Saturday 27 August 2011

Memori Syawal saya di Portal MyNewsHub~

 
Dah tengok title pun dah tau dah mesti saya nak tulis pasal raya..hehe...Yelah..semua orang dah dalam mood raya...status kat Facebook pun semua dah update pasal Raya...

Okeylah,saya baru je tadi terfikir nak post pasal memori syawal saya jap tadi.Sebelum tu saya ada tinggalkan perkongsian cerita syawal saya di SINI.Tup2 tadi MyNewsHub sudah  jadikan kisah saya tu sebagai artikel..saya sangat hargainya...berikut adalah kisah yang saya kongsi disana...Sekadar berkongsi :)

Dari Artikel : Kisah Sedih Menjelang Aidilfitri



Setiap daripada kita, pasti punya kenangan dan memori tersendiri bila menyebut mengenai Hari Raya Aidil Fitri.
Dalam rencana Tiada Sambutan Menandingi Raya yang disiarkan dalam Mynewshub.my semalam, salah seorang pembaca portal ini turut berkongsi kisahnya ketika menyambut hari tersebut dari zaman kanak-kanak hinggalah remaja
Agak menarik untuk kita renungkan bersama…;

Kalau sebut raya,memang majoriti umat Islam akan bergembira,tapi saya lain. Sejak umur 9 tahun saya hanya bersama dengan seorang adik perempuan dan mak.
Mak saya hanya berniaga nasi lemak di sebuah gerai kecil, hidup mati, makan minum kami bergantung pada hasil jualan nasi lemak mak.
Kehidupan saya selama ini hanya ada mereka berdua. Jadi sejak dari umur 9 tahun saya tak pernah sambut raya dengan saudara-mara. Segalanya berubah sekelip mata selepas abah dan mak bercerai.

Nak tau macamana kami sambut raya?
Dua bulan sebelum raya,saya dan adik menyimpan duit RM1 sehari dan itulah nilai wang saku ke sekolah yang mak bagi setiap hari. Maknanya,kami tak makan apa-apa di sekolah.
Sehari sebelum raya,kami gunakan duit simpanan tersebut untuk membeli makanan dan pada hari raya kami adik beradik duduk je dalam rumah tonton tv sambil makan apa yg dah kami beli.

TV tu pun ada sebab orang bagi.
Huhu..Mak pula sibuk menyiapkan bahan2 nak berniaga esok (raya kedua). Mungkin dalam fikiran mak nak mencari rezeki je untuk kami adik beradik..Jadi begitulah sambutan hari raya kami selama 9 tahun.

Hanya selepas umur saya 18 tahun barulah saya mampu menghadiahkan sepasang baju raya dan duit raya kepada mak dan adik.Rezeki dapat kerja selepas SPM.
Alhamdulillah sekarang saya dah kawin dan ini tahun pertama saya beraya bersama suami,walaupun mak dan adik berada jauh,saya masih berkesempatan membelikan hadiah baju raya dan duit raya buat mereka..

Kenangan raya yang lalu membuatkan saya sentiasa bersyukur dan merendah diri dalam apa yg saya lakukan…Selamat Hari RAya teman-teman :)

Mungkinkah anda juga ada kisah yang tersendiri dalam menyambut hari yang mulia ini?
Mynewshub.my mengalu-alukan sekiranya anda turut ingin berkongsi pengalaman itu bersama kami.

Mana tahu ia dapat memberikan seribu satu pengajaran kepada kita di hari yang mulia ini, Wallahualam

Credit to : MyNewsHub
Kisah Sedih Menjelang Aidilfitri




 

No comments:

Post a Comment

Dah baca,sila lah komen... :)