PRAKTIS TULIS NOVEL : DESTINASI CINTA (Bab 2)



Setelah hampir satu jam perjalanan dari Pasar Seni ke Kajang,kemudian menaiki teksi pula dari Kajang dan akhirnya mereka sampai di kolej Infiniti,tempat dimana Irdina bakal lapor diri.

Irdina dan Rahim disambut mesra oleh seorang pemuda berbaju melayu ungu dan lengkap bersampin,anggaran Irdina pemuda itu dalam lingkungan 20-an.



'Amboi,macam nak pergi nikah je...'


Sempat hati Irdina berbisik.Bibirnya tersenyum sinis.

"Assalamualaikum,saya Hanif,pelajar di kolej ini.Kakak dan abang,boleh saya bantu?"

Tanya pemuda itu.

'Kakak?Nampak tua sangat ke aku ni?' 

Irdina mengetap bibir dan melemparkan senyuman.Panggilan 'kakak' membuatkan Irdina rasa lebih berusia.

"Saya Nuwairah Irdina,saya diarahkan lapor diri disini pukul 2 petang,dengan siapa boleh saya jumpa ya?"

"Oh,ini lah staf baru yang Encik Bahri ceritakan tu ya?Akak dan abang boleh ikut saya."

Pemuda itu menjawab.Irdina dan Rahim mengikut sahaja pemuda itu.Mereka diperkenalkan dengan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an,berkulit hitam manis,itulah Encik Bahri,kaunselor di kolej itu.Ramah orangnya.

"Assalamualaikum,pua..maaf,cik ke puan ye?"

Encik Bahri bertanya.Irdina senyum.

'Eh pakcik ni,nampak macam 'puan' pulak ke aku ni? Dahla tadi budak tu panggil 'kakak''

"Waalaikumussalam.Saya cik Nuwairah Irdina binti Nazim,encik boleh panggil saya Irdina atau Dina sahaja.''

"Oh,sedap nama awak,saya suka.Okey saya panggil cik Dina ya,silakan duduk.Jadi,cik Dina datang dengan..."

Sekali lagi Encik Bahri teragak-agak.Dia tidak dapat menerka siapa lelaki di sebelah Irdina.

"Saya,Rahim.Sepupu Dina."

Tiba-tiba Rahim bersuara.Segan pula kalau nak mengaku teman lelaki.

Encik Bahri mengangguk-angguk sambil meneliti sesuatu di mejanya.

"Baiklah,Dina.Selamat datang ke kolej Infiniti.Awak adalah salah seorang staf baru disini.Sebenarnya hari ni kita ada empat orang staf baru yang melapor diri,tiga orang staf perempuan termasuk awak dan seorang staf lelaki.Sekarang,semua staf perempuan sudah lapor diri,cuma kita menunggu lagi seorang staf lelaki.Urusan yang lain termasuk penginapan saya akan uruskan sebentar lagi selepas semua staf sudah melapor diri.Sekarang pukul 1.00 petang,waktu makan tengahari.Jadi orang yang handle pasal asrama belum masuk.Sementara tu kalau Dina dan Rahim mahu minum dulu bolehlah ke kafe sebelah bangunan ini ya.Pukul 2 petang nanti boleh datang ke sini semula."

"Maaf encik,saya nak bertanya,betul ke kos asrama percuma? Atau kena bayar?"

Irdina cuba mendapatkan kepastian tentang kemudahan asrama di kolej itu.Bimbang juga kalau berbayar.Duit poketnya juga tidak banyak.

"Cik Irdina,itu lah tadi saya jelaskan,orang yang mengendalikan hal-hal yang berkaitan kebajikan staf belum masuk.Dalam mesyuarat yang diadakan minggu lepas,katanya percuma.CUma saya kurang pasti samada keputusannya muktamad atau tidak.Nanti pukul dua petang cik Dina tanyalah kepada beliau ya."

Tenang jawapan yang diberikan Encik Bahri meskipun pertanyaan Irdina itu telah mencuit hatinya.

'Erk...betul lah...mengelamun la kamu ni Irdina.'

Irdina senyum dan mengetapkan bibirnya.Mukanya mula kemerahan,malu dengan dirinya sendiri.

"Iyelah encik...terlupa lah saya.Baiklah nanti saya kembali dan tanyakan kepada yang berkenaan.Terima kasih.Kami minta diri ke kafe dulu ya.Perut saya pun dah berkeroncong ni."

Tanpa segan silu Irdina berterus-terang.Rahim memandang kearah Irdina sambil mengerutkan dahi.Hairan melihat sikap Irdina yang tiba-tiba pandai bergurau.Encik Bahri hanya tersengih dan mengangguk tanda setuju.

