun,kami balik rumah...masing2 mendiamkan diri...saya termenung,suami mengurut kepala...Nak buat apa pun tak boleh...lalu kami sepakat supaya pejam mata sekejap...pergi lapor diri dulu...rumah tak perlu pindah lagi..

23 Julai 2011 (Sabtu)

Bangun pagi2...dengan langkah longlai kami kemaskan baju dan apa yang patut..dalam pukul 12 t/hari kami bertolak...hajatnya nak pergi survey sekolah suami dulu...survey punya survey,sekali dalam kawasan Felda daaa...berbukit bakau...hehe...okey tak pela...teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu...sepanjang perjalanan,saya amat resah...bukan apa,memikirkan kat mana penempatan saya sebenar?jauhkah dengan suami?

Sampai di Kuala Terengganu,kami bermalam di Hotel budget...tidur tak lena memikirkan hari esok dan kos sara hidup...

24 Julai 2011(Ahad)

Hari ni masa yang ditunggu-tunggu oleh saya,di luar JPN,kelihatan beberapa orang masuk ke pejabat..rupanya mereka semua dtg nak lapor diri jugak..Laaa..saya ingat saya sorang je..huhu...Pastu saya ingat datang,dapat surat,terus boleh pergi ke tempat posting.Sekali ada taklimat jugak...mulanya kata pegawai tersebut sampai pukul 4 petang.Saya dan suami dah pening kepala...suami yang berhasrat nak menangguh tarikh lapor diri selama 1 minggu semata-mata nak selesaikan hal saya dahulu terpaksa pergi juga berjumpa dengan Ketua Jabatan beliau.So,saya cakap,pergilah dulu.Masuk dalam bilik mesyuarat,tempat di mana PT baru melapor diri,kena pulak tunggu dekat 1 jam.Tunggu pegawai yg nak beri taklimat.

Sambil2 tu saya cuba call suami,eh da sampai?katanya Ketua Jabatan dia kat BTPN Marang...Aduhai...nasib baik la suami saya tak patah balik ke Cheneh Baru yang jaraknya 3 jam perjalanan tu..Hmmm..

Okey diringkaskan lagi cerita...Masa penyerahan surat penempatan sebenar...excited nak tengok surat,semua da dapat surat..ada yang happy...ada yang happy giler sebab dapat posting kat sekolah tempat dia belajar dulu...tibe2 saya sorang je tak dapat surat...semua masing2 da keluar untuk ke tempat posting...sekali pegawai tu cakap surat saya belum di sign oleh Pengarah JPN,jadi dia just cakap by mulut je..Katanya,saya dikehendaki lapor diri pada hari esok di PPD Hulu Terengganu,nati diorang hantar surat ke sana kemudian..erk,,,macam pelik je..takpelah...redha je..

Suami datang ambil saya dan ke BTPN Marang semula...serabut sekali lagi dalam benak kami memikirkan nak tinggal kat mana hari ni..takkan hotel lagi??tak ada bajet dah :( ...Sampai di BTPN Marang...penangguhan suami diterima dan pegawai kat sana offer kami tinggal di asrama yang disediakan selama seminggu..Alhamdulillah...syukur...Malam itu fikiran dan persoalan kami suami isteri tak temui jalan penyudah...Bagaimana saya nak hidup sorang2 kat sini tanpa suami dan sedara mara?Sape nak hantar saya ke tempat kerja?Kalau ada kecemasan siapa nak tolong??Akhirnya kami terlelap tanpa jawapan...

25 Julai 2011 (Isnin)

Saya lapor diri ke PPD Hulu Terengganu,sampai di sana,sy jumpa dengan seorang kakak nama Kak Nur,baik sangat,bila dia dapat tahu saya belum ada rumah,dia tanyakan kepada semua staf kot2 ada rumah kosong.Akhirnya dia tawarkan kuarters kepada saya..saya dan suami setuju sahaja,kami isi borang siap2...Lepas tu Kak Nur bawa saya jumpa bos (Pengarah PPD).

Saya agak terharu melihat perhubungan antara bos dengan pekerja yang sangat mesra.Saya perkenalkan diri dan dari mana.Mendengar sahaja saya belum ada rumah dan penempatan saya terpisah dengan suami,beliau terus cadangkan saya agar terus ditempatkan di Kemaman.Lagipun,surat penempatan saya belum ditandatangan.Beliau siap bagi nama sekolah yang masih ada kekosongan dan arahkan saya berjumpa dengan pegawai di JPN semula dan minta untuk ditukarkan ke Kemaman.Hati saya dah mula senang.Tapi ada kerisauan juga.

Saya,suami dan mama (mak mertua) yang baru tiba turut hadir memberi sokongan pergi ke JPN,malangnya pegawai yang dimaksudkan tiada di pejabat dan kami diarahkan dtg semula pada hari Khamis.Oleh kerana jarak PPD Hulu Terengganu dan JPN dalam 40 minit perjalanan dan waktu sudah menunjukkan pukul 3 petang,maka Pengarah PPD memberi kelepasan kepada saya untuk selesaikan urusan peribadi dan meminta saya hadir bekerja dulu sementara menunggu pegawai JPN berkenaan ada.Alhamdulillah...

