Tuesday 6 September 2011

Wanita Paling Tabah Di Hati Saya

Tak ada apa yang terlalu penting nak saya bicarakan hari ini.Apa yang dalam fikiran saya sekarang,saya amat merindui mak...Tahun ni raya pertama saya tak dapat nak kucup tangan mak..huhu...Syahdu sangat...Saya hanya dapat melepaskan rindu dengan mendengar suara mak..Bila saya rindu mak,saya akan ingat segala susah payah yang kami alami dulu..Leteran mak,cubitan mak bagaikan memori indah bagi saya..Saya yakin,apa yang mak buat untuk kebaikan saya dan segalanya telah terbukti.


Mak sememangnya wanita paling tabah yang ada di hati saya,penderitaan mak dapat saya rasakan.Seraut wajah mak,cukup buatkan saya mentafsir perasaannya.Tak perlu saya jelaskan mengapa mak derita.Tak perlu saya ceritakan puncanya,biarlah kami dan Allah sahaja yang mengerti.

Air mata saya bergenang saat saya mencoretkan bicara ini.Ya,ketabahan mak membuatkan saya tabah menghadapi dugaan yang penuh liku.Dan sehingga kini saya masih di uji.Namun Alhamdulillah dengan iringan doa dan keredhaan mak,saya masih mampu berdiri.


Terima Kasih Mak,ucapan terima kasih tak mampu nak membalas segalanya.Hanya doa yang mampu kakak pohon untuk kesejahteraan mak dunia akhirat kerna kakak tahu hanya Allah sahaja yang layak membalas segala pengorbanan mak.


Kakak sayang mak,tunggu kepulangan kakak di penghujung September ini,InsyaAllah...
Mak saya (baju merah) :)