“Kakak,handset  awak yang berbunyi macam bom tu kan?Sila jawab,okey.”
Kata gadis genit berlesung pipit itu kepada kakaknya,Irdina yang sedang asyik menulis sesuatu di meja makan.Sempat dia menjeling tajam kearah adiknya,Mawar sambil berjalan kearah coffee table dimana telefon bimbitnya diletakkan.

“Akak tau lah! sibuk je...”
Mawar mencebik bibir sambil melayangkan pandangan matanya kearah televisyen.
Pantas Irdina mencapai telefon bimbit jenama Nokia 3310 miliknya.Telefon bimbit itulah antara hadiah pemberian ibunya kerana Irdina mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah suatu ketika dahulu.Meskipun hanya boleh membuat panggilan dan SMS,Irdina tetap bersyukur kerana telefon bimbit itu masih mampu bertahan sehingga kini.

“Assalamualaikum,ya   Irdina bercakap,hah?Betul ke?Bila?Lusa?Boleh saya fikir dulu?Erm...tak   boleh ye...Okay lah,saya akan cuba datang.Terima kasih.”
Irdina mematikan talian.Dia menghela nafas panjang.

“Awak  ni kenapa kak Dina?Putus cinta?Atau ada orang nak datang  meminang?Yeay,tahun ni dapat abang ipar!”
Mawar cuba menerka apa yang ada dalam kotak fikiran kakaknya itu.

“Mengarutlah   kamu ni cik Mawar.Ingat tak akak pergi temuduga minggu lepas?Ni akak  dah dapat tawaran kerja tu kat Kuala Lumpur.Tapi  kena lapor diri  lusa,macam mana ni?”
Mawar menyangkal apa yang dikatakan adiknya tadi.Dia keliru.

“Baguslah tu kak,bolehlah akak tanggung Mawar ni sikit-sikit.”
“Wah,banyak cantik muka awak.Akak keliru ni.Tak Nampak ke akak tengah isi borang untuk kemasukan sesi Julai di Uitm ni? Uitm ni pun satu,masa orang tengah desperate nak masuk IPTA,tak ada pula nak hantar surat tawaran.”
"Kakak,bersyukurlah,bukan semua orang dapat dua rezeki dalam masa yang sama macam akak ni tau! Ucaplah Alhamdulillah..."
Mawar menunjukkan aksi menadah tangan sambil menjeling manja ke arah kakak kesayangannya.
"Eh,betul tu.Akak panik sekejap lah Mawar.Alhamdulillah syukur."
Irdina menadah tangan dan memekup telapak tangannya ke muka gebunya.
“Kamu  berdua sedang bincang tentang apa?Mak tengok muka masing-masing macam  tak lepas bernafas je.”
Tiba-tiba wanita lingkungan 40-an itu mencelah.Hasanah,ibu kepada Irdina dan Mawar yang dari tadi mencuri dengar perbualan mereka berdua dari dapur sambil menyediakan makanan tengahari.

“Temuduga yang kakak pergi minggu lepas.Sekarang mereka dah tawarkan kerja kat KL mak...Tapi kerja kerani je dekat kolej swasta,gaji   RM800.Tapi ada lah asrama percuma untuk staf di sana.Apa pendapat mak?”
Irdina mengharapkan pendapat dari ibunya.

“Erm...mak   rasa kakak pergi lah kerja dulu.Dalam keadaan kita sekarang ni,mak  takut  nanti mak tak mampu nak tanggung perbelanjaan kakak di universiti   nanti.Mak tak ada simpanan sayang,hasil jualan nasi lemak yang ada ni   pun cukup-cukup untuk kita makan seharian sahaja.Kakak kerja dulu,cari   pengalaman.Sekarang ni bukan senang orang nak dapat kerja meskipun belajar tinggi-tinggi.InsyaAllah ada rezeki kakak nanti,sambunglah belajar ya.”
Air mata mula bergenang di mata Hasanah.Dia merasa sebak kerana tidak mampu nak tunaikan impian anaknya ke menara gading.Namun dia yakin anak sulungnya itu pasti memahami dan mampu kecapi kejayaan.

“Baiklah mak,kakak ikut je.Tapi siapa yang akan teman kakak lapor diri nanti?”
“Kita   tak ada pilihan,tiada siapa yang ada disisi kita sekarang,kalau mak  dengan adik pergi,banyak juga kos nanti.Lagipun Mawar ada ujian di sekolah esok.Kakak pergi  dulu ke Kuala  Lumpur naik bas.Belajar berdikari ye sayang.Sampai di sana,minta tolong  Rahim lah.Dia kan  bakal menantu mak.” 
Cadang ibu Irdina sambil tersenyum.
Cadang ibu Irdina sambil tersenyum.
“Isk  mak ni...Yelah mak,nanti kakak bincang dengan dia ye.”
Irdina tersipu malu.Pantas tangannya mencapai telefon bimbit dan menghantar satu SMS kepada Rahim.Harapannya semoga Rahim sudi membantunya apabila sampai di Kuala Lumpur nanti.