***


Suasana di kafe lengang,terdapat sebuah kolam renang dihadapan kafe tersebut,dihiasi landskap yang cantik,ada juga tempat istirehat yang beratapkan daun rumbia.Sungguh klasik dan indah rekaannya.Suasananya juga tenang,angin berhembus halus seakan berbisik nafas ketenangan.Mata Irdina terpukau dengan keindahan kolej itu,sederhana besar,tetapi sangat bersih dan indah.Di sebelah kirinya tersergam beberapa buah bangunan lima tingkat,seakan apartment tetapi anggaran Irdina,sedikit kecil.

Irdina melabuhkan punggungnya di kerusi kafe tersebut.Masih memandang sekeliling,belum puas dia memerhati suasana kolej itu.


“Bu,Mas,mau minum apa ya?”


Seorang  pemuda dalam lingkungan 20-an bertanya.Gaya percakapannya agak baku,warga Indonesia rupanya.


“Bagi saya Nescafe ‘o’ ais ya.Dina?”


Rahim memesan minuman.Irdina tidak menjawab.Pandangannya masih setia melihat kearah bangunan tadi.Tidak berkelip dan seolah-olah tidak mendengar pertanyaan Rahim.


“Sayang?”


Rahim cuba memanggil Irdina sekali lagi.Sempat dia mencuit bahu Irdina yang berada dihadapannya itu.Pemuda yang ingin mengambil pesanan tadi terpinga-pinga melihat gelagat Irdina dan Rahim.


“Oh,kenapa?Eh,order ape?”


Irdina baru tersedar dari lamunannya.


“Airnya bu,mahu minum air apa?”


Pemuda itu bertanya sekali lagi kepada Irdina.Muka suram pemuda yang kurang senang dengan sikap mereka berdua kerana melengahkan masa bertukar manis dengan ukiran senyuman setelah melihat wajah Irdina.


‘Aduh…kok manis banget!’


Hati pemuda itu berbicara.


“Kasi saya Milo Ais ya.”


Irdina mengajuk percakapan pemuda itu sambil melirikkan senyuman.


“Waduh,orangnya sudah manis,kok pandai pula ngobrol Indonesia ya.Baik,sebentar ya.”


Sempat pemuda itu memuji Irdina dan berlalu untuk menyediakan pesanan mereka.Irdina senyum mendengar kata-kata pemuda itu.

Gaya pemuda itu mengingatkan Irdina kepada Widanarto,seorang pemuda dan pelanggan tetap ibunya di gerai,sedikit sebanyak membuatkan Irdina memahami bahasa asing itu.Kadang-kadang Widanarto jugalah yang setia memberi kata-kata semangat setiap kali dia menghadapi masalah.Paling menarik,Widanarto sangat mahir berbahasa Inggeris dan tidak lokek mengajar Irdina menulis esei dalam bahasa itu.Namun semua sudah berlalu,Widanarto sudah pulang ke Jakarta setelah tamat kontraknya bekerja di Malaysia.


‘Wid,kangen banget sama kamu…’


“Dina tak nak makan ke?Tadi Dina cakap lapar,kan?”


Rahim sekali lagi menghentikan lamunan Irdina.


“Nanti lah Dina makan.Tak ada selera pula.”


Irdina membalas.Dia masih malas untuk merenung wajah lelaki itu.Sakit hatinya belum hilang.


“Dina,sampai bila Dina nak terus begini?Sekejap lagi abang nak balik dah.Tak boleh ke Dina maafkan abang kali ini?”


Rahim terus merenung wajah Dina.Terus merayu agar Dina memaafkan kesalahannya.Terasa seperti dirinya dayus,sehinggakan terpaksa merayu untuk memohon maaf dari seorang hawa.Biarlah,Rahim rela asalkan Irdina memaafkan dirinya.


“Hmm…baiklah.Dina maafkan.Janji jangan buat lagi,okey?Dina tak suka abang cakap macam tadi.Abang kena ingat,Dina datang sini bukan untuk berfoya-foya.Dina datang cari rezeki.Tolonglah faham.”


Dina membiarkan kemaafan mengatasi keegoannya.Biarlah,mungkin Rahim tidak sengaja.Sifat cemburunya yang menjadikan dirinya tidak terkawal.Mungkin…


“Terima kasih,sayang.Abang janji tidak akan buat Dina kecewa lagi.”


Rahim merasakan batu berat yang berada dalam hatinya sebentar tadi telah berkecai menjadi debu suci.Hatinya sangat lega mendengar kata-kata Irdina.Hampir-hampir Rahim ingin memegang tangan Irdina.Tetapi sempat Irdina mengelaknya.


“Jangan berjanji kalau belum tentu akan ditunaikan.Tahu tak apa akibat orang yang memungkiri janji?”


“Abang tak tau.Dina boleh jelaskan?”


“Carilah sendiri.”


