Sunday 18 September 2011

Masalah Ipar Duai (KES 1)


Maaf,hari ni saya nak membebel panjang sikit.Hehe....Mudah-mudahan bebelan saya ni memberi manfaat buat yang mengalami dan yang mempunyai masalah seumpamanya.Saya tahu saya tidak mempunyai sebarang kelulusan dan bertauliah dalam bidang nasihat menasihat,tapi mestikah seseorang itu mempunyai SIJIL2 pengiktirafan untuk memberi nasihat?Allah kurniakan kita akal dan kemampuan.Jadi biar saya membantu setakat apa yang mampu.Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya..Amin..

Email from : DH

Ada seorang hamba Allah datang kepada saya.Dia seorang isteri yang tidak bekerja walaupun memiliki ijazah.Pendapatan isi rumah bergantung pada pekerjaan suami sahaja.Pendapatan suaminya agak besar juga untuk menyara mereka sekeluarga.Ibu kepada isteri tinggal bersama mereka setelah kematian bapa.Ibunya memiliki pencen sendiri dan memiliki rumah sendiri di tinggal dengan anak perempuan yang ini sahaja.

Masalahnya ada cakap-cakap belakang mengatakan ibu menumpang di rumah si anak kerana anak tak bekerja dan mengharapkan gaji suami.Suatu hari,adik perempuan suami yang sedang mencari pekerjaan ingin tinggal bersama keluarga ini.Alasannya,kalau ibu boleh tinggal  dengan mereka berbulan-bulan,apa salahnya adik perempuan ini pun mahu tinggal dengan mereka.Alasannya tak nak duduk di kampong.

Sebenarnya si isteri amat2 tertekan kerana :

i) Suami terlalu sibuk dengan kerja (makan gaji) dan bisnes sampingan.Keluar awal pagi dan balik lewat malam.Nak bertanya khabar dengan isteri dan anak-anak pun tak sempat.Nak riadah bersama keluarga pun tak ada masa.If ada masa,ibu pulak nak ikut.So tak ada privacy.

ii)Ibu pula suka menyusun atur barang mengikut citarasa sendiri.Dan suami tidak menyukai.Tidak rajin ke dapur,bukan kerana faktor usia tetapi memang sudah sikapnya dari dulu.Tapi ibu pun tak la duduk dengan anak dalam tempoh yang lama,selepas 1 @ 2 bulan ibu akan balik kampung,pastu datang lagi.

iii)Ekoran dari itu,isteri rasa macam semua perkara terbeban kepadanya.Sangat letih dari bangun awal pagi sampai tidur lewat malam.Sepanjang masa ada je kerja nak kena buat.Tambahan pula ada anak umur setahun yang masih perlukan perhatian.

iv) Ni tambah lagi satu masalah apabila adik perempuan suaminya nak tinggal bersama.Adik perempuan ini pun tidak rajin ke dapur.Kata isteri dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Isteri ada berbincang dengan suami mengenai adik perempuan.Kata suami,dia tak ada masalah jika adik perempuannya mahu tinggal bersama.Bagi isteri apabila ibu pulang ke kampung baru la ada privacy dengan family.Al maklumlah suami kerja macam tu,kadang2 mahu juga tengok tv berduaan di sofa pada waktu malam selepas anak2 tido, ni pas ibu balik,adik pula nak datang dah la suami bukannya berada di rumah sepanjang masa.Suami pula apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu hal,akan memarahi isteri.Isteri pula demi nak menjaga hati ibu dan suami telan semua masalah sendiri.Dah la tiap kali hujung minggu adik beradik suami yang lain datang lepak-lepak,makan2 dan tidur dirumah.

Bismillahirrahmanirrahim..Hrmm...rumit juga saya nak faham isi email ni...berkali-kali saya ulang baca..Hehe...tapi setelah dibaca berkali-kali,saya dapati masalah ini tak de la besar mana.Itu melalui tenungan saya secara zahir melalui penulisan email ni lah...chey wah..Yang realiti,yang merasa sebenarnya saya tak tahu,tambahan pula yang menyampaikan ni adalah orang kedua,bukan tuan empunya.Jadi,saya akan cuba rumuskan berdasarkan email ini la ye.Harap sikit sebanyak dapat membantu pengirim email ini untuk menyampaikan kepada empunya diri.Saya akan explain mengikut rangkap.InsyaAllah...