Rahim  seorang lelaki yang dikenalinya beberapa bulan yang lalu.Seorang mekannik yang memiliki workshop  sendiri.Perkenalan  bermula dari ruangan chatting di telefon bimbit,baru dua  kali bersua muka.Baginya,Rahim  memang baik,tidak banyak kerenah dan  telah pun menyatakan hasrat untuk  memperisterikan Irdina secepat  mungkin.Ibunya setuju namun Irdina belum  bersedia memandangkan dia baru  sahaja memasuki umur 18  tahun.
Hakikatnya,dalam masa yang sama,sebenarnya hati Irdina belum menerima lelaki itu sebagai teman istimewa walaupun perhubungan mereka agak mesra.Hati Irdina masih milik Fahmi,lelaki pertama yang bertakhta dihatinya ketika usia 14 tahun.Perkenalan yang tak terduga hanya kerana salah nombor panggilan.Akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta.Mungkin terlalu awal untuk bercinta dalam usia semuda itu,tetapi Fahmi benar-benar ikhlas.Cinta Irdina dan Fahmi bertahan sehingga Irdina berusia 17 tahun.Sayangnya,cinta mereka retak hanya kerana keluarga Fahmi menghalang atas sebab kesusahan hidup Irdina ketika itu.Sejak dari itu Fahmi senyap tanpa berita.Irdina putus harapan dan terima Rahim dalam hidupnya biarpun lelaki itu belum layak menggantikan tempat Fahmi.

******
Jam   menunjukkan pukul 9 malam,Kelihatan Irdina bersama ibunya dan Mawar di   stesen bas Pontian,Johor.Sebentar lagi Irdina akan bertolak ke Kuala   Lumpur.
“Kakak,jaga   diri baik-baik kat tempat orang.Dah sampai nanti telefon mak,apa-apa   beritahu mak,mak sentiasa doakan kakak,ingat apa yang kakak lakukan ini   untuk masa depan kita,mak minta maaf sebab tak dapat temankan kakak ke  sana.Tapi mak akan tetap mendoakan kakak,mak yakin kakak tabah dan  pandai berdikari.”
Hasanah menasihatkan anak sulungnya sambil memeluk erat tubuh Irdina.

“Baiklah  mak,mak pun jaga diri ya.Apa-apa kakak beritahu mak.Mak jangan  risau.Kakak sayangkan mak.”
Air mata Irdina mengalir deras saat pelukan dilepaskan.Kelihatan Mawar juga menunjukkan reaksi sayu,muka gebunya itu dibasahi manik kejernihan.Inilah kali pertama dia berpisah dengan kakaknya.

“Mawar  jaga diri okay,belajar rajin-rajin.Nanti dapat kerja lagi bagus dari  kakak!” 
Irdina memeluk Mawar sambil memberikan kata-kata semangat.

“Raya   nanti kakak balik kan? Mawar nangis sebab takut kakak pergi Kuala   Lumpur lupa bawa balik duit raya Mawar je,jangan perasan Mawar nangis   sebab akak,okey.” 
Mawar cuba melindungi perasaan sayunya dengan gurauan.Irdina hanya tersenyum dan mula melangkahkan kaki menaiki bas “MAJU” itu.

Di   dalam bas,Irdina hanya mampu berdoa agar segalanya  dipermudahkan.Terasa  agak berat untuk melangkah,namun hatinya  tenang.Mungkin ada hikmahnya  disebalik semua ini.Irdina memejamkan mata  dan cuba menenangkan diri.
3 jam kemudian...
“tuttt! tuttt!!”
Nada SMS di telefon bimbit Irdina berbunyi.Irdina yang dari tadi dibuai lena tersedar,sempat melihat ke luar tingkap,dia dapat melihat dengan jelas bangunan yang tertulis “UPM”.
'Eh,dah sampai KL! lamanya aku lelap..Isk!'
Dia membebel sendirian dalam hati.Lantas dia melihat telefon bimbit dan membuka kotak masuk SMS,tertera nama Kak Qistina.
Dina,akak   tak dapat ambil Dina dekat LRT Pudu.Dah pukul 10 lebih ni,akak kena   balik dulu.Nanti Dina naik teksi lah datang umah akak ye 
Irdina mula rasa cemas.Sekarang dah pukul 12 tengah malam.Rupanya,SMS itu baru masuk.Ada masalah line agaknya.
'Aduhh...kak Dina ni...dia ingat aku tau sangat ke jalan kat KL ni?Rumah dia pun aku tak pernah pergi!'
Irdina mula buntu,tangannya menggigil memikirkan pada siapa dia nak mintak tolong.Rahim?Ya! Rahim!!
Dina   cuba menghubungi Rahim,namun tidak dijawab.Dina menghantar satu SMS   meminta Rahim mengambilnya di Hentian Pudu dan menghantarnya ke rumah   Qistina.Setelah 20 minit,Rahim membalas :
Abang nak datang cmana?Tak ada kenderaan ni..Teksi susah nak dapatla malam-malam ni.
'Ya Allah,Rahim boleh bagi alasan macam tu?Aduh…peningnya!' 
“Pudu!!  Pudu!!!”
Irdina tersentak mendengar suara pakcik pemandu bas,rupa-rupanya dah sampai Hentian Puduraya.Irdina turun dari bas dengan langkah longlai sambil mengheret bagasinya.

