Saturday 27 August 2011

Memori Syawal saya di Portal MyNewsHub~

 
Dah tengok title pun dah tau dah mesti saya nak tulis pasal raya..hehe...Yelah..semua orang dah dalam mood raya...status kat Facebook pun semua dah update pasal Raya...

Okeylah,saya baru je tadi terfikir nak post pasal memori syawal saya jap tadi.Sebelum tu saya ada tinggalkan perkongsian cerita syawal saya di SINI.Tup2 tadi MyNewsHub sudah  jadikan kisah saya tu sebagai artikel..saya sangat hargainya...berikut adalah kisah yang saya kongsi disana...Sekadar berkongsi :)

Dari Artikel : Kisah Sedih Menjelang Aidilfitri



Setiap daripada kita, pasti punya kenangan dan memori tersendiri bila menyebut mengenai Hari Raya Aidil Fitri.
Dalam rencana Tiada Sambutan Menandingi Raya yang disiarkan dalam Mynewshub.my semalam, salah seorang pembaca portal ini turut berkongsi kisahnya ketika menyambut hari tersebut dari zaman kanak-kanak hinggalah remaja
Agak menarik untuk kita renungkan bersama…;

Kalau sebut raya,memang majoriti umat Islam akan bergembira,tapi saya lain. Sejak umur 9 tahun saya hanya bersama dengan seorang adik perempuan dan mak.
Mak saya hanya berniaga nasi lemak di sebuah gerai kecil, hidup mati, makan minum kami bergantung pada hasil jualan nasi lemak mak.
Kehidupan saya selama ini hanya ada mereka berdua. Jadi sejak dari umur 9 tahun saya tak pernah sambut raya dengan saudara-mara. Segalanya berubah sekelip mata selepas abah dan mak bercerai.

Nak tau macamana kami sambut raya?
Dua bulan sebelum raya,saya dan adik menyimpan duit RM1 sehari dan itulah nilai wang saku ke sekolah yang mak bagi setiap hari. Maknanya,kami tak makan apa-apa di sekolah.
Sehari sebelum raya,kami gunakan duit simpanan tersebut untuk membeli makanan dan pada hari raya kami adik beradik duduk je dalam rumah tonton tv sambil makan apa yg dah kami beli.

TV tu pun ada sebab orang bagi.
Huhu..Mak pula sibuk menyiapkan bahan2 nak berniaga esok (raya kedua). Mungkin dalam fikiran mak nak mencari rezeki je untuk kami adik beradik..Jadi begitulah sambutan hari raya kami selama 9 tahun.

Hanya selepas umur saya 18 tahun barulah saya mampu menghadiahkan sepasang baju raya dan duit raya kepada mak dan adik.Rezeki dapat kerja selepas SPM.
Alhamdulillah sekarang saya dah kawin dan ini tahun pertama saya beraya bersama suami,walaupun mak dan adik berada jauh,saya masih berkesempatan membelikan hadiah baju raya dan duit raya buat mereka..

Kenangan raya yang lalu membuatkan saya sentiasa bersyukur dan merendah diri dalam apa yg saya lakukan…Selamat Hari RAya teman-teman :)

Mungkinkah anda juga ada kisah yang tersendiri dalam menyambut hari yang mulia ini?
Mynewshub.my mengalu-alukan sekiranya anda turut ingin berkongsi pengalaman itu bersama kami.

Mana tahu ia dapat memberikan seribu satu pengajaran kepada kita di hari yang mulia ini, Wallahualam

Credit to : MyNewsHub
Kisah Sedih Menjelang Aidilfitri




 

Friday 26 August 2011

SELAMAT HARI RAYA TEMAN2!!



andai tangan tak kuasa berjabat
setidaknya kata masih dapat diucap
tulus hati memohon maaf
atas segala dosa dan khilaf

andai ada
terkasar bahasa
tersilap bicara
tersinggung rasa
ampun dan maaf jua dipinta
kita sekadar manusia biasa
tak terlepas dari salah dan dosa

Salam Aidilfitri buat semua
Pada Syawal, bulan yang mulia
Semoga diri kekal bahagia
Bersama kita meraikannya

IKHLAS DARI SAFIA & KHALID SEKELUARGA.. :)

Saturday 13 August 2011

Laaa...Simply Siti Haram ka?



MENANGI HADIAH-HADIAH MENARIK DI SINI

Duk dengar2,duk tenung2...kecoh sana sini duk kata brg2 Simply Siti yg big boss nye Dato Siti Nurhaliza tu HARAM..Awat haram?X amik port pun...tapi everything saya dapat tau dari MyNewsHub. Berikut adalah kisah sebenarnya...