Dina malas melayan pertanyaan Rahim.Entah mengapa,dia benar-benar tidak ada mood untuk berbual dengan lelaki itu.Rahim masih tidak faham dengan sikap Irdina ketika ini.Apa yang mampu,membiarkan sahaja Irdina dengan perasaannya.Mungkin Irdina penat dan masih tidak dapat menyesuaikan diri di tempat baru.
Jam tepat menunjukkan pukul dua petang.Rahim dan irdina berlalu meninggalkan kafe.Sedang berjalan di hadapan kolam,Rahim mengeluarkan beberapa keping not lima puluh ringgit.


“Dina,ambillah duit ni untuk belanja sebelum dapat gaji.Kalau tak cukup nanti bagitau abang.”


Dina keberatan untuk menerima wang itu.Bukan sikapnya menerima duit seseorang jika masih mampu hidup sendiri.

“Tak perlulah,abang.SImpan sahaja duit tu.Dina ada lagi duit belanja.Rasanya cukuplah untuk bulan ini.”


Irdina menolak pemberian Rahim secara baik.


“Dina…tolonglah terima duit ni.Dina kan bakal isteri abang jugak.Kalau Dina tak nak guna pun,Dina simpan lah.Manalah tau ada ketika nanti Dina perlukan duit ni.Ambil ya,sayang.Nah,ambil cepat.Dah pukul dua petang ni.”


Rahim tidak mahu mengalah.Mukanya yang semulajadi kelihatan agak garang,mengukirkan senyuman.Dia memasukkan wang tersebut kedalam poket  handbag Irdina.Rahim sememangnya ikhlas dengan Irdina,kalau boleh hari ini juga dia mahu menikahi gadis itu.Namun,apakan daya,gadis itu belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.


'Bakal isteri?Jangan beranganlah! Perjalanan hidup aku masih jauh...'


Irdina tidak selesa bila Rahim menganggapnya sebagai bakal isteri.Baginya,masih banyak yang perlu dicapai sebelum bergelar isteri kepada sesiapa.


Walaubagaimanapun,Irdina akur.Dia terpaksa menerima pemberian itu tanpa banyak bicara.Lagipun dia mengejar masa.

“Terima kasih.Kalau Dina terguna duit ni,dapat gaji nanti Dina bayar balik ya.”


“Kalau Dina tak bayar pun tak mengapa.Okeylah,abang balik dulu.Dina jaga diri ya.Apa-apa bagitau abang.Assalamualaikum.”


“Waalaikumussalam.Abang pun sama.Dah sampai rumah nanti SMS Dina ya.”


Irdina mengiringi Rahim sehingga ke pintu pagar kolej dan menunggu sehingga bayang Rahim hilang dari pandangannya.


'Eh! Da pukul dua lebih lah!'


Menyedari waktu rehat pejabat sudah habis.Irdina segera masuk semula ke kawasan kolej.Dia menuju ke pejabat Encik Bahri.Pintu masih tertutup rapat dan berkunci dengan mangga berantai.Irdina mula terpinga-pinga.Dia menyangka dia lah orang paling lewat sampai untuk taklimat dari Encik Bahri.Tiba-tiba pandangannya tertumpu pada satu notis di pintu tersebut.


'Lunch Hour : Monday-Thursday (1.00pm to 2.00pm),Friday (12.45pm to 2.30pm)'


'La..hari ni hari Jumaat lah! Tapi kenapa Encik Bahri minta aku datang pukul dua?Hm...Agaknya dia pun terlupa.'


Irdina membebel sendirian.Dia melihat sekeliling kawasan kolej itu.Benar,kawasan itu memang bersih dengan pemandangan yang sangat menenangkan.Kelihatan dua orang gadis sedang membelek buku di sudut bacaan yang terletak di hadapan pejabat Encik Bahri tadi.Seorang free hair,berbaju kasual,memakai seluar slack hitam dan baju kemeja berjalur hitam lengan panjang.Seorang lagi bersusuk tubuh kecil,berbaju kurung kuning dan bertudung putih.Sesekali mereka melirik kepada Irdina.


"Cik,awak staf baru kat sini ke?"


Tiba-tiba gadis berbaju kurung itu menegur Irdina.Irdina sedikit terkejut,dia tidak perasan ada seseorang di situ.Walaupun jarak mereka tidak jauh tetapi pokok-pokok bunga dan rak buku yang tinggi itu mampu melindungi mereka berdua yang duduk disitu dari dilihat oleh Irdina.Irdina berjalan menuju ke arah mereka.Sekali lagi Irdina terpaku,comel sungguh rekaan sudut bacaan itu.Walaupun ringkas,tapi tetap menyejukkan mata yang memandang.


"Ya,saya Irdina.Kamu berdua ni pelajar kat sini ke?"