Setelah turun,Irdina berdiri terpinga-pinga di kaki lima Hentian Puduraya itu.Tekaknya dirasakan perit.Lalu dia melangkah ke kedai serbaneka berhampiran.Rasa takut menyelubungi diri.Yelah,dia keseorangan,perempuan pula tu di tengah malam macam ni.
Namun  Irdina tetap berusaha untuk menghubungi Rahim.Tiada  jawapan.Dia  membelek pula senarai nombor rakan-rakan yang lain di  telefon  bimbitnya.Tertera nama Shahrul,seorang chatters yang dikenalinya  iaitu  rakan kepada Rahim,namun Irdina tidak pernah bersua muka  dengannya.Apa yang Irdina tahu Shahrul tinggal  di Sungai Buloh.Dalam senarai telefon bimbitnya memang ramai nama-nama chatters,tapi tak semua yang dia kenal.Risau juga.Nak minta tolong teman-teman sekolah,seorang pun tiada yang tinggal di Kuala Lumpur!
Memang dalam senarai nombor di dalam telefon bimbitnya ramai teman-teman chatters yang di kenali di ruangan forum MobileIRC iaitu ruangan sistem chatting melalui telefon bimbit.Pernah juga Irdina mendengar keburukan berchatting.Tapi baginya tiada salahnya selagi pandai membawa diri.Ibunya juga mengizinkan memandangkan aktiviti sebegitu tidak memerlukan Irdina keluar bersosial dengan perkara yang tidak berfaedah.Tambahan pula ibunya sudah mengenali majoriti teman chatters nya.Pernah suatu ketika organisasi MobileIRC mengadakan gathering berhampiran rumahnya.Kebetulan berdekatan rumah Irdina terdapat sebuah pusat peranginan dan Irdina dilantik sebagai AJK Penyediaan makanan kerana aktif didalam ruangan chatting.Maka,ibu Irdina lah yang menyediakan perkhidmatan makanan sepanjang aktiviti gathering dijalankan.Di situ jugalah Irdina mula mengenali Rahim dan Qistina.
'Hmm...mungkin ini lah salah satu kelebihan berchatting'
Sempat Irdina berbisik sambil tersengih sendirian.
Tanpa berfikir panjang,Irdina menghubungi Shahrul.Dengan dua deringan sahaja Shahrul sudah menjawab.

“Yes,Dina.Ada apa?”
Belum sempat Irdina bersuara,Shahrul sudah menyebut namanya.Hatinya mula lega.

“Abang Shahrul,ada dekat mana ye?” 
“Abang ada dekat Petaling Street,tengah shopping,kenapa tanya-tanya ni?Macam la Dina nak jumpa abang..,”
Shahrul berseloroh pula.
Shahrul berseloroh pula.
“Ha  eloklah tu.Abang,ini bukan cobaan okey.Dina nak mintak tolong ni,tolong  hantarkan Dina ke rumah kak Qistina boleh?”
Dina berterus terang.Dia tau Shahrul mengenali Qistina,sebab Qistina bekas kekasih Shahrul.Dalam tak sedar Dina tersenyum.

“Hah? Dina kat mana ni?Abang ambil sekarang,lima belas minit lagi abang sampai.” 
“Dina kat pudu,depan 7Eleven ye.Dina tunggu abang kat sini,cepat sikit.”
Dina mematikan talian.Hatinya sangat lega.Dia tau memang kurang manis bersama dengan lelaki malam-malam macam ni.Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang tak dikenali.Pelbagai kemungkinan yang buruk akan berlaku.Tetapi dia terpaksa.Tiada siapa yang boleh menolongnya pada ketika ini.Pada waktu ini apa yang mampu dilakukan adalah berdoa dan berserah segalanya pada yang Maha Esa.InsyaAllah Allah bersama hamba-hamba yang mengingatiNya.
Sementara menunggu Shahrul,Dina menghubungi ibunya.Tidak berjawab.Mungkin ibunya sudah tidur.Terlupa pula,sudah pukul 1 pagi.
“Selawat selalu.”.Itulah pesan mak yang sentiasa berada dimindanya.
Dalam   masa yang sama,Rahim menghantar SMS bertanya dimana dan bagaimana   keadaaan Irdina.Sakit hatinya membaca SMS itu.Kalau dibalas pun apa   gunanya.Kalau diberitahu keadaan tak bagus pun bukan dia boleh buat   apa.
'Biarlah dahulu...nanti kalau rasa dah tenang aku balas'

