Sunday 18 September 2011

Masalah Ipar Duai (KES 1)


Maaf,hari ni saya nak membebel panjang sikit.Hehe....Mudah-mudahan bebelan saya ni memberi manfaat buat yang mengalami dan yang mempunyai masalah seumpamanya.Saya tahu saya tidak mempunyai sebarang kelulusan dan bertauliah dalam bidang nasihat menasihat,tapi mestikah seseorang itu mempunyai SIJIL2 pengiktirafan untuk memberi nasihat?Allah kurniakan kita akal dan kemampuan.Jadi biar saya membantu setakat apa yang mampu.Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya..Amin..

Email from : DH

Ada seorang hamba Allah datang kepada saya.Dia seorang isteri yang tidak bekerja walaupun memiliki ijazah.Pendapatan isi rumah bergantung pada pekerjaan suami sahaja.Pendapatan suaminya agak besar juga untuk menyara mereka sekeluarga.Ibu kepada isteri tinggal bersama mereka setelah kematian bapa.Ibunya memiliki pencen sendiri dan memiliki rumah sendiri di tinggal dengan anak perempuan yang ini sahaja.

Masalahnya ada cakap-cakap belakang mengatakan ibu menumpang di rumah si anak kerana anak tak bekerja dan mengharapkan gaji suami.Suatu hari,adik perempuan suami yang sedang mencari pekerjaan ingin tinggal bersama keluarga ini.Alasannya,kalau ibu boleh tinggal  dengan mereka berbulan-bulan,apa salahnya adik perempuan ini pun mahu tinggal dengan mereka.Alasannya tak nak duduk di kampong.

Sebenarnya si isteri amat2 tertekan kerana :

i) Suami terlalu sibuk dengan kerja (makan gaji) dan bisnes sampingan.Keluar awal pagi dan balik lewat malam.Nak bertanya khabar dengan isteri dan anak-anak pun tak sempat.Nak riadah bersama keluarga pun tak ada masa.If ada masa,ibu pulak nak ikut.So tak ada privacy.

ii)Ibu pula suka menyusun atur barang mengikut citarasa sendiri.Dan suami tidak menyukai.Tidak rajin ke dapur,bukan kerana faktor usia tetapi memang sudah sikapnya dari dulu.Tapi ibu pun tak la duduk dengan anak dalam tempoh yang lama,selepas 1 @ 2 bulan ibu akan balik kampung,pastu datang lagi.

iii)Ekoran dari itu,isteri rasa macam semua perkara terbeban kepadanya.Sangat letih dari bangun awal pagi sampai tidur lewat malam.Sepanjang masa ada je kerja nak kena buat.Tambahan pula ada anak umur setahun yang masih perlukan perhatian.

iv) Ni tambah lagi satu masalah apabila adik perempuan suaminya nak tinggal bersama.Adik perempuan ini pun tidak rajin ke dapur.Kata isteri dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Isteri ada berbincang dengan suami mengenai adik perempuan.Kata suami,dia tak ada masalah jika adik perempuannya mahu tinggal bersama.Bagi isteri apabila ibu pulang ke kampung baru la ada privacy dengan family.Al maklumlah suami kerja macam tu,kadang2 mahu juga tengok tv berduaan di sofa pada waktu malam selepas anak2 tido, ni pas ibu balik,adik pula nak datang dah la suami bukannya berada di rumah sepanjang masa.Suami pula apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu hal,akan memarahi isteri.Isteri pula demi nak menjaga hati ibu dan suami telan semua masalah sendiri.Dah la tiap kali hujung minggu adik beradik suami yang lain datang lepak-lepak,makan2 dan tidur dirumah.

Bismillahirrahmanirrahim..Hrmm...rumit juga saya nak faham isi email ni...berkali-kali saya ulang baca..Hehe...tapi setelah dibaca berkali-kali,saya dapati masalah ini tak de la besar mana.Itu melalui tenungan saya secara zahir melalui penulisan email ni lah...chey wah..Yang realiti,yang merasa sebenarnya saya tak tahu,tambahan pula yang menyampaikan ni adalah orang kedua,bukan tuan empunya.Jadi,saya akan cuba rumuskan berdasarkan email ini la ye.Harap sikit sebanyak dapat membantu pengirim email ini untuk menyampaikan kepada empunya diri.Saya akan explain mengikut rangkap.InsyaAllah...