Ada seorang hamba Allah datang kepada saya.Dia seorang isteri yang tidak bekerja walaupun memiliki ijazah.Pendapatan isi rumah bergantung pada pekerjaan suami sahaja.Pendapatan suaminya agak besar juga untuk menyara mereka sekeluarga.Ibu kepada isteri tinggal bersama mereka setelah kematian bapa.Ibunya memiliki pencen sendiri dan memiliki rumah sendiri di tinggal dengan anak perempuan yang ini sahaja.

-Pertama,Alhamdulillah,bersyukur seorang suami kerana memiliki seorang isteri yang bijak,yelah,mempunyai ijazah gitu...saya pun ada SPM je,tapi tak bermakna saya tak bijak.Hehe...Gurau je..Kedua,si isteri pulak perlu bersyukur memiliki seorang suami yang berpendapatan yang agak besar untuk menyara keluarga.Wah..bertuah sungguh suami isteri ni...Alhamdulillah.Ketiga,Alhamdulillah juga buat isteri kerana memiliki seorang ibu yang mempunyai pendapatan dan rumah sendiri.Keempat,Alhamdulillah buat isteri sebab berpeluang menjaga seorang ibu dalam menjalani hari-hari terakhirnya tanpa suami di sisi.Subhanallah,rangkap pertama ini pun sudah terlalu banyak perkara untuk si isteri tersebut syukuri.

Masalahnya ada cakap-cakap belakang mengatakan ibu menumpang di rumah si anak kerana anak tak bekerja dan mengharapkan gaji suami.Suatu hari,adik perempuan suami yang sedang mencari pekerjaan ingin tinggal bersama keluarga ini.Alasannya,kalau ibu boleh tinggal  dengan mereka berbulan-bulan,apa salahnya adik perempuan ini pun mahu tinggal dengan mereka.Alasannya tak nak duduk di kampong.

-Cakap-cakap orang-ini memang suatu masalah.Bukan masalah isteri tu,tapi orang yang bercakap-cakap tu yang mempunyai masalah.Dan ini lah yang menjadi satu kesalahan apabila kita mudah sangat terpengaruh dengan cakap-cakap orang.Adakah orang-orang itu ahli keluarga kita?Adakah orang-orang itu yang menentukan hidup kita?Tidak bukan?Jadi,kalau nak dengar boleh,tapi kalau nak ikut cakap2 tu.Abaikan je lah.Buang masa je.
Eh,adik suami pulak nak tumpang kat rumah kita?Kenapa?owh,tak ada kerja.Eh,Alhamdulillah sekali lagi.Kita nak tolong orang susah ni.Apa salahnya,sambil2 tu isteri ni tolong carikan kerja untuk adik ipar tu.Subhanallah...dua kali kebaikan dah kat situ,tumpangkan adik ipar yang dalam kesusahan dan tolong dia selesaikan masalah.


Sebenarnya si isteri amat2 tertekan kerana :

i) Suami terlalu sibuk dengan kerja (makan gaji) dan bisnes sampingan.Keluar awal pagi dan balik lewat malam.Nak bertanya khabar dengan isteri dan anak-anak pun tak sempat.Nak riadah bersama keluarga pun tak ada masa.If ada masa,ibu pulak nak ikut.So tak ada privacy.

Alhamdulillah...bertuah si isteri dapat suami yang kuat bekerja.Tapi betul juga,kalau dah tanya khabar pun tak sempat,masalah juga.Kalau ada kesempatan,ajaklah suami berbincang,cuba tetapkan masa khas untuk keluarga.Kalau dah ada masa,apa salahnya ibu kita ikut?Apakah kita lupa,masa kita kecik2 dulu mak ayah kita selalu bawak kita pergi jalan2,pernahkah mereka cakap bawak kita jalan2 tak ada privacy??Okey,memandangkan suami anda seorang yang mampu,apa kata bawak je ibu pergi bercuti,tapi sewa bilik asing2.Tak ada masalah kan?Ya Allah,kalau saya la kan,lagi seronok bila ibu bersama saya apabila sama-sama bercuti dengan suami.Lebih-lebih lagi kalau suami kita jenis sporting dan penyayang.Pahala lagi tu kalau dapat membahagiakan seorang ibu! Tak nak ke??

ii)Ibu pula suka menyusun atur barang mengikut citarasa sendiri.Dan suami tidak menyukai.Tidak rajin ke dapur,bukan kerana faktor usia tetapi memang sudah sikapnya dari dulu.Tapi ibu pun tak la duduk dengan anak dalam tempoh yang lama,selepas 1 @ 2 bulan ibu akan balik kampung,pastu datang lagi.