“Assalamualaikum,hai,Irdina ye?”
Seorang lelaki menyapa Irdina.
Seorang lelaki menyapa Irdina.
“Waalaikumusalam.Ya,abang...errr...Shahrul  ke?Abang kenal pulak wajah Dina?”
Irdina menjawab pertanyaan lelaki itu tergagap-gagap.Takut pun ada.Rupanya agak kacak,berkulit cerah,rambut terpacak,tinggi dan berbadan tegap.Mempunyai mata yang sedikit menggoda.Takut Irdina melihatnya.Dalam hatinya mula kencang dengan kalimah “selawat”.

“Iyelah Dina,sape lagi ada muka kacak macam ni.Jom,abang hantar pergi rumah kak Qistina.Dalam kereta nanti kita story-mory,okey?”
Shahrul sempat berseloroh.Dia membantu Dina memasukkan bagasi ke dalam kereta Perdana V6 miliknya.

*****
Sepanjang   perjalanan,Irdina hanya mendiamkan diri.Terasa peluh dingin membasahi   dahinya.Dia tidak putus-putus berdoa supaya tiada apa yang buruk   berlaku.Tak pernah dia berduaan dengan lelaki begini.Jalan raya menghala  ke rumah Qistina di Bukit Jalil pula dah  lengang memandangkan waktu  sudah menunjukkan pukul 2 pagi.Sekali sekala  Irdina menjeling kearah  Shahrul.Namun raut wajah lelaki itu kelihatan  selamba,seolah-olah tidak  ada perasaan.
“Kenapa  Dina tengok-tengok abang ni?Seram pula rasanya.”
Tiba-tiba Shahrul bersuara.Dina tersentap,tidak sangka Shahrul menyedari yang dia sedang memerhatikan lelaki itu.

Irdina menelan air liur sambil menjawab, 
“Bila  pula Dina tengok abang Shahrul,orang tengok kereta kat sebelah sana  tu...”
Irdina mencari alasan sambil memalingkan muka ke arah tingkap tempat duduknya.

Shahrul   tersengih dan memandang sekilas kearah Irdina.Sememangnya Irdina   mempunyai raut wajah yang comel,sesuai dengan umurnya.Hidung mancung   terletak,bibir merah,memiliki kulit yang semulajadi gebu tanpa mekap dan  bentuk badan yang tinggi  ala-ala model.Sekali pandang macam pelakon  Rozita Che Wan pun ada.Kalau  nak ikutkan nafsu jantannya selama  ini,memang dah lama Irdina ni dia  “rosakkan”.Tapi entah kenapa timbul  rasa hormatnya terhadap gadis comel  itu.Mungkin perwatakannya yang  ikhlas.Berbaju kurung dan  bertudung.Sungguh menawan.
“Dina  nak menipu abang pun agak-agakla,mana ada kereta kat jalan ni.Kalau  abang nak buat jahat kat Dina pun boleh tau!”
Shahrul cuba bergurau.Namun Irdina diam membisu.

“Erm...abang   minta maaf,abang tak patut cakap macam tu.Okey lupakan apa yang abang   cakap tadi.Hmm...ha, cerita lah kenapa Dina datang KL ni?Sorang-dorang   pulak tu.Bahaya anak gadis macam Dina ni datang sorang-sorang.Mak tak  datang?”
Shahrul mengalih perbualan setelah menyedari air muka Irdina berubah.Mungkin kurang senang dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Dina   dapat kerja kat Bangi.Kerja kerani kat kolej swasta.Esok Dina kena   lapor diri.Jadi,Dina nak tumpang rumah kak Qistina dulu sebab Dina tak   ada sesiapa nak minta tolong kat Kuala Lumpur ini.Mak tak dapat  datang,lagipun esok adik Dina ada ujian di sekolah.”
Irdina berterus terang.
Irdina berterus terang.
“Oh,tahniah.Tapi...boleh abang tahu,Dina couple dengan Rahim kan?Kenapa dia tak datang ambil Dina?”
Shahrul yang sememangnya mengenali Rahim cuba bertanya.
'Isk,kenapa la dia sebut nama mamat tu! Apa ingat kalau couple semua lelaki sanggup berkorban?Dah jadi suami pun belum tentu bertanggungjawab,ini kan pula couple,huh!'
Irdina merungut geram didalam hati.

