Tuesday 15 May 2012

Selamat Hari Guru 16 Mei :) Dedikasi Untuk Guru



Esok 16 Mei 2012..setiap tahun 16 Mei tu hari guru la kan?hehe..Jom saya nak dedikasi kan entry ini khas untuk cikgu-cikgu yang pernah muncul dalam hidup saya :)

Selamat Hari Guru (16 Mei) buat semua guru di seluruh dunia,guru2 disekeliling saya...my mom,Hasnah Abdullah,'guru' saya yang paling cekal sejak saya kecil..yang mengajar sy erti kasih sayang dan kemanisan hidup dalam kesusahan...

My MIL, Sakinah Yaacob,selamat hari guru mama...terima kasih kerana berjaya menjadi seorang guru yang mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang...semoga hari guru kali ini lebih bermakna..

Kepada cikgu subjek Reka Cipta sy masa form 5 cikgu Abdul Aziz Elias,masa RC ni saya hampir putus asa sebab saya tak pandai nak buat model projek...dengan semangat yang diberi cikgu Aziz dan temannya cg.Zulkurnain,saya berjaya menghasilkan 'Pemotong Timun' yang boleh memotong 3 batang timun dalam satu masa walaupun rupanya agak buruk...tapi itu idea saya dgn bantuan cikgu2 yang berwibawa ini :).

Cikgu.Pendidikan Agama Islam,Ustz  Azrin Saleho,cikgu yang paling dinanti-nanti oleh bebudak kelas Form 5 dulu.Sebab Ustaz suka buat lawak bila mengajar :)

Cikgu Kimia,Pn Rosita Md Aris,dan cikgu Biologi,Pn Rozelina...walaupun saya tak berapa faham  subjek2 ni,saya masih boleh lulus subjek kimia dan biologi walaupun masa exam biasa sy tak pernah lulus..hehe..Kadang-kadang subjek2 ni agak boring sebab kena banyak membaca tapi saya suka tengok cikgu yang mengajar dengan penuh kesungguhan...

Cikgu BM masa form 5,Pn Rosliza..cikgu Rosliza banyak membantu menyerlahkan saya,beliau banyak mencadangkan nama saya untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko-akademik spt Pidato,Berbalas Pantun,Syarahan Agama dan jadi MC untuk majlis.

Cikgu Hamid (GPK HEM Sk Ayer Baloi Pontian,Johor pada ketika itu),cikgu ni tak pernah ajar saya,tapi jasa dia,dia tumpangkan saya dengan adik ke sekolah...masa tu rumah saya dari sekolah jauhnya lbh kurang 25km..kami pergi dgn bas sebelum ni...tapi selalu lewat ke sekolah dan kdg2 tak ke sekolah..Ada sorang cikgu disiplin bagi nama sy pada dia..saya ingat akan kena marah..sekali Cikgu Hamid bagi bagi no telefon.Dia kata "Esok telefon saya bila awak dah siap,saya ambil awak dengan adik".Tiap kali saya naik kereta dia dia selalu tanya pasal keluarga saya,kadang2 bagi nasihat.Saya hargai sangat.Terima kasih cikgu.Saya tak lupa yang cikgu suka dengar channel "Klasik FM" sepanjang perjalanan ke sekolah sampai saya dah hafal lagu "1234" Nyanyian Aris Ariwatan.hehe.. :)

Ada sorang cikgu yang saya perlu rahsiakan namanya,dia pernah tanya saya,sbb saya tak pernah lulus subjek beliau,dia mcm nak korek cerita saya...ada satu soalan yang saya tak dapat lupa,"mak awak kerja apa?",saya kata "mak saya berniaga kat warung kecik2 je cikgu,jual nasi lemak",dia kata "Awak nak jadi macam mak awak ke?Kerja kotor..Awak nak jadi macam tu ke?".Saya diam dan sebaknya hanya Tuhan yang tahu.Saya balik citer kat mak.Mak masih sabar dan suruh biarkan saja.Alhamdulillah..hari ni saya dah buktikan yang saya tak jadi macam mak saya.Terima kasih cikgu.Kata2 cikgu saya ingat sampai sekarang,dan saya anggap itu hanyalah kata-kata perangsang.

Nama-nama cikgu diatas saya highlight sebab cikgu-cikgu ini yang membuatkan diri saya sering ter'motivasi'..Cikgu2 lain juga tak kurang hebatnya,tapi dah tua2 ni sy tak berapa ingat nama...Tapi saya sangat menghargai semua jasa-jasa guru yang pernah mengajar saya...TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA,CIKGU!!

Selamat hari guru juga buat guru-guru SK Lembah Jabor,Kemaman Terengganu,tempat saya bekerja :

-Cikgu Ishak (Guru Besar)
-Cikgu Jupiter (PK 1)
-Ustaz Marzuki (PK KOKO)
-Cikgu Khaniro (PK HEM)
-Cikgu Asma Laila
-Cikgu Wan Robaha
-Cikgu Izran
-Cikgu Shakti Ganes
-Cikgu Faizatul Ashikin
-Ustazah Suwaibah
-Ustazah Nor Fazlin
-Ustazah Halimah
-Cikgu Ismail
-Cikgu Lukman Hakim
-Cikgu Siti Azhani

Kalian juga cikgu2 saya,tempat saya merujuk sesuatu yang saya tak tahu...hehe...terima kasih jua :)

Nah,saya akhiri dengan sajak Usman Awang buat guru-guru semua :)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979