Ada seorang hamba Allah datang kepada saya.Dia seorang isteri yang tidak bekerja walaupun memiliki ijazah.Pendapatan isi rumah bergantung pada pekerjaan suami sahaja.Pendapatan suaminya agak besar juga untuk menyara mereka sekeluarga.Ibu kepada isteri tinggal bersama mereka setelah kematian bapa.Ibunya memiliki pencen sendiri dan memiliki rumah sendiri di tinggal dengan anak perempuan yang ini sahaja.

-Pertama,Alhamdulillah,bersyukur seorang suami kerana memiliki seorang isteri yang bijak,yelah,mempunyai ijazah gitu...saya pun ada SPM je,tapi tak bermakna saya tak bijak.Hehe...Gurau je..Kedua,si isteri pulak perlu bersyukur memiliki seorang suami yang berpendapatan yang agak besar untuk menyara keluarga.Wah..bertuah sungguh suami isteri ni...Alhamdulillah.Ketiga,Alhamdulillah juga buat isteri kerana memiliki seorang ibu yang mempunyai pendapatan dan rumah sendiri.Keempat,Alhamdulillah buat isteri sebab berpeluang menjaga seorang ibu dalam menjalani hari-hari terakhirnya tanpa suami di sisi.Subhanallah,rangkap pertama ini pun sudah terlalu banyak perkara untuk si isteri tersebut syukuri.

Masalahnya ada cakap-cakap belakang mengatakan ibu menumpang di rumah si anak kerana anak tak bekerja dan mengharapkan gaji suami.Suatu hari,adik perempuan suami yang sedang mencari pekerjaan ingin tinggal bersama keluarga ini.Alasannya,kalau ibu boleh tinggal  dengan mereka berbulan-bulan,apa salahnya adik perempuan ini pun mahu tinggal dengan mereka.Alasannya tak nak duduk di kampong.

-Cakap-cakap orang-ini memang suatu masalah.Bukan masalah isteri tu,tapi orang yang bercakap-cakap tu yang mempunyai masalah.Dan ini lah yang menjadi satu kesalahan apabila kita mudah sangat terpengaruh dengan cakap-cakap orang.Adakah orang-orang itu ahli keluarga kita?Adakah orang-orang itu yang menentukan hidup kita?Tidak bukan?Jadi,kalau nak dengar boleh,tapi kalau nak ikut cakap2 tu.Abaikan je lah.Buang masa je.
Eh,adik suami pulak nak tumpang kat rumah kita?Kenapa?owh,tak ada kerja.Eh,Alhamdulillah sekali lagi.Kita nak tolong orang susah ni.Apa salahnya,sambil2 tu isteri ni tolong carikan kerja untuk adik ipar tu.Subhanallah...dua kali kebaikan dah kat situ,tumpangkan adik ipar yang dalam kesusahan dan tolong dia selesaikan masalah.


Sebenarnya si isteri amat2 tertekan kerana :

i) Suami terlalu sibuk dengan kerja (makan gaji) dan bisnes sampingan.Keluar awal pagi dan balik lewat malam.Nak bertanya khabar dengan isteri dan anak-anak pun tak sempat.Nak riadah bersama keluarga pun tak ada masa.If ada masa,ibu pulak nak ikut.So tak ada privacy.

Alhamdulillah...bertuah si isteri dapat suami yang kuat bekerja.Tapi betul juga,kalau dah tanya khabar pun tak sempat,masalah juga.Kalau ada kesempatan,ajaklah suami berbincang,cuba tetapkan masa khas untuk keluarga.Kalau dah ada masa,apa salahnya ibu kita ikut?Apakah kita lupa,masa kita kecik2 dulu mak ayah kita selalu bawak kita pergi jalan2,pernahkah mereka cakap bawak kita jalan2 tak ada privacy??Okey,memandangkan suami anda seorang yang mampu,apa kata bawak je ibu pergi bercuti,tapi sewa bilik asing2.Tak ada masalah kan?Ya Allah,kalau saya la kan,lagi seronok bila ibu bersama saya apabila sama-sama bercuti dengan suami.Lebih-lebih lagi kalau suami kita jenis sporting dan penyayang.Pahala lagi tu kalau dapat membahagiakan seorang ibu! Tak nak ke??

ii)Ibu pula suka menyusun atur barang mengikut citarasa sendiri.Dan suami tidak menyukai.Tidak rajin ke dapur,bukan kerana faktor usia tetapi memang sudah sikapnya dari dulu.Tapi ibu pun tak la duduk dengan anak dalam tempoh yang lama,selepas 1 @ 2 bulan ibu akan balik kampung,pastu datang lagi.