KUALA LUMPUR – Minggu lalu kita digemparkan dengan berita kononnya produk kecantikkan SimplySiti yang dimiliki oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza gagal dalam permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Permohonan itu kononnya ditolak kepada keputusan analisa makmal dari Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus produk SimplySiti adalah bulu babi.

Dalam reaksi segeranya, Siti menepis dakwaan itu dengan mengatakan semua produknya & berus yg digunakan mendapat kelulusan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pemeriksaan dibuat sebelum setiap produk dihasilkan.
Terbaru, berikut adalah kenyataan rasmi daripada Bahagian Hab Halal, JAKIM yang kandungannya adalah seperti kat bawah ni.

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.
Justeru, menurut kenyataan JAKIM ini, jelaslah yang produk SimplySiti selamat dan halal digunakan oleh pengguna yang beragama Islam.

Safia : fuhh..lega rasanya membaca penjelasan JAKIM ni...bukan apa...kalau betol tak halal,awat produk Siti ni dah bertaun kat pasaran..Heii...sapelah yg gedik nak sebar2 perkara yg x betul ni kan..lempang baru tau...haha...
Satu lagi sebab saya lega ialah saya juga pengguna produk Simply Siti ni...hehe...saya amat suka guna foundation Simply 5 tu...smooth dan tahan lama...memg harga dia agak mahal kalau x silap RM49.90..tapi saya dah guna 6 bulan pun belum habis lagi!! satu lagi saya suka guna eyeliner dia...tahan lama tapi senang nak 'remove'...eh..promote lebih plak..haha...Oklah..pengajaran nye..jgn duk gatal2 nak sebarkan perkara yg belum tentu sahih!!




Friday 12 August 2011

FIDA IBRAHIM BERCINTA DENGAN MAMAT SEPAH???





KUALA LUMPUR – Pelakon baru yang kini bernaung di bawah MIG Talent, Fida Ibrahim mengakui sedang bercinta dengan salah seorang anggota kumpulan Sepah iaitu Mamat sewaktu ditemui para wartawan di sini semalam.

Pada pertemuan semasa rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Fida atau Rafidah Ibrahim mengakui menjalin hubungan intim dengan pelakon dan pelawak yang berasal dari Johor itu.
“Saya baru enam bulan mengenali Mamat tetapi hati saya semakin tertarik dengannya. Malah, hubungan itu menjadikan hati saya semakin tertarik untuk mengenalinya secara lebih dekat lagi. Bagi saya dia seorang yang jujur dan baik hati.

“Saya paling tertarik dengan tandatangannya yang ditulis dalam tulisan jawi. Daripada situ saya dapati dia mempunyai ciri-ciri seorang lelaki Melayu. Saya cukup senang berdampingan dengannya. Kami kerap berhubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas),” ujarnya.
Gosip cinta antara Fida dengan Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad, 26, itu heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini biarpun tiada pengakuan keluar daripada mulut kedua-dua belah pihak sehinggalah ia diakui sendiri oleh pelakon bertudung terbabit.
Malah, pada sesi rakaman Melodi Raya itu, Fida dan Mamat tidak keberatan untuk bergambar bersama atas permintaan ramai wakil media cetak dan elektronik yang hadir membuat liputan pada rakaman yang diadakan selepas majlis berbuka puasa tersebut. – mynewshub.my


Safia : Hai bertuah badan si Mamat ni...opss...x bertuah lagi sbb Fida bukan milik anda lagi...So,harap mereka berdua mampu menjaga hubungan dengan baik...Jangan bercinta bagai nak rak...rupanya terputus tengah jalan..kalau dah suka tu...percepatkanlah perkara yg wajib ye!! :) Berita selanjutnya di SINI!!

Thursday 11 August 2011

Sejuk Perut Ibu Mengandung..Walaupun...hehe~~Yana Hadiahkan Rumah Semi-D Untuk Ibu,Bapa


Sebelum baca,cuba klik DI SINI dulu!!! Ada sesuatu yang menarik menanti!! -
 
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem, Yana Samsudin tidak pernah melupakan jasa serta pengorbanan kedua ibu bapanya apabila dia telah membelikan sebuah rumah agam semi-D di Yong Peng, Johor atas kejayaanny dalam bidang perfileman akhir-akhir ini.

Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 26, dia sudah lama berniat untuk membelikan ibu bapanya sebuah rumah bagi memastikan keselesaan keluarganya itu akan lebih terjamin pada masa yang akan datang.