Owh,biasa la tu,wanita kan suka kemas –mengemas,kalau suami tak suka,cakap elok-elok dengan ibu supaya tidak mengubah apa-apa kedudukan barang dalam rumah tu.InsyaAllah nanti dia akan faham.Ibu tidak rajin ke dapur?Ermm...Sebenarnya,itu kan rumah kita,kita pulak anak dia,sanggup ke anda suruh ibu ke dapur?Sepatutnya,kita sebagai seorang anak perlu melayan seorang ibu dengan baik.Ha,ibu akan balik setiap 1@2 bulan,so ada la jugak privacy,kan?

iii)Ekoran dari itu,isteri rasa macam semua perkara terbeban kepadanya.Sangat letih dari bangun awal pagi sampai tidur lewat malam.Sepanjang masa ada je kerja nak kena buat.Tambahan pula ada anak umur setahun yang masih perlukan perhatian.

Maaf,saya terfikir sejenak.Yang ada di rumah hanyalah anda,suami,adik perempuan,seorang anak berusia 1 tahun (maaf kalau anda mungkin ada anak-anak lain yang tidak dinyatakan disini),dan seorang ibu.Jadi ada dalam 4 orang je dalam rumah,kalau betul.Takkan 24 jam tak ada rehat?Anda kan suri rumah sepenuh masa?Dan satu lagi,bukan kah semua kerja rumah tu adalah tanggungjawab seorang isteri apabila seorang suami keluar mencari rezeki?Jadi apa masalahnya?Bagi saya,ikhlaskan lah hati dalam melakukan apa saja perkerjaan,lebih2 lagi tanggungjawab sebagai seorang isteri.Kalau kita penat2 dari pagi sampai malam,tapi hati kita duk merungut,tidak ada gunanya.Hanya penat yang kita dapat.Saya harap anda faham.Lakukan segalanya kerana Allah,InsyaAllah kepenatan kita akan dibalas dengan kesenangan di kemudian hari.Sekarang memang tak nampak.macam kita tanam pokok yang berbuah,setahun,dua tahun,kadang2 sepuluh tahun pun belum tentu berbuah,tapi kalau kita tidak mengenal putus ada dan ikhlas,InsyaAllah buah tersebut akan dinikmati oleh kita semua.Sebagai seorang isteri yang bijak,kita juga mesti bijak menguruskan masa dan keluarga.Ingat,Allah sudah menjadikan manusia itu sebagai khalifah yang terbaik dan sebaik2 hiasan dunia adalah wanita yang solehah.


iv) Ni tambah lagi satu masalah apabila adik perempuan suaminya nak tinggal bersama.Adik perempuan ini pun tidak rajin ke dapur.Kata isteri dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Isteri ada berbincang dengan suami mengenai adik perempuan.Kata suami,dia tak ada masalah jika adik perempuannya mahu tinggal bersama.Bagi isteri apabila ibu pulang ke kampung baru la ada privacy dengan family.Al maklumlah suami kerja macam tu,kadang2 mahu juga tengok tv berduaan di sofa pada waktu malam selepas anak2 tido, ni pas ibu balik,adik pula nak datang dah la suami bukannya berada di rumah sepanjang masa.Suami pula apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu hal,akan memarahi isteri.Isteri pula demi nak menjaga hati ibu dan suami telan semua masalah sendiri.Dah la tiap kali hujung minggu adik beradik suami yang lain datang lepak-lepak,makan2 dan tidur dirumah.

