Friday 12 August 2011

FIDA IBRAHIM BERCINTA DENGAN MAMAT SEPAH???





KUALA LUMPUR – Pelakon baru yang kini bernaung di bawah MIG Talent, Fida Ibrahim mengakui sedang bercinta dengan salah seorang anggota kumpulan Sepah iaitu Mamat sewaktu ditemui para wartawan di sini semalam.

Pada pertemuan semasa rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Fida atau Rafidah Ibrahim mengakui menjalin hubungan intim dengan pelakon dan pelawak yang berasal dari Johor itu.
“Saya baru enam bulan mengenali Mamat tetapi hati saya semakin tertarik dengannya. Malah, hubungan itu menjadikan hati saya semakin tertarik untuk mengenalinya secara lebih dekat lagi. Bagi saya dia seorang yang jujur dan baik hati.

“Saya paling tertarik dengan tandatangannya yang ditulis dalam tulisan jawi. Daripada situ saya dapati dia mempunyai ciri-ciri seorang lelaki Melayu. Saya cukup senang berdampingan dengannya. Kami kerap berhubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas),” ujarnya.
Gosip cinta antara Fida dengan Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad, 26, itu heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini biarpun tiada pengakuan keluar daripada mulut kedua-dua belah pihak sehinggalah ia diakui sendiri oleh pelakon bertudung terbabit.
Malah, pada sesi rakaman Melodi Raya itu, Fida dan Mamat tidak keberatan untuk bergambar bersama atas permintaan ramai wakil media cetak dan elektronik yang hadir membuat liputan pada rakaman yang diadakan selepas majlis berbuka puasa tersebut. – mynewshub.my


Safia : Hai bertuah badan si Mamat ni...opss...x bertuah lagi sbb Fida bukan milik anda lagi...So,harap mereka berdua mampu menjaga hubungan dengan baik...Jangan bercinta bagai nak rak...rupanya terputus tengah jalan..kalau dah suka tu...percepatkanlah perkara yg wajib ye!! :) Berita selanjutnya di SINI!!