Masa yang ada mama cadangkan supaya kami terus buat medical-checkup..Kami terus ke Kuala Terengganu Specialist,malangnya juga medical checkup tidak dapat dilakukan sebab dah petang.So appointment kami pukul 8.30 pagi esok,maka,saya maklumkan kepada salah sorg pegawai PPD Hulu Terengganu bahawa saya masuk pejabat lewat sedikit untuk melakukan medical check-up dan ke mahkamah utk mendapat pengesahan surat akuan sumpah.Alhamdulillah diberi keizinan.

26 Julai 2011 (Selasa)

Selesai buat medical checkup dan pengesahan surat akuan sumpah,saya terus ke pejabat dalam pukul 2 petang,mama yang menemani kami dari semalam terus pulang ke KB...terima kasih mama atas sokongan mama..

Selama di pejabat,saya duk baca je buku tentang Pengurusan Aset,sampai khatam...banyak sungguh borang2 yang berkaitan...huhu...Sementara itu,suami saya yang setia...selama 3 jam sebelum saya pulang tu,dia menunggu di masjid..kesian cayang...terima kasih cayang atas pengorbanan :) 

Kak Nur datang berbual dengan saya,tiba2 dia bagi num fon pegawai yang berkaitan ni JPN untuk mempercepatkan proses penempatan sebenar saya,sebab dia nak bagi kerja pun belum tau saya ditempatkan di bahagian apa.Saya minta izin kak Nur untuk berjumpa pegawai tersebut pada pagi esok.Kak Nur izinkan dan hati saya sedikit berbunga... :)

27 Julai 2011 (Rabu)

Saya dan suami keluar dari asrama BTPN Marang lewat sedikit,nanti kalau nak call pegawai JPN tu awal2 pagi takut mengganggu pulak.Dalam pukul 9 pagi,saya call pegawai tersebut untuk berjumpa..Tapi malang sungguh dia tiada di pejabat dan maklumkan akan ada minggu hadapan.Tanpa banyak bicara,saya terus ke pejabat.Memang kami berulang alik dari Marang ke PPD Hulu Terengganu tu dalam minggu ni...banyak juga duit mengalir untuk isi minyak...lemah semangat rasanya...

Sampai di pejabat dalam pukul 10 lebih,ada lagi 7 jam sebelum pulang,saya bertanyakan kepada staf disitu apa kerja saya boleh buat.Tapi masing2 tak tau nak bagi keja apa...hehe...lalu saya ambil keputusan untuk membaca buku ILBS kalau x silap..pasal undang2 pentadbiran...sambil2 tu saya SMS suami,saya cakap,esok peluang akhir kita sebelum pulang ke KL,kalau xdapat tukar ke Kemaman,saya dah nekad nak korbankan kerjaya ini dan cuba jadi penulis sepenuh masa.Namun suami saya masih memberi semangat supaya bersabar dan minta sama2 lakukan solat hajat malam ini.InsyaAllah...

28 Julai 2011 (Khamis)

Alhamdulillah,berkat solat hajat dan selawat,saya diluluskan penempatan di SK Lembah Jabor,Kemaman...jarak dalam 20km dari tempat kerja suami.Tak mengapalah,janji masih dalam daerah yang sama.Kami menganggap segalanya rezeki.Kami terus ke SK Lembah Jabor untuk melapor diri...Sampai disana,kami tergamam seketika melihat keadaan sekolah tersebut yang terletak di pedalaman dan dikelilingi hutan...huhu...tapi kami redha.

Alhamdulillah selesai satu masalah,kini masalah seterusnya adalah mencari rumah untuk di sewa.Kami cuba cari di kawasan Cheneh Baru,tapi semua penduduk disana mengatakan tiada rumah kosong,kami teruskan perjalanan ke Chukai,kot2 ada rezeki..tetapi setelah 4 jam,semuanya hampa...Jam pukul 6.30 petang,saya cadangkan kepada suami agar teruskan perjalanan ke Semambu,Kuantan memandangkan perjalanan dari sana ke tempat kami bekerja dalam masa 1 jam perjalanan sahaja (tapi sakit gak nak pk bajet!!).Entah berapa kali dah kami mengalirkan not biru untuk mengisi minyak...Masing2 sudah serabut.Tapi kami redha...

Sampai di Semambu,Kuantan dalam pukul 9 malam.Kami survey2 rumah,saya cadangkan agar cari rumah di Taman Datuk Abdul Rashid Salleh,dimana perumahan yang pernah saya duduk bsama mak dan adik pd tahun 2005,tiba2 suami saya buka mulut cakap disini juga dia pernah tinggal bersama dengan rakan-rakan POLISAS pd tahun tersebut!! Tuhan Maha Berkuasa menentukan jodoh pertemuan kami....walaupun tak bertemu pd 2005,dia merancang kami bertemu pada 2008 :) Alhamdulillah....perkara itu membuatkan hati kami yg gundah gulana terubat seketika.