-Alahai sedihnya dengar statement ”Sudah jatuh ditimpa tangga”.Kata-kata itu menggambarkan yang isteri ini menganggap kehadiran seorang ibu dan seorang adik ipar yang memerlukan pertolongan itu adalah suatu beban.Sangat tidak patut sebenarnya.Saya tidak tahu apa masalah sebenar si isteri dengan ibu atau adik perempuan sehingga anda merasakan mereka sebagai suatu bebanan.Sedangkan ini semua adalah suatu ujian dari Allah untuk menguji kekuatan iman seorang hambanya.Lebih-lebih lagi puan mempunyai seorang suami yang berpendapatan tinggi.Mungkin ini juga ujian untuk suami anda.Jika suami sudah berkata tidak kisah adik perempuan tinggal bersama,maka sudah selesai satu masalah.
Saya terkejut membaca kata2 ini, Bagi isteri apabila ibu pulang ke kampung baru la ada privacy dengan family”.Saya baca balik pada awal email.Ini ibu si isteri kan?Bukan ibu suami.Jadi apakah anda menganggap kehadiran ibu merupakan suatu gangguan.Jika ya,fikir balik,adakah kehadiran anda selama lebih 20 tahun itu merupakan gangguan kepada ibu anda?Jika betul anda mahukan privacy,apa kata beli sebuah lagi TV dan letakkan di bilik tidur suami isteri..Lagi privacy tau.


Apa yang saya boleh katakan  buat si isteri tersebut :

1) Sia2 anda mengalirkan air mata mengadu kepada orang lain tentang masalah anda,sedangkan dengan ijazah yang anda miliki,sepatutnya anda mampu selesaikan masalah ini dengan sendiri secara professional.

2)Ibu dan adik ipar adalah family kita yang paling rapat.Jika rumah anda besar,ada bilik yang cukup untuk mereka berteduh bersama.Biarkanlah.Lagi seronok kalau ada ramai-ramai sebenarnya.Lagi pun suami anda selalu balik lewat dan jarang bersama anda,maka jadikanlah ibu dan adik ipar sebagai teman bicara.

3)Suami anda melakukan tindakan yang betul apabila memarahi anda dalam setiap hal.Ini kerana dia ingin mendidik isterinya sebagai seorang suami.Jika kemarahan itu bukan milik anda,mungkin apa yang anda dapat dari kemarahan suami,cuba sampaikan  kembali kepada yang berkenaan dengan penuh berhemah.Mengakui kesilapan meskipun bukan kesilapan kita tidak salah,malah lebih baik untuk kita memotivasikan diri.Lagipun suami anda tidak menjentik atau memukul anda pun,kan?

4) Bila dah ada dua family (adik ipar & ibu),cuba setkan satu masa untuk mengadakan perbincangan.Masa tu,boleh la perbetulkan apa yang dah berlaku dalam rumah.

5) Apa yang saya perhatikan dalam email ni,adik ipar dan ibu si isteri tidak mempunyai banyak kerenah (malas ke dapur je kot).So hal ni tak besar,hanya si isteri yang merasa dirinya terbeban.

6)Saya amat berharap si isteri berfikir kembali,cuba merancang apa yang sepatutnya dan melakukan sesuatu yang rasional dalam mengharmonikan rumahtangga.Kalau ibu kita tak boleh halau,selagi suami setuju dia bersama kita.Bersyukurlah.Hanya tinggal kita sahaja yang perlu menjaga ibu sehabis baik.


Tettt...! Saya baru sahaja menerima maklumbalas email dari pengirim ini,memang benar seperti yang dijangka.Sememangnya si isteri mempunyai masalah dengan adik ipar perempuannya.Berikut adalah kandungan email tersebut :

Dalam kalangan adik beradik suami,majoriti lelaki semua berjaya dalam hidup.Ada engineer,doktor falsafah,akauntan,pegawai etc..Ayah suami juga seorang yang berharta Cuma ada sifat sedikit berkira.Adik perempuan memilih abangnya yang ini untuk tinggal bersama kerana banyak faktor antaranya duit dan kebebasan.Kalau abang-abang yang lain lebih memihak pada isteri masing-masing.Untuk makluman,adik perempuan ni seorang yang liar dan banyak auta serta pernah ada kes panjang tangan di rumah mertua dulu.Itu menyebabkan isteri ini lebih tertekan,risau kejadian yang tidak diingini berulang di rumah mereka dan mengeruhkan hubungan rumahtangga.