“Ntahla...Dina tak nak la cakap pasal dia.Mana ada kami couple,kawan je.”
Irdina tidak berminat nak bercakap pasal Rahim.

“Okey,sorry.Jadi,esok  siapa yang akan hantarkan Dina ke Bangi?Kalau nak abang hantarkan pun  boleh.Kebetulan esok abang cuti.”
“Rahim janji akan hantarkan Dina,tak apa lah,terima kasih.Abang Shahrul sudi hantar Dina ke rumah kak Qistina ni pun dah sangat-sangat Dina hargai.Terima kasih.”
Mereka   sampai di rumah Kak Qistina beberapa minit kemudian.Shahrul tidak   keluar dari kereta.Dia segan nak berjumpa dengan Qistina,bekas   kekasihnya itu.Qistina pula keluar dan sempat mengucapkan terima kasih   kepada Shahrul.Mata mereka sempat bertentangan.Shahrul cuba mengawal   rasa,senyum dan berlalu pergi.
“Ha   kenapa senyum-senyum?Jom masuk,tak elok lama-lama kat luar ni,kena   embun nanti.” 
kata Qistina kepada Irdina.Pantas Qistina mengajak Irdina masuk ke rumah.Bimbang pula tiba-tiba nanti Irdina buka mulut pasal kisah cinta mereka dulu.Irdina akur dan masuk ke rumah.

***
Hari ini 1 Ogos 2008,pukul 5.30 pagi Irdina sudah bangun dan mempersiapkan diri.Irdina bersemangat pada hari ini.Ini hari pertama dia lapor diri ditempat kerja.Qistina sudah pun menyediakan sarapan di dapur.Di rumah itu Qistina tinggal seorang sahaja.Irdina kagum dengan Qistina,seorang yang tabah dan berdikari.Dalam usia 25 tahun sudah memiliki rumah sendiri.Tapi tidak hairanlah kerana Qistina merupakan seorang anak jutawan bergelar Datuk di bandar Kuala Lumpur.Namun Irdina senang dengan sikap Qistina yang merendah diri dan ramah.Langsung tidak berbangga dengan apa yang dimiliki.
Irdina mengenali Irdina juga melalui laman 'chatting'.Ini kali kedua Irdina berjumpa dengan Qistina,kali pertama semasa penganjur ruangan chatting mengadakan 'gahtering' sesama chatters,di Johor Bharu 2 tahun lalu.Di situlah mereka mula berkenalan.Qistina sememangnya seorang yang peramah.Dari perkenalan itu,Qistina nekad menjadikan Irdina sebagai adik angkatnya memandangkan Qistina adalah anak tunggal didalam keluarga.Tidak hairanlah Irdina mengenali dengan siapa Qistina pernah berpacaran.Perhubungan mereka saling tidak tumpah macam adik beradik walaupun mereka berdua banyak menghabiskan masa berkenalan melalui alam maya dan perbualan telefon sahaja.
'Sikap kak Qistina tak ubah seperti aku'
Hati Irdina berbisik diiringi dengan ukiran senyuman dibibirnya.
"Dina,marilah sarapan dulu.Kejap lagi akak hantarkan ke stesen komuter,betul ke Dina boleh pergi sendiri?Kalau nak akak hantar,bagi tau lah,akak boleh mohon cuti."
"Oh,tak mengapa,kak.Saya dah janji dengan Rahim nak pergi bersama dia.Lagipun Dina tak nak susahkan akak."
"Erm..okaylah.Makanlah cepat.Nanti lewat pula."
"Kak..kenapa akak putus dengan abang Shahrul?"
Selamba Dina bertanya soalan itu kepada Qistina.Dia sedar pertanyaan itu mampu membuatkan Qistina kurang selesa.Tapi entah mengapa perasaan ingin tahu itu terlalu menebal dalam hatinya.
Qistina mengerutkan dahi.Wajah putih gebunya itu bertukar kemerah-merahan.Sambil mencalit jem nenas keatas roti,Qistina menjawab,
"Kenapa Dina tanya akak soalan tu?Apa pun biarlah jadi rahsia antara kami.Maaf ye sayang,akak tak boleh jawab soalan Dina tu.Bak kata Datuk Siti Nurhaliza,biarlah rahsia...hehehe"
Qistina menjawab ringkas diiringi ketawa kecil.Dalam masa yang sama Qistina cuba menyembunyikan sebab kenapa hubungan dia dan Sharul berakhir.Yang pastinya lelaki itu memang tidak layak baginya!
"Oh ya,ni alang-alang dah jadi penduduk Kuala Lumpur ni,bolehlah kita jumpa selalu.Mesti hubungan kita makin rapat.Apa-apa masalah Dina bagitau akak tau.Anggap akak macam adik beradik DIna sendiri,okey?"
"Baiklah kak.Tapi kak Qis kena selalu turun Bangi lah.Dina tak biasa dengan jalan-jalan di KL ni."
"No problem,demi adik akak tersayang.Hehe..."
Irdina senyum riang.Lega mempunyai kakak angkat seperti itu.Meskipun perwatakan dan penampilan mereka jauh berbeza.Namun mereka serasi.
Qistina sedikit moden penampilannya,free hair,rambut panjang yang diwarnakan perang,dan lebih selesa memakai jeans dan T-Shirt ketat atau kadang-kadang memakai baju yang tidak berlengan.Walaupun begitu,Qistina tidak mempunyai teman lelaki selepas kecewa dengan perhubungan bersama Shahrul.Meskipun ramai yang ingin mendekati,maklumlah Qistina mempunyai darah kacukan Arab-Melayu,tubuh yang langsing,muka bujur sirih,siapa yang melihatnya pasti terpesona.Namun Qistina bukan jenis yang suka 'tangkap muat'.Dia selesa sendirian.
******
"Station Bank Rakyat"
Suara operator LRT Komuter menyebut nama destinasi.Mendengar suara itu,penumpang yang ingin turun di hentian stesen "Bank Rakyat" berpusu-pusu keluar dari komuter sejurus selepas pintu automatik terbuka.
"Dina,nanti turun di Stesen Bank Rakyat tau,bukan stesen Pudu!"
 