Niat nak balik ke Damansara,KL pada hari yang sama kami batalkan.Saya cadangkan kpd suami agar kami stay sahaja di Kuantan.Awalnya suami menolak sbb kekurangan bajet,namun atas sebab risaukan keadaan suami yang sudah penat,saya cuba membantu sedikit dan mencari penginapan bajet.Jumpa saja bilik,suami saya terus baring dan lelap.Melihat suami yang lena dalam penat,air mata saya bergenang,memikirkan betapa penatnya suami saya,namun saya sangat bersyukur memiliki seorang suami yang amat kuat kesabarannya.Semua dugaan ini membuatkan perasaan sayang saya kepadanya bertambah......

29 Julai 2011 (Jumaat)

Pukul 9 pagi kami check-out...sebelum naik kereta...saya merenung ke jalan raya..."kemanalah arah kami hari ini...."...

Selesai sarapan di sebuah gerai,kami mulakan pencarian rumah di Taman Datuk Abdul Rashid Salleh,Semambu,Kuantan.Hampir 1 jam kami pusing2,segalanya hampa....jumpa sorang pakcik cakap ada sebuah rumah Cina yg akan dibuka utk disewa,namun keluarga CIna tersebut mau keluar pada hari Ahad,kami dah keje hari Ahad.Hmmm...kami teruskan pencarian di Bandar Damansara,Kuantan,hampir 1 jam jugak,kami jumpa sebuah rumah yang tinggalkan num fon di pintu...kami call tapi tidak berjawab,lalu kami catit dan teruskan mencari di kawasan perindustrian Semambu...hampa....Kawasan Galing...hampa...Air putih...beli paper..tengok iklan...namun semuanya HAMPA...sudah 5 jam lebih pusing2...kelihatan wajah suami sudah penat...kami berhenti di stesen minyak...suami menghempaskan badan di seat...pejamkan mata...saya cuba menenangkannya dengan mengusap kepalanya...sambil2 itu suami cuba call nombor2 yg kami sudah catit,,,

Akhirnya,tuan rumah di Bandar Damansara,Kuantan call....bincang2 punya bincang..katanya sewa RM500 dan perlukan deposit 2+1....Ya Allah,,,mana nak cari duit....nak cari rumah lain,rasanya dah tak ada...kesian suamiku...kami berbincang,dan bsepakat untuk menerima sahaja rumah tersebut walaupun rumah tsebut katanya sudah lama ditinggalkan...Tetapi kami tiada pilihan...buka pula topik minyak untuk ulang alik...dalam RM600++ jugak sebulan perlu diperuntukkan utk minyak kereta...saya kata,tak mengapalah...terima dahulu...mungkin ada rezeki kami nanti...Lalu suami call semula tuan rumah,perjanjian dibuat untuk bertemu pada hari Ahad ini.Selesai,kami teruskan perjalanan ke Damansara,KL...

Alhamdulillah...sudah sampai dalam 5 jam yang lalu...sampai di rumah...kami diamkan diri..masing2 memikirkan hal untuk esok...memikirkan mana nak cari sumber kewangan untk deposit rumah,mengupah org pindah brg dari KL ke Kuantan...kos perjalanan...kos makan n sara diri 2 bulan sebelum dapat gaji...Hanya ada esok sehari sebelum hari Ahad...Isnin dah nak puasa...nak mintak tolong orang?sangat sukar...sangat hina rasanya untuk meminta-minta...biarlah...mudah-mudahan adalah rezeki kami esok...InsyaAllah..Amin...


::Tuhan Merancang,Kita Juga Merancang,Namun takdir tetap di tangan Allah::

Friday 22 July 2011

Terengganu,waiting for me!! :(

Lama tak menjenguk blog ni...2-3 hari jugaklah..Sibuk sikit..chey wah...Fia sebenarnya baru je balik dari Hotel Plaza Kuala Lumpur.Ada Taklimat Penempatan dan Orientasi Anggota Kakitangan Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia...Wahh...buat ape fia pegi?Dah tentu2 fia adalah salah seorang "Insan Terpilih" untuk menjawat jawatan Pembantu Tadbir (P/O).Alhamdulillah...husband fia pun terpilih untuk jawatan yang sama,malah kami juga terpilih untuk berkhidmat dibawah negeri yang sama..iaitu Terengganu.Syukur sangat-sangat sbb kami antara 405 orang yang hadir telah terpilih untuk menerima tawaran ini.Orang kata,bagai mengantuk disorongkan bantal..hehehe...Tapi..

Dah tu nape title post ni ada smiley :(?? cube teka kenapa?hehe..
Ya,memg sgt bersyukur kerana diberi peluang ini.Tapi kami mengalami sedikit masalah.

1)Sekarang di Kuala Lumpur,tp kami diminta lapor diri pada hari Ahad (24 Julai) lusa!!Agak memeningkan jugak sebab husband dapat di sebuah sekolah di Kemaman,saya pula kena lapor diri pula di JPN Terengganu.Jarak kemaman ke K.Terengganu adalah 3 jam lebih!!

