Thursday 14 July 2011

KOS POS LAJU NAIK!! ALAMAK!!!


NOTIS

Para Pelanggan PosLaju yang dihormati,
Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan PosLaju akan dinaikkan dari 10% ke 15%.
Kenaikan di atas adalah sejajar dengan kenaikan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa serta keputusan oleh Persatuan Syarikat Pengendali Ekspres Malaysia (AMEC) di mana berkuatkuasa 1 Jun 2011, syarikat kurier domestik Malaysia akan menaikkan kadar surcaj bahan api mereka daripada kadar sedia ada ke kadar baru iaitu 15% tetapi masih mengekalkan 10% untuk caj pengendalian.
Kenaikan surcaj bahan api ini adalah amat diperlukan untuk memastikan PosLaju dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada semua Pelanggan.
Walaupun industri kurier telah mula menguatkuasakan kadar baru ini pada 1 Jun 2011, namun demi kepentingan pelanggan PosLaju, kami mengambil langkah kenaikan lebih lewat, iaitu pada 15 Julai 2011.
Terima kasih. 


BEGITULAH AYAT YANG Fia temui di page Pos Malaysia.Tak tau nak kata apa...baca dan fahamkan.Sediakan duit poket lebih sikit kalau beli online..hehehe...

P/S : nak wat cmana....1Malaysia..kita melangkah seiring..hehe..pape pun ia adalah lebih murah berbanding anda beli belah kat pasaraya kuarkn duit minyak sendiri..jadi marilah pakat2 beli on9!! ^_^

I am the Lucky One-Lah!! :: TQ so Much Mynewshub::

Syukur...syukur..Alhamdulillah..itu sahaja yang mampu saya ucapkan saat menerima ganjaran dari page Facebook MyNewshub.Berikut adalah beberapa freebies yang saya terima dari pihak Mynewshub (sila klik).

TICKET WAYANG!!

VOUCHER MCD DAN JUSCO!!

VOUCHER MCD LAGI!! (Saya dah gemok!!!)

DETOX FOOT PATCH!! UNTUK KESIHATAN!! OLEH LifeRich


Dan voucher-voucher Jusco LAGI!!!

Mesti kalian semua tertanya-tanya,cmana nak menang?Cmana nak dapat?Okey senang je..korang like dan stay tune je bersama Facebook Page Mynewshub . Kat sana mereka akan update segala-galanya tentang contest!! Best!! Laaaagi BEST!!! :) Jangan lupa selalu baca berita terkini lagi sensasi disini.

Credited to :MyNewsHubJack Mynewshub