Owh,biasa la tu,wanita kan suka kemas –mengemas,kalau suami tak suka,cakap elok-elok dengan ibu supaya tidak mengubah apa-apa kedudukan barang dalam rumah tu.InsyaAllah nanti dia akan faham.Ibu tidak rajin ke dapur?Ermm...Sebenarnya,itu kan rumah kita,kita pulak anak dia,sanggup ke anda suruh ibu ke dapur?Sepatutnya,kita sebagai seorang anak perlu melayan seorang ibu dengan baik.Ha,ibu akan balik setiap 1@2 bulan,so ada la jugak privacy,kan?

iii)Ekoran dari itu,isteri rasa macam semua perkara terbeban kepadanya.Sangat letih dari bangun awal pagi sampai tidur lewat malam.Sepanjang masa ada je kerja nak kena buat.Tambahan pula ada anak umur setahun yang masih perlukan perhatian.

Maaf,saya terfikir sejenak.Yang ada di rumah hanyalah anda,suami,adik perempuan,seorang anak berusia 1 tahun (maaf kalau anda mungkin ada anak-anak lain yang tidak dinyatakan disini),dan seorang ibu.Jadi ada dalam 4 orang je dalam rumah,kalau betul.Takkan 24 jam tak ada rehat?Anda kan suri rumah sepenuh masa?Dan satu lagi,bukan kah semua kerja rumah tu adalah tanggungjawab seorang isteri apabila seorang suami keluar mencari rezeki?Jadi apa masalahnya?Bagi saya,ikhlaskan lah hati dalam melakukan apa saja perkerjaan,lebih2 lagi tanggungjawab sebagai seorang isteri.Kalau kita penat2 dari pagi sampai malam,tapi hati kita duk merungut,tidak ada gunanya.Hanya penat yang kita dapat.Saya harap anda faham.Lakukan segalanya kerana Allah,InsyaAllah kepenatan kita akan dibalas dengan kesenangan di kemudian hari.Sekarang memang tak nampak.macam kita tanam pokok yang berbuah,setahun,dua tahun,kadang2 sepuluh tahun pun belum tentu berbuah,tapi kalau kita tidak mengenal putus ada dan ikhlas,InsyaAllah buah tersebut akan dinikmati oleh kita semua.Sebagai seorang isteri yang bijak,kita juga mesti bijak menguruskan masa dan keluarga.Ingat,Allah sudah menjadikan manusia itu sebagai khalifah yang terbaik dan sebaik2 hiasan dunia adalah wanita yang solehah.


iv) Ni tambah lagi satu masalah apabila adik perempuan suaminya nak tinggal bersama.Adik perempuan ini pun tidak rajin ke dapur.Kata isteri dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Isteri ada berbincang dengan suami mengenai adik perempuan.Kata suami,dia tak ada masalah jika adik perempuannya mahu tinggal bersama.Bagi isteri apabila ibu pulang ke kampung baru la ada privacy dengan family.Al maklumlah suami kerja macam tu,kadang2 mahu juga tengok tv berduaan di sofa pada waktu malam selepas anak2 tido, ni pas ibu balik,adik pula nak datang dah la suami bukannya berada di rumah sepanjang masa.Suami pula apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu hal,akan memarahi isteri.Isteri pula demi nak menjaga hati ibu dan suami telan semua masalah sendiri.Dah la tiap kali hujung minggu adik beradik suami yang lain datang lepak-lepak,makan2 dan tidur dirumah.