2)Masalah pindah - cmana kami nak setelkan hal pindah dalam masa 24 jam??Sangat serabut dibuatnya...huhu..

3)Masalah Kewangan-yelah,dah tengah bulan,gaji kat tempat keja lama belum masuk.Hujung bulan baru masuk,itu pun separuh sebab resign awal.Hmm...

Agak banyak perkara rumit yang nak difikirkan...masa yang diberi terlalu singkat.Kalau yang masih bujang,takde masalahla kan..Kalau dah berkahwin ni susah sikit (banyak kot).Jadi itulah sebabnya kat title tu ada :(...huhuhu...Apa pun,kami redha dengan ketentuan.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Dan hikmahnya pastilah apa yang terbaik untuk diri kami.Orang kata,susah2 dahulu..senang2 kmudian :)

P/S : Kesian tengok husband...sewaktu fia menulis post ni,fia tengok wajah dia yang sedang lena,kesian...Dia terlalu banyak berkorban dalam perhubungan ini.He is my true love..I love u cayang... :)

Monday 18 July 2011

SAJIAN BERITA TANPA PERLU KELUARKAN DUIT SATU SEN PUN,MALAH ANDA DIBERI GANJARAN!!

Hohoho!! Apa khabor?? Hope sihat sentiasa.Dah baca berita hari ni?Baca kat mana?Beli surat khabor?Ni meh Safia nak cerita pasal surat kabor ni...Bayangkan situasi dibawah :

  • Pukul 7 pagi...anda sedang dalam perjalanan pergi kerja..Tiba-tiba anda ternampak sebuah gerai menjual surat khabar,okey.Berhenti jap..Beli surat khabar dulu...(Parking jap tepi jalan...Tutup enjin kereta,tutup aircond dan tutup suis kereta..keluar kereta,tutup pintu kereta..dan berjalan ke gerai tersebut.Jauh sikit lah sebab parking jauh...anggaran masa yang diambil untuk melakukan semua itu -10 minit itupun kalau gerai tu tak jauh mana,kalau jauh pun mungkin anda berlari2,sampai la cepat.hehe)

  • Pukul 7.10 pagi dah..takpe,masuk opis pukul 8 pagi..Belek2 surat khabar,tengok muka depan,nak beli yang mana ni?Okey lah beli yang Inggeris satu,Bahasa Melayu satu.Bayar RM4.00 kat uncle Thamby tu...Tiba-tiba...Eh?Apesal Tajuk berita surat kabor B ni takde dalam surat kabor yang dah dibeli?Belek2 jap..Okey beli lah satu lagi..RM2 dikeluarkan..Dah beli surat kabor,xsabar nk baca,belek2 sambil berjalan ke tempat kereta (anggaran masa yang diambil untuk ini -15 minit!!)

  • Pukul 7.25 pagi...memandu ke pejabat..Alamak...!! Jem pulak....!! (Tersekat di jalan jem 30 minit!!)

Sampai di pejabat LEWAT akhirnya..gara2 beli surat khabor!!! Haaa..ni fia nak cerita lah ni,anda tak perlu bersusah payah seperti situasi diatas untuk mendapatkan maklumat terkini!! Fia nak kenalkan satu portal hebat abad ini!! Chey Wah...tapi memang betol okey..!!

Dengan satu portal ini anda boleh dapatkan info dalam dan luar negara dengan mudah,nak baca dalam bahasa omputeh pun boleh!! (Bahasa Inggeris la tu...).Hanya dengan satu website dan satu klik!!!
Selain itu anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun duit poket!! Paling best,kandungan beritanya ringkas dan padat.Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu kandungan berita.baca sekali dah faham,boleh baca berita lain pulak.Malah anda juga berpeluang memenangi wang tunai,freebies,barangan elektronik dan pelbagai voucher hanya dengan 1 klik!!!

INI ADALAH PORTAL YANG SAYA MAKSUDKAN :


Okey,bagaimana anda nak ke Portal ini??Senang sahaja...hanya dengan satu klik!! Hahha...dari tadi satu klik kan....okey Klik sahaja sekali di sini atau di MyNewsHub. Selamat menjana Informasi!!!

Sat2!! ni fia ada buat video huduh2 sikit ringkasan berita dari MyNewsHub.Sudikanlah menonton :) Terima Kasih ♥♥

Credited : Jack MyNewsHub & MyNewsHub

Sunday 17 July 2011

ALERT!!! 17 Julai 2011- iPOD TOUCH bakal menjadi milik anda sekarang!!

iPod Touch dan Gift Card Petronas bernilai RM300.00 adalah antara ganjaran yang bakal anda miliki mulai hari ini!! Apa yang perlu anda buat hanyalah mempunyai sebuah blog,jari jemari untuk menaip,semangat yang rajin membaca dan ada perasaan untuk memiliki sebuah iPod Touch atau Gift Card Petronas!! hehehe...


Apa yang Safia mengarut ni....ehh..takde yang mengarut nye...bukan cobaan...ini betol-betol kejadian!! Haha...cuba tengok gambar di bawah..