Irdina memperkenalkan diri sambil bersalaman dengan mereka.Dua orang gadis itu tergelak mendengar pertanyaan Irdina.Irdina hairan.


"Kenapa kalian ketawa?Ada apa-apa yang melucukan?"


"Bukan cik Irdina,sebenarnya,kami berdua ni pun staf baru yang melapor diri pagi tadi.Encik Bahri cakap ada seorang lagi geng kami yang akan datang,awaklah orangnya.Salam perkenalan Irdina,saya Farah.Ni yang kecil molek ni Balqis.Marilah duduk,lambat lagi kot nak tunggu Encik Bahri masuk."


Gadis free hair itu memperkenalkan diri dan rakan disebelahnya.


"Owh...saya ingatkan awak berdua ni pelajar.Masing-masing muka comel la."


Irdina cuba memuji.Balqis dan Farah hanya senyum.Memang kedua-duanya comel.Farah mempunyai kulit kuning langsat,badan kurus tinggi dan mempunyai lesung pipit di kedua belah pipinya.Teringat pula Irdina kepada Mawar melihat lesung pipit Farah.Balqis pula gadis kecil molek,ketinggiannya seperti pelajar darjah tiga! Berkulit cerah seperti Irdina dan berwajah bulat serta mempunyai anak mata berwarna coklat.


"Dina...eh,tak mengapakan saya panggil awak Dina?Dina dari mana ye?"


Balqis pula bersuara.Sambil melemparkan senyuman,Irdina menjawab,


"Boleh,memang nama panggilan saya Dina.Saya dari Johor.Balqis dan Farah pula?"


"Saya dari Kelantan.Farah memang asal Selangor.Eh,Farah,tak pe kan saya perkenalkan diri awak kepada Dina?"


"Tak mengapa Balqis,silakan.Lagipun saya dah penat melayan awak berbual dari pagi lagi.Hehe..."


Farah berseloroh.Memang mereka berdua sampai awal.Lebih-lebih lagi Balqis yang bertolak dari Kelantan semalam dan sampai di kolej jam 7 pagi.Balqis ketawa mendengar kata-kata Farah.Mereka kelihatan mesra walaupun baru mengenali diri masing-masing dalam tempoh beberapa jam.


"Balqis asal kelantan?Molek lah.Saya pun asal dari Kelantan.Cuma menetap je di Johor.Jadi kalian berdua sampai lebih awal dari saya lah.Kalian berdua dah tau ke bertugas di bahagian mana?"


Irdina rasa lebih bersemangat untuk bertugas disitu memandangkan sikap Farah dan Balqis yang peramah.Lagipun,mereka bertiga mendapat jawatan yang sama.


"Ye ke Dina?Boleh la kita cakap loghat Kelantan lepas ni.Hehe...Saya dah dapat surat tawaran tadi,ditempatkan di bahagian sumber manusia.Farah?"


"Oh,saya di bahagian Fakulti Multimedia.Dina pula?"


Farah bertanya kepada Dina.Dina mengerutkan dahi dan diam seketika.


"Erm...saya belum dapat apa-apa surat pun.Camana ya?"


"Tak mengapa Dina,nanti Encik Bahri sampaikan taklimat,dia bagilah surat tu."


Irdina senyum dan mengangguk tanda setuju.Tiba-tiba mereka terdengar bunyi bising seperti ada sesorang membuka kunci mangga di pintu pejabat Encik Bahri.Ketiga-tiga mereka serentak bangun dan menuju ke arah pintu pejabat.Rupa-rupanya Encik Bahri yang membuka pintu tersebut.Irdina melihat jam tangannya.Tepat pukul 2.30 petang.

Cepat benar masa berlalu,rasanya baru beberapa minit mereka berbual.



"Wah,kamu bertiga ni memang menepati masa ya."


Encik Bahri menegur mereka bertiga setelah menyedari mereka berada di belakangnya,menunggu pintu dibuka.


"Mana tak tepat masa encik,dah satu jam kami mengulangkaji kat depan tu."


Farah membalas sambil ketawa kecil.Balqis dan Irdina turut sama ketawa.Encik Bahri hanya senyum dan mempelawa mereka masuk ke ruangan pejabatnya.


"Eloklah kamu bertiga dah ada,boleh la jaga pejabat saya sebentar.Saya nak ke kawasan pekan sekejap.Nak ambil seorang lagi staf lelaki kat sana."


"Kenapa dia tak boleh datang sendiri encik?Makin lambatlah kami nak dengar taklimat."


Balqis bertanya kepada Encik Bahri sambil mencebik bibir mungilnya.


"Sabar ye anak-anak.Bila orang dalam kesusahan,kita kena bantu.Lagipun dia tidak pernah datang KL,dari Kelantan jugak macam kamu la,Balqis."


