Wednesday 14 September 2011

Dia Amanah Allah


 
Saya hanya nak post tentang ini,mudah-mudahan menjadi pengajaran buat semua pasangan suami isteri :

Dari Pangako Sayo (Facebook) : (ayat sudah diedit supaya semua yg membaca boleh faham sebab Pangako Sayo ni tulis short-form banyak sgt..hehe)

”I ada experience,but my fren la..dia gaduh dengan suami then dia marah-marah,bising-bising pastu suami dia keluar naik motor (biasala lelaki kan tak suka bising-bising nih) dia kuar untuk cari ketenangan. sebab tak nak gaduh lagi besar.Selang beberapa jam,ada call masuk dari nombor husband dia but perempuan kan keras hati nak merajuk lagi.So dia tak angkat la.Banyak kali juga ada call dari husband dia tu.Then masuk satu SMS :

”Tolong angkat call,tuan punya handset ni accident dan dah meninggal dunia”.

Dia punya lah terkejut dan call i.Untuk kepastian then kita call balik nombor husband dia dan memang betul orang yang jawab tu kata dah meninggal.Dia menangis sampai pengsan2,bangun je pengsan,bangun je pengsan sampai sekarang rasa ralat menyesal tak abih2..Ermm...kesimpulannya hargailah si dia sementara dia masih bernyawa ”

Touching sangat cerita ni (bagi saya la,bagi orang lain saya tak tahu)...Masa baca ni hati saya tersentap sekaligus membayangkan apa akan jadi pada saya jika perkara diatas berlaku dalam hidup saya.Nauzubillah,mintak dijauhkan...saya belum bersedia nak menerima kehilangan suami tercinta.Saya tahu dia (suami) amanah dari Allah dan saya sangat berharap Allah masih memberi peluang pada saya untuk menjaga amanah ini sebaiknya.Amin.

Safia : Buat suami tercinta,Mohd Khalid Bin Ishak,maafkan segala salah silap syg...semoga kita akan bersama sehingga alam syurga..amin..


Allah Telah Tentukan Yang Terbaik Buat HambaNya


Assalamualaikum pembaca setia..(ada ke yg setia?) haha...okey2..hari ni saya nak expose satu komen dari ruangan Realiti Alam Perkahwinan (RAP).Puan Rozita.... bertanya pendapat tentang PJJ (perkahwinan jarak jauh).Dia pun dalam dilema jugak,meh kita tengok dulu komen2 tersebut.Saya nak post pasal ni sebab topik ni juga ada kaitan dengan hidup saya.Kalau nak tau apa kaitannya,baca sampai habis post ini. :)

Puan Rozita : Ada tak kawan-kawan RAP yang PJJ (perkahwinan jarak jauh) boleh share pengalaman?

Okey,saya ringkaskan sahaja,sebab kalau nak tulis semua,panjang ni..hehe...

Puan Rozita ni dia dalam dilema sebab dia sekarang sedang bekerja dengan badan berkanun di Johor dan mengandung anak pertama manakala suaminya pula bekerja dengan government di Kedah.Jaraknya Kutub Utara Kutub Selatan tu....!! heheh..Jadi dia dah terpikir nak resign dan ikut suaminya.Dalam masa yang sama teman sekeliling dan sedara mara gtau yang sayang kalau dia tinggal kerja tu,sbb bukan senang nak dapat kerja.Jadi camana nak wat tu?hehe...Jadi saya dah tengok,ada satu komen terbaik dari RAP dan seorang fans dah buktikan kata2 RAP tu..berikut saya sediakan print screen komen2 tersebut...Renung2kan...



 
Bagi saya,tempat seorang isteri adalah disisi suami dan saya sependapat dengan RAP dan fans Shima Hassan yg dah membuktikan kata2 RAP...Alhamdulillah sedikit sebanyak pendapat2 tersebut memberi semangat buat Puan Rozita.Semoga Allah kurniakan yang terbaik buat beliau selepas ini.Amin.

Safia : Saya juga pernah berkorban masa depan saya (menolak terus tawaran Diploma di Uitm Kedah) sebab saya dapat pengajian full time...tak sanggup rasanya nak berjauhan dengan suami yang berada di Kuala Lumpur ketika itu.Alhamdulillah sekarang Allah da bagi rezeki yang lebih baik,saya diterima berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan satu daerah dengan suami.Sungguh besar ketentuan Ilahi...Subhanallah...