Irdina teringat pesan Qistina semasa menghantarnya tadi.
'Erm...betul la turun kat sini.Ramainya manusia,mana mereka nak pergi ya?'
Desis hati Irdina.
Irdina melangkah keluar dari komuter tersebut.Sesekali ada beberapa orang cuba memintas.Hampir terjatuh Irdina dibuatnya.Inilah kali pertama dia menaiki komuter,bahaya juga kalau ramai yang tolak-tolak ni.Namun akhirnya Irdina berjaya keluar,itupun setelah pintu komuter tersebut hampir tertutup.
'Fuhhh...! Macam pelarian!'
Irdina merungut.Tak siapa sedar yang satu badan dia sudah rasa kesejukan.Panik dibuatnya melihat ragam manusia berebut keluar dan masuk ke dalam komuter.Sudahlah begitu,dalam perjalanan selama lebih kurang 20 minit tadi dia sebenarnya menahan perasaan gayat memandang permandangan luar komuter.Tinggi dan kadang-kadang komuter seakan-akan mahu terbalik bila tiba di selekoh.
Dia tersenyum sendirian.
'Apalah kau ni Irdina,jakun betul!'
Kini Irdina mengatur langkah mencari bayang Rahim.Di stesen itu ada ekskalator,sekali lagi Irdina terpana.Tidak dia sangka,kemudahan di Malaysia begitu canggih.Irdina meneruskan langkah untuk ke Puduraya,dia perlu melalui satu lorong jalan kaki,sepanjang lorong itu,terdapat beberapa warga emas duduk bersila sambil menghulur tangan,mengharapkan simpati.Ada yang cacat penglihatan menjual beberapa bungkusan tisu.Sayu Irdina melihat mereka.Sempat Irdina meletakkan not 'RM1' didalam bekas setiap warga emas itu.Teringat pesan ustaz di sekolah,kalau mahu bersedekah,sepuluh sen pun boleh,janji ikhlas.Tak tergamak pula Irdina mahu memberikan syiling sepuluh sen.
Sampai di Hentian Puduraya,mata Irdina mula melilau cari kelibat Rahim.Rahim berjanji akan menunggu Irdina di Medan Makan.
"Dina! Kat sini!"
Tiba-tiba Irdina mendengar sayup-sayup suara lelaki memanggil namanya.Keadaan dalam Perhentian Puduraya begitu riuh rendah dengan suara-suara manusia dan bunyi enjin bas.Hampir-hampir Irdina tidak dapat mendengar dan mengecam suara itu.Sesekali beberapa orang lelaki menuju kearahnya dan menawarkan tiket.Cuak juga dibuatnya.Akhirnya dia ternampak seorang lelaki dengan memakai T-Shirt berkolar warna Putih dan berseluar jeans biru melambai-lambai kepadanya.Seakan kenal,oh,Rahim rupanya.
"Dah lama abang tunggu?"
"Baru je,sempatlah habis dua gelas air."
Rahim menjawab selamba sambil senyum sinis kepada Irdina.Sempat dia memerhatikan wajah Irdina.Cantik.Berbaju kurung latar putih dan bercorak bunga hijau,bertambah lagi seri wajahnya bertudung jenis 'bawal' berwarna putih.Sungguh comel.Kali terakhir dia jumpa Irdina adalah beberapa bulan lepas.Tapi kenapa dia tidak pernah perasan kecantikan wajah gadis itu?Mungkin sebab Rahim tidak memandang rupa paras.Kesopanan dan kelembutan seorang gadis sudah cukup untuk memikat hatinya.
"Abang,kita nak bertolak pukul berapa?sekarang sudah pukul 11 pagi,Dina lapor diri pukul dua petang tau,dekat je kan Bangi dari sini?"
Irdina mula rasa resah,risau kalau tak sempat lapor diri tepat pada masanya.Tambahan pula,Rahim tidak ada tanda-tanda untuk beredar dari situ.
"Abang! Tak dengar ke apa Dina cakap?Tersengih-sengih ni kenapa?Oh...Abang...Hello..."
Dina separuh menjerit memanggil Rahim.Dia cuba melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajah Rahim,namun lelaki itu tidak berganjak sedikit pun.
'Isk..berangan ke pengsan mamat ini?'
"Dina cantikla hari ni.Risau pula abang nak lepas Dina pergi kerja."
Rahim memuji Irdina.
Dina mengerutkan dahi.Matanya membulat dan memandang tepat ke wajah Rahim.
'Gila.Apa pula mimpi mamat ni?Tiba-tiba je memuji'
Desis hati kecil Irdina.
Kata-kata Rahim sedikit pun tak memberi kesan pada dirinya.Sememangnya Irdina tidak suka berbangga dengan kecantikan yang dimiliki.Malah dia sendiri tidak faham,apa sebenarnya istilah cantik itu.Kalau ada yang memujinya,dia bersyukur dan berterima kasih kepada yang memuji.
"Sudahlah tu abang,jangan nak mengarut.Jom lah kita bertolak sekarang,nanti lambat,lagipun abang bukan biasa ke Bangi kan?Kalau kita tersesat,habislah! Dina ni datang dari jauh tau cari kerja,bukan nak melayan abang."
Selamba Irdina menghabiskan ayatnya.Mukanya sedikit serius.Geram pula dia melihat Rahim yang melengahkan masa.
"Janganlah marah-marah sayang.Dina tak nak makan dulu ke?Abang belanja ye?"
"Tak payahlah.Dina dah makan kat rumah Kak Qistina tadi."
 