Encik Bahri cuba menenangkan mereka bertiga.Balqis hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Encik Bahri.


"Okaylah,kamu semua tunggu sahaja disini.Sekejap sahaja,dalam 15 minit nanti saya balik ya."


Encik Bahri berpesan lalu meninggalkan mereka bertiga.Farah,Balqis dan Irdina akur.


"Dina,Farah,saya nak naik ke atas sebentar.Fail peribadi saya tertinggal."


Tiba-tiba Balqis meminta diri untuk naik ke tingkat atas bangunan itu.Fara mengangguk,kemudian memandang kiri kanannya.Baru tersedar yang fail peribadinya juga tiada di situ.


"Balqis! Tunggu sekejap.Fail saya pun tertinggal kat atas."


Farah mengatur langkah dan mengikuti Balqis ke tingkat atas.Tinggallah Farah terpinga-pinga keseorangan di dalam pejabat itu.Sementara itu,Dia menghubungi ibunya.


"Assalamualaikum mak.Dina dah sampai kat tempat kerja ni,Dina suka tempat ni,bersih dan tenang."


"Waalaikumussalam.Alhamdulillah,Rahim ada dengan Dina ke?."


"Dia dah balik.Dina okey je.Dah ada kawan-kawan.Mak jangan risau ye.Jaga diri baik-baik.Dah masuk hostel nanti Dina telefon lagi."


"Baiklah,nak.Jaga diri baik-baik kat tempat orang.Ni,adik Mawar kirim salam."


"Baiklah mak.Waalaikumussalam."


Talian dimatikan.


"Masuklah,sila..sila.."


Kelihatan Encik Bahri mempelawa seseorang masuk ke pejabatnya.Seorang lelaki memakai T-Shirt berkolar hitam,berseluar jeans,bertubuh gempal,kulit cerah dan bentuk muka berbentuk bujur sirih,dan berjanggut nipis masuk dan duduk di sofa berhadapan dengan Irdina.Lelaki itu mengangguk dan menghadiahkan senyuman manis kepada Irdina.


'Eh,ada lesung pipit juga?'


Irdina membalas senyuman lelaki itu.Dia terpana melihat senyuman lelaki itu yang berlesung pipit di pipi sebelah kanan.Ini pertama kali dia melihat lelaki berlesung pipit.Kacak juga.Tetapi lelaki tu kelihatan seperti banyak masalah,rambutnya tidak disikat rapi dan memakai selipar biasa.


Sedang asyik Irdina memerhatikan lelaki itu.Seorang wanita lewat usia 50-an duduk di sebelah Irdina.


"Staf baru juga ke?"


Wanita itu menegur Irdina.


"Ya,makcik.Saya Irdina."


Irdina memperkenalkan dirinya kepada wanita itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dan mencium tangan.Memandang wajah wanita itu mengingatkannya kepada emak.Wanita itu menyambut salam Irdina dan memegang erat jari-jemari Irdina.Irdina rasa hairan dan hanya senyum.


"Irdina,cantik nama,macam tuannya.Makcik dari Kota Bharu,ni hantarkan anak makcik,Naufal."


"Owh,macam tu.Saya pun asal Kelantan.Tapi menetap di Johor.Kalau saya balik Kelantan bolehlah saya singgah rumah makcik."


Irdina cuba bersikap ramah dengan wanita itu.Namun sikap Irdina yang ramah itu membuatkan hati wanita itu senang.Irdina memandang pula ke arah lelaki itu.


'Muka nampak ganas,tapi datang kesini pun mak yang temankan.Anak emak kot.'


Hati Irdina berbisik sambil melemparkan senyuman sekali lagi kepada Naufal.


"Irdina,Farah dan Balqis mana?"


Encik Bahri bertanya kepada Irdina.Sambil berdiri Irdina menjawab,


"Tadi,mereka cakap nak ke tingkat atas,ambil fail peribadi.Encik nak saya panggikan mereka ke mari?Sebentar ye..."


"Tak perlu,awak duduklah.Kalau mereka di tingkat atas,tak apa,lagipun saya akan bawa awak dengan Naufal ke tingkat atas juga sebentar lagi."


Baru sahaja Irdina hendak melangkah.Encik Bahri menyuruhnya duduk kembali.Mahu tidak mahu,Irdina terpaksa duduk bersebelahan sekali lagi dengan wanita tadi.Tapi,bagus juga,boleh Irdina lepaskan rindunya kepada emak apabila memandang wajah wanita itu.Encik Bahri pula mengambil tempat di sebelah Naufal.


"Baiklah,Puan Zainon,rasanya tidak ada apa-apa dah.Selepas ini saya akan uruskan asrama untuk mereka dan pembahagian tugas.Kalau Puan Zainon nak pulang dulu pun boleh.Naufal ni lelaki,dia kuat dan boleh berdikari.Puan jangan risau."