“Selepas hampir lima tahun bekerja keras dalam bidang lakonan dan mnegumpul duit maka tahun ini barulah impian saya itu menjadi kenyataan. Awalnya, ibu saya, Suhaily Abdullah, 46, tidak bersetuju dengan niat saya itu kerana dia mahu saya simpan duit.

“Bagaimanapun, saya tetap berkeras mahu membelikan keluarga saya sebuah rumah kerana ini adalah niat saya sejak dulu di mana pembabitan saya dalam bidang ini adalah untuk membantu meringan beban mereka selama ini,” katanya semasa ditemui malam semalam.

Pada pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Yana hadir sebagai salah seorang daripada hampir 500 artis undangan yang hadir bagi menjayakan rakaman rancangan Melodi Raya yang akan disiarkan di TV3 Hari Raya Aidilfitri ke-6 dan ke-13 pukul 12.30 tengah hari.

Jelas anak kedua daripada tiga beradik keturunan Jawa dan Bidayuh ini, dia bersyukur kerana rezekinya sebagai pelakon murah apabila dia antara yang menerima bonus daripada MIG Production apabila filem Kongsi lakonannya mengutip kutipan tiket RM8.5 juta baru-baru ini.

“Hasil daripada kutipan tiket Kongsi yang menguntungkan itu, saya menerima bonus daripada MIG sebanyak RM10,000. Selain itu, selepas ini ada enam lagi filem lakonan saya yang ditayangkan di pawagan-pawagam seluruh negara.

“Antaranya filem berjudul 8 Jam, Adnan Sempit 2, Tiga Temujanji, Minyak Dagu, Aku Ada Kau Ada dan Bini-Biniku Gangster. Alhamdulliah rezeki saya dalam bidang lakonan semakin murah sejak kebelakangan ini,” ujarnya lagi.


Wednesday 10 August 2011

Alamak,tersalah kiblat pulak...!!





Assalamualaikum..
Ya Allah lamanya tak mencoret blog neh..hehe..kali ni berpeluang sikit walaupun rasa agak penat dan malas..

Ramai yang masih belum tau kenapa saya selalu update status duk kuantan lah...check-in kat sekolah lah...hehe..tapi malas dah nak cerita sebab dah banyak cerita...siap buat diari lagi kat blog ni..lau tak tau..cari2 la sendiri ye..hehhe :)

ok2 ni nak cerita kisah agak lucu sikit...sorry la kalau yang membaca ni x rasa geli hati pun..hehe...

Gini...

Dalam pukul 2-3 petang tadi saya nak solat zohor...ada je surau kat sekolah tu...tapi kena jalan jauh sikit ke belakang bangunan..seram plak..hehhe...bukan seram ape..sunyi kalau pegi sorang2...lagipun cikgu2 dan murid2 da balik...tinggalla saya sorang je kat pejabat...huhu...Maka minggu lepas Guru Besar (GB) sudah beri keizinan untuk solat je kat bilik dia..

Hari tu saya dah tanya GB arah kiblat kat mana...dengan konfidennya GB tunjukkan kepala sejadah arah pintu bilik dia..ok done! Sempat lah 1 minggu saya solat kat bilik GB tu...Tapi hari ini......

Macam yg GB gtau,saya solat berpandukan apa yg dia kata....Ok solat dah nak masuk rakaat kedua...Tiba2 saya dengar seseorang buat bunyi macam tikus tu,ala bunyi budak2 gatal nak mengorat tu..korang mesti tau kan..hehe..Tapi saya tak pedulikan bunyi tu dan teruskan untuk rukuk...tiba2 saya dengar suara lelaki cakap,

"Hey! Kiblat saloh..!! Kiblat saloh..!! " sambil gelak besar..

Apa lagi...saya terus berhenti solat,dan blurr jap...Cis budak Adi upanya!! Aku ingatkan ko da balik..

"Yeke??Amboi sedapnye kau gelakkan aku! Habis yang mana satu betul?"

lalu dia arahkan saya betulkan sejadah pada arah yang betul menghala ke Meja Guru Besar..rupanya terbalik...aduss...mula tu saya ingatkan dia bergurau sebab dia gelak...tapi lepas tu muka dia serius..

Lepas je dia betulkan arah kiblat tu,terus dia blah n saya teruskan solat.Alhamdulillah...syukur kepada Allah sebab berikan petunjuk jalan yang benar...terima kasih pada Adi sebab tolong betulkan kiblat...Mungkin saya yang silap pandang masa GB terangkan hari tu...Wallahualam...Mudah-mudahan apa yang saya lakukan sentiasa diberkati,..Amin...

Credited to :

P/S : Walaupun begitu...saya tetap malu...waaa....xtau cmana rupa saya masa tuh...hahaha :)