Irdina menolak,perutnya belum terasa lapar.Nasi goreng yang Qistina hidangkan pagi tadi cukup untuk mengalas perutnya.
"Seronok ke bersama dengan Shahrul semalam?"
Tiba-tiba soalan itu diajukan kepada Irdina.Irdina diam,sakit pula hatinya dengan pertanyaan itu.Namun dia cuba berlagak tenang.
"Seronok?Apa maksud abang?"
Istilah 'seronok' yang disebut oleh Rahim agak kurang disenangi Irdina.
"Yelah,sampai tak balas mesej abang.Mana la tau Dina dengan dia..."
"Mana tau apa?Abang ingat Dina ni apa?Memang Dina datang KL ni sorang-sorang,memang Abang Shahrul yang hantarkan Dina ke rumah kak Qistina semalam.Tapi jangan fikir bukan-bukan! Dina minta tolong abang kan,sudahlah abang tidak boleh tolong Dina,sekarang abang nak tuduh Dina apa?"
Belum sempat Rahim menghabiskan ayat,Irdina pantas memangkah ayatnya.Marah sungguh gadis itu.Tidak sangka Rahim sanggup keluarkan ayat sebegitu.Air mata mula bergenang.Bukan sedih,tapi sakit hati dan kecewa dengan kata-kata Rahim.
Rahim tunduk diam membisu.Terasa dirinya seperti orang bodoh.Kalau boleh,dia mahu menarik balik kata-kata tadi.Tapi tidak mungkin,kata-katanya telah mengguris perasaan Irdina.
"Sekarang,abang nak tolong Dina atau tidak?Kalau abang rasa Dina ni menyusahkan abang,biar Dina lakukan semuanya sendiri."
Irdina menyambung lalu cuba beredar dari situ.Namun langkahnya dihalang Rahim.Tiba-tiba lelaki itu terpacak dihadapannya.
"Maafkan abang,Dina.Abang sayangkan Dina,itu yang membuatkan abang rasa cemburu.Abang bukan tak mahu tolong semalam,tapi Dina tahu kan abang tidak ada kenderaan.Teksi pun susah nak dapat semalam.Maafkan abang.Abang tak akan cakap macam tu lagi,okey?"
Rahim memohon maaf.Tanpa mereka sedari apa yang berlaku antara mereka diperhatikan oleh orang ramai di situ.
"Sudahlah,malu lah orang ramai tengok.Marilah kita pergi.Nanti lewat pula sampai ke Bangi."
Irdina cuba menamatkan pertelingkahan itu meskipun agak sukar untuk memaafkan.Kalau dipanjangkan pun tak guna pada ketika ini,bukan masa yang sesuai.