Encik Bahri menepuk-nepuk bahu Naufal memberi semangat.Puan Zainon mengangguk tanda setuju.Lagipun bimbang lewat pula sampai ke Kelantan.Dia meminta diri untuk meninggalkan pejabat.Naufal dan Irdina bersalaman dengan Puan Zainon.Entah mengapa terasa sejuk hati Puan Zainon melihat mereka berdua.Kelihatan serasi bersama.


"Naufal dan Irdina,jaga diri.Kerja baik-baik.Along,kalau ada apa-apa,call mama ye?"


"Baik,mama.Mama pun,jaga diri.Dah sampai rumah,bagitau Along."

'Along?Anak sulung rupanya.Sama pulak...'


Desis hati Irdina.


Puan Zainon mengangguk dan berlalu meninggalkan mereka.


"Sudah-sudahlah tu.Kamu berdua ni dah besar dah.Nak sedih-sedih macam budak sekolah ni kenapa?Tak malu ke?Mari ikut saya naik ke tingkat atas.Saya perkenalkan dengan staf-staf disana."


Tiba-tiba Encik Bahri mencelah.Sengaja dia mengusik mereka berdua.Irdina dan Naufal hanya mampu tersenyum.Mereka naik ke tingkat atas bersama.Bangunan Kolej Infiniti sememangnya ada dua tingkat sahaja tetapi cukup lengkap dengan fasiliti yang diperlukan bagi sebuah kolej.


Di tingkat atas mereka terserempak dengan Farah dan Balqis di koridor.


"Ha,Farah,Balqis.Kamu ke mana?"


Encik Bahri bertanya.


"Kami kena tahan dengan staf-staf kat dalam encik.Semua nak berkenalan dengan kami.Kami layan je lah."


Farah yang memang suka bergurau dengan loyar buruknya itu cuba menjelaskan.


"Ada-ada saja kamu ni Farah.Tak aci la macam ni kawan kamu yang lagi dua orang ni belum kenal lagi staf-staf lain,kamu berdua dah kenal?"


Encik Bahri bercekak pinggang dan menjuihkan bibirnya mengusik Farah dan Balqis.


"Hehe...Encik Bahri,apa susahnya.Marilah kita semua masuk dan berkenalan sekali lagi."


Balqis pula menyampuk.Mereka semua ketawa dan masuk ke dalam pejabat dimana staf pentadbiran bertugas.Setelah berkenalan dengan semua staf.Mereka dibawa ke bilik mesyuarat.


"Baiklah.Semua silakan duduk."


Encik Bahri memberi arahan.


"Sebelum saya teruskan dengan penerangan,saya ingin kamu semua perkenalkan diri masing-masing."


Encik Bahri memberi arahan.Naufal yang berada bersebelahan dengan Encik Bahri mula memperkenalkan diri.


"Nama saya Mohd Naufal Bin Shaari,umur 23 tahun,lepasan Diploma Elektrik dan Elektronik di sebuah institusi pengajian tinggi awam.Berasal dari Kelantan,boleh panggil saya Naufal."


"Saya,Farah,nama penuh pun Farah,Farah binti Lamin.Asal sini-sini jer...kat Bangi.Saya berkelulusan Sijil Seni Kreatif je dari Kolej Infiniti yang tercinta ini.Umur saya pula samalah dengan Encik Naufal tu.Hehe..."


Kata Farah sambil tersengih menunjukkan ibu jarinya ke arah Naufal.Irdina dan Balqis ketawa kecil melihat gelagat Farah.Encik Bahri juga begitu sambil menggelengkan kepalanya.Begitulah sikap Farah,mudah mesra dengan sesiapa sahaja.Kemudian,giliran Balqis  pula memperkenalkan diri.


"Nama saya Nurul Balqis Binti Borhan.Umur 20 tahun.Asal dari Kelantan juga.Saya berkelulusan STPM je..."


Dan tiba pula giliran Irdina.


"Saya Nuwairah Irdina Binti Nazim.Saya pun asal Kelantan tapi menetap di Johor.Rasanya sayalah berkelulusan paling rendah.SPM je...Umur...18 tahun."


Irdina dalam segan berterus-terang memandangkan semua staf yang baru melapor diri itu lebih tua darinya beberapa tahun.


"18 tahun?Macam sebaya dengan kami je...Tak pe Irdina,nampak matang sikit daripada nampak budak-budak,macam Balqis ni,kerempeng aje!"


Farah cuba mengusik Balqis.Tidak semena-mena rambut Farah yang panjang paras bahu itu ditarik manja oleh Balqis.Sempat juga gadis itu menjerit namun cepat-cepat dia membetulkan posisi duduknya setelah Encik Bahri menjeling seolah-olah memberi amaran.Naufal pula sesekali memandang Irdina yang duduk tepat berhadapan dengannya.Dalam hatinya merasakan sesuatu.

