Sebelum baca,cuba klik DI SINI dulu!!! Ada sesuatu yang menarik menanti!! -
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem, Yana Samsudin tidak pernah  melupakan jasa serta pengorbanan kedua ibu bapanya apabila dia telah  membelikan sebuah rumah agam semi-D di Yong Peng, Johor atas kejayaanny  dalam bidang perfileman akhir-akhir ini.
Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 26, dia sudah  lama berniat untuk membelikan ibu bapanya sebuah rumah bagi memastikan  keselesaan keluarganya itu akan lebih terjamin pada masa yang akan  datang.
“Selepas hampir lima tahun bekerja keras dalam bidang lakonan dan  mnegumpul duit maka tahun ini barulah impian saya itu menjadi kenyataan.  Awalnya, ibu saya, Suhaily Abdullah, 46, tidak bersetuju dengan niat  saya itu kerana dia mahu saya simpan duit.
“Bagaimanapun, saya tetap berkeras mahu membelikan keluarga saya  sebuah rumah kerana ini adalah niat saya sejak dulu di mana pembabitan  saya dalam bidang ini adalah untuk membantu meringan beban mereka selama  ini,” katanya semasa ditemui malam semalam.
Pada pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Yana hadir sebagai  salah seorang daripada hampir 500 artis undangan yang hadir bagi  menjayakan rakaman rancangan Melodi Raya yang akan disiarkan di TV3 Hari  Raya Aidilfitri ke-6 dan ke-13 pukul 12.30 tengah hari.
Jelas anak kedua daripada tiga beradik keturunan Jawa dan Bidayuh  ini, dia bersyukur kerana rezekinya sebagai pelakon murah apabila dia  antara yang menerima bonus daripada MIG Production apabila filem Kongsi  lakonannya mengutip kutipan tiket RM8.5 juta baru-baru ini.
“Hasil daripada kutipan tiket Kongsi yang menguntungkan itu, saya  menerima bonus daripada MIG sebanyak RM10,000. Selain itu, selepas ini  ada enam lagi filem lakonan saya yang ditayangkan di pawagan-pawagam  seluruh negara.
“Antaranya filem berjudul 8 Jam, Adnan Sempit 2, Tiga Temujanji,  Minyak Dagu, Aku Ada Kau Ada dan Bini-Biniku Gangster. Alhamdulliah  rezeki saya dalam bidang lakonan semakin murah sejak kebelakangan ini,”  ujarnya lagi.