Mereka  berlalu meninggalkan medan  selera itu dan keluar dari Perhentian  Puduraya.Irdina mengikut sahaja  langkah Rahim dari belakang.Lebih selesa  begitu.
"Isk...jauhnya.Nak pergi kemana sebenarnya ni?"
Irdina mengajukan pertanyaan kepada Rahim,memang Rahim tidak memberitahunya kemana sebenarnya mereka akan pergi.
"Dah  sampai dah,ni namanya Pasar  Seni.Kita tunggu bas kat sini untuk ke Kajang.Sampai di Kajang  nanti  kita naik teksi pula ke tempat kerja Dina tu ya.Dina nak  minum?Abang  belikan."
"Boleh juga."
Irdina  menjawab ringkas.Sementara  menunggu Rahim membelikan minuman di kedai  berdekatan.Dia memerhatikan  keadaan sekeliling.Seperti yang pernah dia  bayangkan,bandar Kuala  Lumpur memang sibuk.Di seberang jalan  sana,kelihatan berpuluh-puluh  buah kereta sesak diatas jalan.Di  hadapannya pula,berbelas-belas buah  bas sedang menunggu dan mengambil  penumpang.Itu belum tambah dengan  bunyi bising kenderaan yang membunyikan hon sesuka  hati.
Beep!! Beep!! Beep!!
Telefon bimbit Irdina berdering,tertera nama "Emak" di skrin.Pantas dia menekan butang merah untuk menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum mak."
"Waalaikumussalam,Irdina macamana kat sana?Semua okey?Dah sampai tempat kerja?"""""""''
"Belum,mak.Alhamdulillah semua okey.Dina kat Pasar Seni,tunggu bas nak ke sanalah.Mak sihat?Hari ni berniaga tak?"
"Alhamdulillah,semua  okey,jualan  pun laris hari ni.Bolehlah mak belikan buku rujukan sikit  untuk  Mawar.Kesian pula dah berapa hari bertangguh.Rahim ada bersama  Dina  ke?Mak doakan semuanya selamat ye.Da sampai nanti call mak  ya.Sampai  kan salam mak pada Rahim.Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam.Baiklah mak.Sampaikan salam Dina pada Mawar juga.Jaga diri baik-baik."
Irdina mematikan talian.Tiba-tiba  perasaannya bertukar menjadi sebak dan tidak keruan.Perasaan rindu  kepada ibunya dan Mawar kuat mencengkam biarpun baru sehari mereka  berpisah.Kalau boleh dia tidak mahu sekalipun berpisah dengan mereka  kerana itulah satu-satunya anugerah yang paling bernilai dalam  hidupnya,Emak dan Mawar.Sesekali teringin juga dia melihat keluarganya  lengkap seperti orang lain,ada bapa.Tapi lelaki yang bergelar ayahnya  itu sudah hampir sepuluh tahun tiada khabar berita.Emak ditinggalkan  terkontang-kanting sendirian membesarkan Irdina dan Mawar.Dengan hasil  jualan nasi lemak itulah emak membesarkan mereka.Sedangkan ayah mungkin  sedang berbahagia dengan wanita pilihannya!
Setitis  air mata Irdina menitis di pipi.Pantas dia mengesat air matanya dengan  kain lengan baju kurung yang di pakai apabila melihat Rahim sedang  menuju ke arahnya.
“Sayang okey ke?Nah,abang bawakan air kotak untuk Dina,tapi air laici,Dina minum ke?”
Rahim bertanya sambil mengeluarkan air kotak perisa laici dari beg plastik dan menghulurkannya kepada Irdina.
“Terima kasih.”
Ringkas  Irdina menjawab sambil meletakkan air kotak itu di dalam  bagasinya.Tiba-tiba hilang pula dahaganya.Semua deria rasanya dirasakan  hilang.Rindu mak dan Mawar,sakit hati melihat wajah Rahim.Semuanya  bercampur-baur.Perasaan Irdina semakin berkecamuk.
“Sayang masih marahkan abang?Please maafkan abang...”
Rahim cuba merayu.
‘Sejak bila pandai panggil ‘sayang’ ni?Geli lah...’
Hati  Irdina merungut sambil menjeling tajam kearah Rahim.Dibiarkan  pertanyaan Rahim sepi tidak berjawab.Bukan dia tidak mahu memaafkan,tapi  dia cuba mempertahankan maruahnya.Kalau Irdina terus memaafkan,terbukti  setiap kesalahan hanya dipandang ringan walaupun kesalahan itu mampu  menjatuhkan maruahnya.Kadangkala keegoan itu perlu apabila kena pada  ketikanya!
Bas RapidKL menuju ke Kajang tiba tepat dihadapan mereka.Mereka menaiki bas tersebut dan menuju ke destinasi seterusnya.
*****