"Baiklah,sekarang saya akan terangkan tentang tempat tinggal kamu.Puan Ratna yang sepatutnya mengendalikan perkara ini tidak dapat bersama kita.Ada mesyuarat di luar.Jadi saya akan cuba sampaikan apa yang patut kepada kamu semua.Okey,kami sediakan sebuah bilik untuk dihuni oleh dua orang staf.Di bilik tu ada dua buah katil,satu almari dan satu bilik air.Naufal,buat sementara ni kamu boleh tinggal di bilik saya memandangkan kamu seorang sahaja staf lelaki yang baru melapor diri.Lagipun,saya seorang sahaja dibilik selepas staf yang bersama saya sebelum ini berkahwin dan berpindah."

"Baik encik."


Naufal menjawab.


"Encik,kami bertiga ni macamana?Kami kalau boleh nak satu bilik bersama."


Balqis bertanya.Risau kalau salah seorang dari mereka terpisah.Maklumlah belum biasa dengan suasana baru.


"Chup! Balqis dan Irdina jangan risau.Farah tak tinggal kat sini.Farah ulang-alik je,ayah Farah hantarkan setiap hari.Jadi kalian berdua bolehlah tinggal bersama."


Farah membalas belum sempat Encik Bahri memberi penjelasan.


"Okeylah.Selesai masalah."


Ringkas jawapan Encik Bahri berikan kepada mereka.Senyuman tak lekang dari bibirnya.Balqis dan Irdina tersenyum riang.Naufal hanya memerhatikan mereka.Sememangnya sikap Naufal pendiam.Lagipun tidak ada apa yang memerlukan dia melontarkan suara.

"Okey,ini kunci bilik Balqis dan Irdina.Bilik kamu di tingkat dua,Blok E ya."


Balqis mewakilkan diri mengambil kunci tersebut.


"Erm...encik,boleh saya tanya.Dekat sini,saya ditugaskan di bahagian mana?"


Irdina bertanya mengharapkan jawapan.Harap-harap dia dapat tahu tugasnya lebih awal supaya dia boleh bersedia.


"Oh,saya terlupa.Irdina,surat tawaran kamu belum sampai ke tangan saya.Saya rasa hari ini tidak sempat.Hmm..Hari Isnin nanti kamu jumpa saya semula.Okey?Sekarang ni Irdina ambil punch card ni dulu,tulis nama dan nombor kad pengenalan,ruangan 'Department' biarkan kosong dahulu.Isnin nanti baru tulis."


Irdina akur.


"Baiklah,ada apa-apa pertanyaan lagi?Kalau tak ada,boleh bersurai.Lagipun sudah hampir pukul empat petang,kaum hawa yang belum solat,sila ke surau bersebelahan bilik mesyuarat ini ya.Naufal,mari ikut saya."


Encik Bahri mengingatkan dan meninggalkan tiga orang kaum hawa itu.Sempat Naufal menjeling ke arah Irdina.Irdina baru tersedar yang dia belum menunaikan solat Zohor.Pantas dia bangun meninggalkan bilik itu untuk ke surau.Farah dan Balqis turut mengikuti.

****
"E-2-201...E-2..ha..ini lah bilik kita."


Kata Balqis.Dia membuka tombol pintu tersebut.


"Alamak...!"


Serentak Balqis dan Irdina menyebut perkataan itu.Tiba-tiba telefon bimbit Balqis berbunyi.


"Mak,ayah,marilah naik ke bilik Ayis jap."


Talian terus dimatikan.Ayis adalah nama panggilan Balqis oleh keluarganya.Rupa-rupanya Balqis datang bersama keluarga.Irdina hanya kaku melihat bilik itu.


"Kenapa Ayis?"


Ayah Balqis bertanya.


"Ni ayah,tak ada bantal dan cadar.Nasib baik Ayis bawak semua."


Balqis perjelaskan kepada ayahnya.Ayah Balqis hanya senyum.Ibu Balqis juga ada bersama.Mereka berbual sebelum meninggalkan Ayis bersama Irdina.Beberapa minit kemudian,ayah dan ibu Balqis memohon untuk pulang.


Di bilik itu,Irdina termenung.Malang pula nasibnya kali ini.Tilamnya tidak beralas,tiada bantal pula untuk beradu.


"Dina,awak tak bawak bantal dengan cadar?"


Balqis menyapa.


"Tak...saya datang dengan bas je,susah nak bawak semua tu."


"Owh...awak datang seorang diri?Bagusnya..."


Irdina senyum.Sambil bangun untuk mengemas dan menyimpan pakaiannya ke dalam almari.