-Alahai sedihnya dengar statement ”Sudah jatuh ditimpa tangga”.Kata-kata itu menggambarkan yang isteri ini menganggap kehadiran seorang ibu dan seorang adik ipar yang memerlukan pertolongan itu adalah suatu beban.Sangat tidak patut sebenarnya.Saya tidak tahu apa masalah sebenar si isteri dengan ibu atau adik perempuan sehingga anda merasakan mereka sebagai suatu bebanan.Sedangkan ini semua adalah suatu ujian dari Allah untuk menguji kekuatan iman seorang hambanya.Lebih-lebih lagi puan mempunyai seorang suami yang berpendapatan tinggi.Mungkin ini juga ujian untuk suami anda.Jika suami sudah berkata tidak kisah adik perempuan tinggal bersama,maka sudah selesai satu masalah.
Saya terkejut membaca kata2 ini, Bagi isteri apabila ibu pulang ke kampung baru la ada privacy dengan family”.Saya baca balik pada awal email.Ini ibu si isteri kan?Bukan ibu suami.Jadi apakah anda menganggap kehadiran ibu merupakan suatu gangguan.Jika ya,fikir balik,adakah kehadiran anda selama lebih 20 tahun itu merupakan gangguan kepada ibu anda?Jika betul anda mahukan privacy,apa kata beli sebuah lagi TV dan letakkan di bilik tidur suami isteri..Lagi privacy tau.


Apa yang saya boleh katakan  buat si isteri tersebut :

1) Sia2 anda mengalirkan air mata mengadu kepada orang lain tentang masalah anda,sedangkan dengan ijazah yang anda miliki,sepatutnya anda mampu selesaikan masalah ini dengan sendiri secara professional.

2)Ibu dan adik ipar adalah family kita yang paling rapat.Jika rumah anda besar,ada bilik yang cukup untuk mereka berteduh bersama.Biarkanlah.Lagi seronok kalau ada ramai-ramai sebenarnya.Lagi pun suami anda selalu balik lewat dan jarang bersama anda,maka jadikanlah ibu dan adik ipar sebagai teman bicara.

3)Suami anda melakukan tindakan yang betul apabila memarahi anda dalam setiap hal.Ini kerana dia ingin mendidik isterinya sebagai seorang suami.Jika kemarahan itu bukan milik anda,mungkin apa yang anda dapat dari kemarahan suami,cuba sampaikan  kembali kepada yang berkenaan dengan penuh berhemah.Mengakui kesilapan meskipun bukan kesilapan kita tidak salah,malah lebih baik untuk kita memotivasikan diri.Lagipun suami anda tidak menjentik atau memukul anda pun,kan?

4) Bila dah ada dua family (adik ipar & ibu),cuba setkan satu masa untuk mengadakan perbincangan.Masa tu,boleh la perbetulkan apa yang dah berlaku dalam rumah.

5) Apa yang saya perhatikan dalam email ni,adik ipar dan ibu si isteri tidak mempunyai banyak kerenah (malas ke dapur je kot).So hal ni tak besar,hanya si isteri yang merasa dirinya terbeban.

6)Saya amat berharap si isteri berfikir kembali,cuba merancang apa yang sepatutnya dan melakukan sesuatu yang rasional dalam mengharmonikan rumahtangga.Kalau ibu kita tak boleh halau,selagi suami setuju dia bersama kita.Bersyukurlah.Hanya tinggal kita sahaja yang perlu menjaga ibu sehabis baik.


Tettt...! Saya baru sahaja menerima maklumbalas email dari pengirim ini,memang benar seperti yang dijangka.Sememangnya si isteri mempunyai masalah dengan adik ipar perempuannya.Berikut adalah kandungan email tersebut :

Dalam kalangan adik beradik suami,majoriti lelaki semua berjaya dalam hidup.Ada engineer,doktor falsafah,akauntan,pegawai etc..Ayah suami juga seorang yang berharta Cuma ada sifat sedikit berkira.Adik perempuan memilih abangnya yang ini untuk tinggal bersama kerana banyak faktor antaranya duit dan kebebasan.Kalau abang-abang yang lain lebih memihak pada isteri masing-masing.Untuk makluman,adik perempuan ni seorang yang liar dan banyak auta serta pernah ada kes panjang tangan di rumah mertua dulu.Itu menyebabkan isteri ini lebih tertekan,risau kejadian yang tidak diingini berulang di rumah mereka dan mengeruhkan hubungan rumahtangga.

Hoho...Camana ye?Rumit juga..Saya dah agak,mesti ada sesuatu yang membuat si isteri ni tertekan,tapi pengirim ni terlewat sikit je,saya baru je habis tulis post kat atas,tup2 ada email masuk.Hehe..Tapi tak mengapa,saya malas nak padam post yang dah saya tulis.Yang dah tertulis,biarkan dijadikan panduan buat semua.Mudah-mudahan....