Tadaaa!! Inilah Ipod Touch.!!Ha??dah ada?Kalau dah ada,sila tinggalkan blog ini,bagi peluang orang lain menang!! Hehehehe...


Ha...Kat atas ni lak rupa Gift Card Petronas! Bernilai RM300...!!

Okey..kesian korang mesti tertanya-tanya menang ape ni..kat mana??hehe...ok ini adalah Peraduan Advetorial Memang Best! yang dianjurkan oleh MyNewsHub,sajian berita online kesayangan saya.Peraduan hebat ini bermula hari ini!! Untuk maklumat lanjut,kalian boleh klik di sini.Cepat! Masih belum terlambat untuk anda sertainya hari ini!! :)









Friday 15 July 2011

HADIAH!!! HADIAH!!! SIAPA SUKA HADIAH???



Ya!!Semua orang suka hadiah!! Ada ke yang tak suka hadiah??Kalau ada,memang ganjil lah manusia itu.Haha...Ni nak citer pasal hadiah.Semalam saya ada tulis entry pasal Hadiah..erkk,,apesal gatal je tangan nak taip perkataan hadiah ni..ha..tgk..taip hadiah lagi..dan lagi hadiah..hahaha!!

Okey2..korang nak menang hadiah dengan mudah?Tak payah perah otak,tak payah jalan jauh2...Tup2..hadiah sampai depan umah!! Hoh??Biar betik??!! Betik tak betik...untung2 korang akan dapat baucer shopping free,xpun voucher menggemukkan badan di McD..haha!! Cane nak dapat hadia??Senang je..

Korang join Peraduan Jom Share & Win.Klik sahaja kat sini. Korang tau hadiah apa bulan ni?? Meh nak gtau....


Baucer Membeli Belah di Jusco bernilai RM30.00 setiap hari
Pek hadiah misteri bernilai RM40.00 setiap hari!! LUMAYAN!! TUNGGGU APA LAGI???

Nora Danish Mahu Anak Hafaz Al-Quran?


Eh...korang dah baca MyNewsHub hari ni?Belum?Isk2..rugi korang tak baca!! Banyak topik hot hari ni.Salah satu daripadanya pasal pelakon comel,Nora Danish.

Ermm...saya agak tertarik dengan berita ini.Sebabnya?Ya,sebabnya Nora Danish mempunyai niat yang murni walaupun...erk..bukan nak mengata la kan..Tapi u all tengok sendiri la macamana personaliti pelakon ini.

Dalam berita tersebut diberitahu juga Nora akan menghantar anaknya ke sekolah Tahfiz Al-Quran,katanya banyak kelebihan menjadi seorang tahfiz termasuklah kebaikan untuk ibu bapa di akhirat.

Kak Nora,nasihat saya,perbetulkan juga diri anda.Sebab kalau dah anak ke sekolah tahfiz,dah tentu-tentu meereka akan diajar tentang aurat dan sebagainya.Tidak mustahil suatu hari nanti dia akan bertanya,"Kenapa mama tak pakai tudung?Kenapa mama boleh pakai seksi?".Ha..camno tuh..Renung2kan..

Ha,ada jugak Nora sebut,Anaknya sekarang sudah mula mengikut jejak bapanya,Jejai.Apakah??? Berita selanjutnya hanya di MyNewsHub-Nora Danish Mahu Anak Hafal Al-Quran

Thursday 14 July 2011

KOS POS LAJU NAIK!! ALAMAK!!!


NOTIS

Para Pelanggan PosLaju yang dihormati,
Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan PosLaju akan dinaikkan dari 10% ke 15%.
Kenaikan di atas adalah sejajar dengan kenaikan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa serta keputusan oleh Persatuan Syarikat Pengendali Ekspres Malaysia (AMEC) di mana berkuatkuasa 1 Jun 2011, syarikat kurier domestik Malaysia akan menaikkan kadar surcaj bahan api mereka daripada kadar sedia ada ke kadar baru iaitu 15% tetapi masih mengekalkan 10% untuk caj pengendalian.
Kenaikan surcaj bahan api ini adalah amat diperlukan untuk memastikan PosLaju dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada semua Pelanggan.
Walaupun industri kurier telah mula menguatkuasakan kadar baru ini pada 1 Jun 2011, namun demi kepentingan pelanggan PosLaju, kami mengambil langkah kenaikan lebih lewat, iaitu pada 15 Julai 2011.
Terima kasih. 


BEGITULAH AYAT YANG Fia temui di page Pos Malaysia.Tak tau nak kata apa...baca dan fahamkan.Sediakan duit poket lebih sikit kalau beli online..hehehe...

P/S : nak wat cmana....1Malaysia..kita melangkah seiring..hehe..pape pun ia adalah lebih murah berbanding anda beli belah kat pasaraya kuarkn duit minyak sendiri..jadi marilah pakat2 beli on9!! ^_^

I am the Lucky One-Lah!! :: TQ so Much Mynewshub::

Syukur...syukur..Alhamdulillah..itu sahaja yang mampu saya ucapkan saat menerima ganjaran dari page Facebook MyNewshub.Berikut adalah beberapa freebies yang saya terima dari pihak Mynewshub (sila klik).