"Dina,esok hari Sabtu,hari cuti.Apa kata kita ke kedai.Cari barang-barang keperluan.Yelah,nak tunggu gaji,lambat lagi.Kita beli sikit makanan segera,maggi ke...awak setuju tak?"


Dina yang sedang asyik mengemas pakaian,berhenti.Memandang ke arah Balqis.


"Erm...menarik juga cadangan tu.Baiklah,InsyaAllah."


Pantas dia kembali ke katilnya dan melihat ke dalam dompetnya.Ada tiga helai not merah sahaja.Nafasnya menghela berat.Dia menyimpan semula dompet tersebut di dalam beg tangannya.Tiba-tiba dia terlihat gumpalan not lima puluh ringgit.Diambil dan dikira.Tiga ratus ringgit!!


“Dina,ambillah duit ni untuk belanja sebelum dapat gaji.Kalau tak cukup nanti bagitau abang.


Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya.Dia baru teringat tentang duit yang diberi oleh Rahim.Tidak tahu sama ada mahu menggunakan duit itu atau tidak.Terlalu banyak jumlah itu bagi dirinya.Kalau digunakan,bimbang pula tidak mampu bayar walaupun Rahim telah memberi lampu hijau agar Irdina tidak perlu bayar.Namun Irdina sudah berjanji untuk membayar kembali.Serba-salah rasanya.Lalu dia mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja duit itu.


********


Irdina dan Balqis baru selesai solat maghrib bersama.


"Dina,saya laparlah.Awak tak lapar ke?"


Balqis mengusap perutnya yang kempis itu.


"Lapar juga.Nak makan apa?Kat mana?"

Irdina menjawab sambil melipat dan menggantungkan kain telekungnya di belakang pintu bilik itu.

"Ha ah la kan...kafe pula tak buka.Kita keluar lah sekejap,nak?Kat simpang sana ada restoran."

"Erm...okey."

Mereka bersiap dan berjalan kaki bersama ke restoran yang terletak berhampiran simpang kolej itu.Dalam sepuluh minit mereka berjalan,akhirnya mereka sampai.


Setelah memesan makanan,Irdina ternampak seseorang yang dikenalinya di meja hadapan.


"Qis,tu Naufal kan?"


"Mana?"


"Tengok belakang."


Balqis menoleh ke belakang.Memang benar,Naufal.


"Yelah.Agaknya dia pun kelaparan macam kita.Hehe..."


Balqis bergurau.Irdina hanya tersenyum.Kesian pula tengok Naufal keseorangan.Tetapi tak manis pula kalau dia mengajak Naufal makan bersama.Biarlah,lagipun Naufal mungkin tidak perasan kehadiran mereka disitu.


"Tuttt...tuttt!"


Telefon bimbit Irdina mengeluarkan bunyi.


Satu SMS diterima.


Dina,abang dah sampai kat rumah.Dina tengah buat apa?Macamana kat sana?


Irdina menerima SMS daripada Rahim.Dibiarkan sahaja tidak berbalas.Lalu dia menekan beberapa nombor di pad telefonnya dan menghubungi seseorang.


"Ye,anak mak.Semua okey ke?"


"Semuanya baik mak.Dina kat kedai ni,makan dengan Balqis,kawan Dina."


"Oh,yeke?Jaga diri baik-baik Dina.Malam-malam macam ni bahaya anak dara keluar.Selawat selalu,ya."


Ibunya berpesan.


"Ye,mak.Dina selalu ingat pesan mak.Mawar okey,mak?"


"Alhamdulillah,semua okey.Dina jangan risau.Okeylah sayang,jimat-jimatlah gunakan topup telefon ni,apa-apa,SMS sahaja ya."


"Baiklah mak.Apa-apa nanti Dina bagitau.Assalamualaikum."


Dina mematikan talian.Pesanan mereka sudah sampai.


"Assalamualaikum,dapat makanan,dah tak nampak orang ye?"


Tiba-tiba seorang lelaki memberi salam.


Balqis menoleh ke belakangnya.Mereka tidak perasan sudah berapa lama Naufal berdiri disitu.


"Waaalaikumussalam.Yelah,Naufal.Kami lapar ni.Awak dah makan?"


Irdina bertanya.Tiba-tiba jantungnya dirasakan berdegup kencang saat memandang wajah lelaki itu.

'Apa kena dengan aku ni?'


"Oh,saya dah makan.Dah nak balik ke bilik.Awak berdua makanlah ye.Saya pergi dulu.Maaf menganggu."


Naufal meminta diri dan berlalu.


Balqis dan Irdina saling berpandangan,senyum dan menghabiskan makanan mereka.Beberapa minit kemudian mereka pulang ke bilik dan tidur.Masing-masing terasa penat.



*******