Okey kita tak payah ambil port pasal adik beradik lain dan tentang perangai ayah mertua.Fokuskan kepada adik ipar perempuan tu ye, sebab dia dah tinggal dengan kita.(Saya cuba bayangkan saya berada di tempat si isteri tersebut).Kalau benar,adik ipar itu mempunyai latar belakang yang kurang baik,pertama sekali,apa yang perlu dilakukan,berjaga-jaga.Maksudnya,barang-barang berharga disimpan dengan rapi.Kedua,perhatikan sikap dia,kalau liar,setakat mana dia liar?Ketiga,cuba mendekatinya,sebagai seorang kakak ipar dan seorang tuan rumah,kita ada hak untuk menegur perbuatan seorang adik.Anggap sahaja dia sebagai adik sendiri,cuba selami perasaan dia,kenapa dan apa yang menyebabkan dia bersikap begitu.Kadang-kadang kita hanya mencemuh seseorang,tapi kita tidak pernah peduli apa sebab dia bertindak sedimikian.Kalau dia panjang tangan,mungkin dia memerlukan bantuan,nasihatkan dia supaya meminta izin jika memerlukan sesuatu.Nasihat okey,bukan marah2 atau tengking.Dan sekiranya terjadi,dia pula yang memarahi kita,buat pertama kali,diamkan dulu.Nasihat dan terus nasihat.Kalau tak tahu nak nasihat macamana,pergi ke kedai buku atau buat research sikit tentang macamana nak mendidik orang yang degil.InsyaAllah ada caranya.Kemudian,cuba bincang dengan suami,bukan bincang nak cari kesalahan adik ipar tu,tapi bincang bagaimana nak mengubah sikap adik ipar.Keempat,carikan pekerjaan untuknya.Sebelum tu,cuba tanya dia minat kerja apa,cuba carikan kerja yang dia minat.Sebenarnya banyak cara nak mengubah seseorang menjadi lebih baik.Tapi bukan dengan cara drastik atau dengan memberi tekanan kepadanya..Biar secara perlahan dan lembut tapi tegas.Bagaimana? banyaaaak caranya,terpulang pada anda...asalkan tidak drastik,tidak memberi tekanan dan sentiasa bermanis muka.Dan yang paling penting,yang paling saya tekankan dan praktikkan pada diri saya sendiri adalah doa.Mendoakan supaya dia berubah dan yang terbaik buat dirinya.Doa lah secara berterusan dan teruskan berbuat baik.InsyaAllah kalau kita buat baik,akan dibalas baik.Kan2?Tapi jangan sampai ’dipijak-pijak’ pula.Saya yakin si isteri ni cukup bijak untuk mengendalikan kes ini.Jika anda bijak menjawab test2 semasa pengajian peringkat Ijazah,apatah lagi dalam hal remeh temeh yang tak perlu anda membazir masa mengulangkaji seperti ini.Saya tahu anda mampu selesaikan cuma anda buntu.Mungkin sebab anda penat dengan kerja-kerja rumah atau terlalu banyak memendam perasaan.

Buat pengirim email,saya harap anda dapat sampaikan apa yang patut untuk membantu teman anda.Saya kagum dengan sikap pengirim email ini yang menunjukkan kesungguhan untuk meringankan beban si isteri tersebut.Semoga anda jujur dengan sahabat anda dan cuba bantu apa yang sepatutnya.Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.Amin.

“Dari Abu Zar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman, Mu’az bin Jabal radhiallahuanhuma dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda : Bertakwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan niscaya menghapusnya dan pergauilah manusia dengan akhlak yang baik”


Safia : Sebenarnya apa yang si isteri ni dapat adalah amanah Allah,ia adalah suatu ujian untuk menguji tahap keimanan kita.Bersyukurlah kerana anda adalah salah seorang insan terpilih untuk menerima ujian ini.Kalau lulus,ganjaran yang mulia menanti anda.InsyaAllah.Kadangkala Tuhan salurkan rezeki orang lain melalui kita.Maksudnya bukan semua yang kita ada tu hak kita.Tuhan dah tentukan,janganlah berkira dengan keluarga,lebih2 lagi yang mampu.Dan mak saya selalu pesan,makin orang buat jahat dengan kita,selagi itu lah kita teruskan berbuat baik dengan mereka.Mudah-mudahan suatu hari mereka akan malu dengan kejahatan yang mereka lakukan dan akan berubah.InsyaAllah.