TICKET WAYANG!!

VOUCHER MCD DAN JUSCO!!

VOUCHER MCD LAGI!! (Saya dah gemok!!!)

DETOX FOOT PATCH!! UNTUK KESIHATAN!! OLEH LifeRich


Dan voucher-voucher Jusco LAGI!!!

Mesti kalian semua tertanya-tanya,cmana nak menang?Cmana nak dapat?Okey senang je..korang like dan stay tune je bersama Facebook Page Mynewshub . Kat sana mereka akan update segala-galanya tentang contest!! Best!! Laaaagi BEST!!! :) Jangan lupa selalu baca berita terkini lagi sensasi disini.

Credited to :MyNewsHubJack Mynewshub

Wednesday 13 July 2011

Isteri perlu ada perasaan malu pada suami?


Hari ni saya sangat bosan.Pendek kata,beberapa minggu ni saya sangat bosan sebab ketiadaan bos di pejabat.Bos saya kena demam panas belum baik lagi.Jadi,saya yang sememangnya satu-satunya staf di pejabat ni amatlah bosan tanpa arahan dari bos.Hehe...Maka,saya menganggap tugas saya selama beberapa minggu ni sebagai 'jaga' di opis.Ok la tu,sekurang-kurangnya saya dibayar gaji untuk menjaga pejabat.Hehe...

Oh ya..Memandangkan bos tak ada di opis,saya pun berjalan lah..'berjalan' ke page2 Facebook dan blog.Sedang saya meneroka blog dan page2..Saya pun buka page Realiti Alam Perkahwinan,page ni memg menjadi kegemarann saya sebab admin2 mereka sangat sporting dan banyak info mereka kongsikan samada utk yang sudah berkahwin mahupun belum.Kira balance lah kan..hehe...

Okey,apa yang ingin saya kongsikan ialah tentang satu post diorang yang sangat menarik perhatian saya iaitu 'Suami Dambakan Yang Malu dan Silu' . Macam best je tajuk..saya pun bacalah sampai habis.Memang sangat menarik artikel itu.Untuk info bersama,saya kongsikan disini,bacalah..semoga bermanfaat buat semua...InsyaAllah ^_^

SUAMI DAMBAKAN YANG MALU DAN SILU

Sungguh pelik? Mengapa harus malu lagi pada suami, bukankah dia telahpun menjadi milik kita? Pendek kata, apa sahaja yang tak dapat dilakukan sebelum berkahwin kini sudah menjadi halal, kenapa mesti malu? apalagi yang mesti dimalukan di hadapan suami sendiri?

Isteri harus pemalu pada suami, itulah petua kekal bahagia yang panjang!

Kekalkan sifat malu yang ada dalam diri seorang isteri, itulah kehendak sebenar seorang suami. Naluri suami menginginkan seorang isteri yang pemalu dengannya, mengharapkan malu itu terus berpanjangan sehingga ke usia tua perkahwinan. Orang dahulu, sampai beranak sepuluhpun masih lagi mempunyai sifat malu mereka kepada suami.

Janganlah menganggap status halal untuk menghilangkan segala sifat malu kepada suami. Kadangkala suami akan bertambah meluat, jika isteri selalu mengada-ngada dan terlalu manja. Ini salah satu angkara isteri yang tertinggal sifat malunya.

MALU YANG MENDATANGKAN SAYANG

Cuba anda bayangkan, apabila suami pulang daripada penat bekerja, si isteri menyambut kepulangan suami dengan berpakaian t-shirt lusuh dan kain batik yang sering digunakan untuk memasak, bau usah dikata. Sambil-sambil terkulat senyum si isteri mencapai briefcase suami lalu beredar. Apa perasaan suami ketika itu?

Di hujung minggu pula, isteri tidak langsung pandai untuk berfesyen, dan masih lagi kekal dengan kain batiknya dan t-shirt lusuh, cara berjalan juga sudah ‘bersepah’ tidak seperti ketika mula-mula diijab-kabulkan, rambut mengerbang seperti Mak Lampir! Jangan terkejut jika suami sendiri tiada selera untuk menatap wajah anda sedangkan wajah itu jugalah yang pernah membuatkan si suami tidak tidur malam dan angau sewaktu bercintan dahulu.

Kalau dahulu sebelum berkahwin, jika bakal suami ingin bertandang ke rumah bakal mertua, si isteri akan mengenakan pakaian yang paling cantik, muka dibedakkan dengan teliti sampai hilang jerawat batu. Tutur katanya pun sopan sahaja, anak matanya walaupun rasa teringin untuk menatap wajah bakal suami, tidak terus-menerus dizahirkan, bahkan hanya mencuri pandang dari jauh.

Alangkah bahagianya ketika itu, kerana setiap tingkah-laku dirapikan dengan sebuah perasaan malu. Malu kalau-kalau bakal suami tahu akan keaiban dan kelemahan diri, lalu setiap pergerakannya disantuni dengan sikap berhati-hati. Pendek kata, malu ketika itu adalah malu yang sungguh perfect! (sempurna).

Ah! Itu semua ceritera malu semasa bercinta dan sebelum berkahwin yang sudahpun berlalu. Bila sudah memiliki, malu sudah tidak ada peranan lagi dalam perhubungan suami isteri. Oleh kerana ramai yang beranggapan beginilah, si suami tidak segan-segan untuk berpoligami, bukan kerana lelaki yang bernafsu tinggi, tapi salah isteri yang kurang menjaga malu.

Alahai..

Tahukan anda, malu seorang isteri itu ibarat perawan, iaitu memelihara kesucian gadisnya agar tidak tercemar. Kesuciannya hanya diserahkan kepada insan yang bernama suami. Jiwa dan raganya jua tidak mudah diberikan kepada sesiapa. Itulah gambaran sifat malu seorang isteri.

Saya percaya dan yakin, apabila seorang isteri senantiasa mengiringi setiap perbuatannya dengan malu, dia pasti akan melakukan apa saja untuk suaminya dengan usaha yang terbaik kerana sayang dan cinta akan suaminya. Apabila mahu menyajikan makanan, maka si isteri akan menyediakan masakan yang paling sedap, dan bimbang jika suami berkecil hati kalau-kalau masakan yang dihidangkan tidak menepati selera suami. Atau dengan kata lain, si isteri malu jika tak mampu menyediakan segala yang terbaik untuk suaminya.

Inilah dia malu yang bakal membibitkan rasa kasih dan sayang antara pasangan.

Ketahuilah, apabila isteri sering bersikap malu dengan suaminya, suami akan sentiasa memerhatikan dan sering mendambakan. Bila berdekatan terasa bahagia, bila berjauhan pula datang rasa rindu, terbayang-bayang wajahnya selalu. Tidak mustahil jika isteri yang pemalu ini, suami sentiasa mengharapkan kehadirannya pada setiap masa untuk mendampinginya, kalau boleh biar ke mana-mana sekalipun suami mahu bersamanya.

Lama-kelamaan, malu ini akhirnya mengeratkan sebuah hubungan. Semakin tinggi malunya, semakin erat kasih dan sayangnya. 'Semakin malu, semakin laku!'

Suami kadangkala tertanya-tanya, mengapa tiada ada lagi suasana seperti dahulu. Semasa mula diijab-kabulkan isteri selalu ‘menjual mahal’, tutur kata tidak menyakitkan, pakainya selalu yang indah-indah untuk suami, kini suasana itu seakan sudah hilang, isteri terlalu murah buatnya, mudah saja mendedahkan segalanya. Adakah malu pada isteri sudah tiada?

Kalau semua perkara mudah didedah, tiada lagilah yang indah. Hambar.

Malu akan menambahkan seri buat isteri, kerana segala-galanya akan dilakukan dengan berhati-hati. Apa tidaknya, bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah di kamar tidur, si isteri sentiasa memelihara tingkah-lakunya, tidak hairanlah jika isteri selalu menjual mahal, maka suamilah orang pertama dan terakhir menjadi pemburu isteri yang setia.

Jika berjauhan, terasa membuak-buak hati suami mahu pulang ke rumah, jika berdekatan seakan tidak mahu berpisah. Ditatap wajah si isteri namun tidak puas, kerana di sebalik wajah itu ada penyeri yang mengindahkannya, iaitu sifat malu.

Anda mesti terasa sejuk, apabila isteri yang mula-mula anda kenal dahulu tidak jauh berbeza dengan dia yang ada sekarang. Sifat malu yang dipelihara dahulu masih lagi dilihat sehingga kini. Kalau dahulu sering berwangian, duduknya dijaga rapi, rambut pula disisir cantik dan segalanya seakan dilihat masih terpelihara. Seperti baru semalam mengenali si isteri. Cantik isteri dipelihara dan dihiasi dengan sikap malunya.

Hati suami mungkin berkata: ‘kalau beginilah isteri-ku, dialah bidadari dunia dan akhirat-ku!’

RASUL ITU PEMALU ORANGNYA! Rasulullah seorang yang pemalu. Dalam sebuah hadith ada menyebutkan: ‘Malu Rasululullah saw itu melebihi seorang gadis. Jika ada sesuatu yang kurang menyenangkan baginya, kami dapat melihat melalui raut wajah baginda’ (Sahih Bukhori)

Kata Nabi saw lagi: ‘Apabila kamu tiada malu, lakukanlah segalanya’ (At-Tarmizi).

Lalu tidak hairanlah, seandainya hilang sikap malu dalam diri seorang muslim, maka akan terjadilah perilaku yang tidak boleh diterima akal kerana dia bisa melakukan segalanya tanpa segan dan silu.

Bila tiada rasa malu antara pasangan, samada isteri mahupun suami tanpa rasa malu mendedahkan cerita-cerita yang seharusnya menjadi rahsia dalam rumah tangga. Isteri mencanangkan keburukan suami kepada orang lain, suami pula sering memperlekehkan kemampuan isteri dan kelemahannya. Sedangkan jika malu yang menjadi pegangan antara pasangan, mereka akan meletakkan rasa saling menghargai. Kelemahan dijadikan guru dan pengalaman untuk diperbaiki.

Para isteri, ingat-ingatlah saat indah sebelum berkahwin, anda menjadi buruan kerana ketika itu anda seorang yang pemalu. Pakainya dijaga kerana malu, tutur-kata dipelihara kerana malu, akhlaknya disantuni kerana malu, semuanya dijaga kerana malu. Kerana itu anda menjadi buruan suami yang sentiasa diperhatikan. Cantik itu bukan sahaja pada paras rupa tetapi pada keelokkan adab dan rasa malu. Itu lebih mahal daripada segala-galanya.

Mahal harga seorang isteri pada sifat malunya, murah harga dirinya setelah hilang malunya.

PENUTUP
Selagi malu yang menjadi pedoman antara pasangan, kebahagiaan akan terus berpanjangan dalam rumah tangga. Isteri yang pemalu adalah idaman semua lelaki. Tiada yang lebih berharga selain dikurniakan dengan pasangan hidup iaitu seorang isteri yang pemalu. Kerana malu, seluruh kehidupan suami isteri akan terjaga.

Malu diibaratkan seumpama sebutir permata yang disimpan rapi, siapa saja yang mahu melihatnya perlu membukanya dengan berhati-hati. Ia tidak mudah dibuka oleh sebarangan orang. Kerana ia terlalu berharga maka ia disimpan dengan jagaan yang baik.

Malu itu dipelihara dan akan memelihara tuan empunya diri.

Untuk melihat artikel dari RAP sila klik disini

Tuesday 12 July 2011

Sape giler contest?SILA LAH BACA!!


Lama rasanya tak tulis blog..wlpn baru 2 hari kot...hehe...Actually perasaan M.A.L.A.S sedang membelenggu diri..Tambahan pula mood x berapa nak stabil sehingga la hari ini..Boring tahap gaban,bos x masuk pejabat.Boring sebab tak berteman,kalo ada teman berbual,memang la suka kalau bos takde!! Hahaha...jahat giler..

Okey2..tak mau membebel banyak,just nak bagitau apa yang membuatkan saya tiba2 excited plak nak tulis blog ni...Sebenarnya gini...saya ni memang pembaca setia MyNewshub.Apa tu??Janggal jugak dengarnye...ha!! kalau nak tau...klik sini MyNewshub . Nanti tau la menda apa tu dan saya pasti anda akan jatuh cinta dengan page tu!! cheywah...♥♥


Ok ni saya nak share aktiviti yang mereka anjurkan kali ni mungkin membuatkan kalian semua TERUTAMA BLOGGER teruja nak join!!

TADAAAAA!!!







Peraduan Advertorial Memang Best! Itulah aktiviti yang mereka anjurkan.Kalau kalian semua nak tau lebih lanjut tentang peraduan ni sila klik disini . Hadiahnya lumayan!! 1x Ipod Touch. Haii..siapa lah yang bertuah tu..selalunya hadiah2 yg best camni sukar untuk saya menangi..Hehe..kalau rezeki tak siapa yang tahu bukan?? So,saya wish Good Luck untuk bakal2 peserta~~!!


Safia : tak kira,nak join jugak,saya nak join SEMUA contest yang dianjurkan MynewsHub walaupun saya tewas berkali-kali!! hehehee...


Wednesday 6 July 2011

CHEESE CAKE KASIH SAYANG ♥♥♥

kenapa saya panggil "cheese cake kasih sayang"??sebab cheese kek ini saya buat bersama suami tercinta.Walaupun suami saya hanya menyediakan bahan2,namun kesetiaan dia menunggu saya mix adunan cake tersebut sampai jadi cream amat saya hargai.Siap duduk bersimpuh ditepi saya menunggu adunan kek tersebut sebati.Hehe..

Masa duk mix adunan tu sebenarnya kami dah cuak sebab adunan cair semacam je walaupun da ikut resepi..maybe sebab yogurt tu cair sgt..yelah..org patut guna plain yogurt,tapi kami guna "Anlene yogurt"..haha..last2 saya mintak suami tambah kan sedikit lagi tepung gandum..

Alhamdulillah...jadila hasilnya seperti dibawah ;)



Ada yang tanya resepi..resepinya saya ambil di Myresepi.com

Friday 1 July 2011

VIDEO DEDIKASI UNTUK SUAMI TERCINTA ♥♥♥

Ini adalah video yang saya buat sendiri khas untuk suami..sampai berpeluh jugakla nak buat video ni sebab takde pengalaman dalam buat-buat video ..ini pun guna "movie-maker" dan godek2 sendiri.Alhamdulillah siap gak..saya buat video ni dengan harapan lagu iringan video ni dapat disampaikan kepada suami.Saya tak reti nak lafazkan kata2 romantik..begitu juga suami saya..tapi kami dapat rasa cinta masing2 melalui hati..Apa yang paling romantik yang kami lafazkan pun adalah "I LOVE YOU"..hehe..ok la tu kan.. kata orang,cinta tak perlukan sebab... :) Ok lah..layan video ni..and komen amatlah dialu-alukan :)