Hoho...Camana ye?Rumit juga..Saya dah agak,mesti ada sesuatu yang membuat si isteri ni tertekan,tapi pengirim ni terlewat sikit je,saya baru je habis tulis post kat atas,tup2 ada email masuk.Hehe..Tapi tak mengapa,saya malas nak padam post yang dah saya tulis.Yang dah tertulis,biarkan dijadikan panduan buat semua.Mudah-mudahan....

Okey kita tak payah ambil port pasal adik beradik lain dan tentang perangai ayah mertua.Fokuskan kepada adik ipar perempuan tu ye, sebab dia dah tinggal dengan kita.(Saya cuba bayangkan saya berada di tempat si isteri tersebut).Kalau benar,adik ipar itu mempunyai latar belakang yang kurang baik,pertama sekali,apa yang perlu dilakukan,berjaga-jaga.Maksudnya,barang-barang berharga disimpan dengan rapi.Kedua,perhatikan sikap dia,kalau liar,setakat mana dia liar?Ketiga,cuba mendekatinya,sebagai seorang kakak ipar dan seorang tuan rumah,kita ada hak untuk menegur perbuatan seorang adik.Anggap sahaja dia sebagai adik sendiri,cuba selami perasaan dia,kenapa dan apa yang menyebabkan dia bersikap begitu.Kadang-kadang kita hanya mencemuh seseorang,tapi kita tidak pernah peduli apa sebab dia bertindak sedimikian.Kalau dia panjang tangan,mungkin dia memerlukan bantuan,nasihatkan dia supaya meminta izin jika memerlukan sesuatu.Nasihat okey,bukan marah2 atau tengking.Dan sekiranya terjadi,dia pula yang memarahi kita,buat pertama kali,diamkan dulu.Nasihat dan terus nasihat.Kalau tak tahu nak nasihat macamana,pergi ke kedai buku atau buat research sikit tentang macamana nak mendidik orang yang degil.InsyaAllah ada caranya.Kemudian,cuba bincang dengan suami,bukan bincang nak cari kesalahan adik ipar tu,tapi bincang bagaimana nak mengubah sikap adik ipar.Keempat,carikan pekerjaan untuknya.Sebelum tu,cuba tanya dia minat kerja apa,cuba carikan kerja yang dia minat.Sebenarnya banyak cara nak mengubah seseorang menjadi lebih baik.Tapi bukan dengan cara drastik atau dengan memberi tekanan kepadanya..Biar secara perlahan dan lembut tapi tegas.Bagaimana? banyaaaak caranya,terpulang pada anda...asalkan tidak drastik,tidak memberi tekanan dan sentiasa bermanis muka.Dan yang paling penting,yang paling saya tekankan dan praktikkan pada diri saya sendiri adalah doa.Mendoakan supaya dia berubah dan yang terbaik buat dirinya.Doa lah secara berterusan dan teruskan berbuat baik.InsyaAllah kalau kita buat baik,akan dibalas baik.Kan2?Tapi jangan sampai ’dipijak-pijak’ pula.Saya yakin si isteri ni cukup bijak untuk mengendalikan kes ini.Jika anda bijak menjawab test2 semasa pengajian peringkat Ijazah,apatah lagi dalam hal remeh temeh yang tak perlu anda membazir masa mengulangkaji seperti ini.Saya tahu anda mampu selesaikan cuma anda buntu.Mungkin sebab anda penat dengan kerja-kerja rumah atau terlalu banyak memendam perasaan.

Buat pengirim email,saya harap anda dapat sampaikan apa yang patut untuk membantu teman anda.Saya kagum dengan sikap pengirim email ini yang menunjukkan kesungguhan untuk meringankan beban si isteri tersebut.Semoga anda jujur dengan sahabat anda dan cuba bantu apa yang sepatutnya.Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.Amin.

“Dari Abu Zar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman, Mu’az bin Jabal radhiallahuanhuma dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda : Bertakwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan niscaya menghapusnya dan pergauilah manusia dengan akhlak yang baik”


Safia : Sebenarnya apa yang si isteri ni dapat adalah amanah Allah,ia adalah suatu ujian untuk menguji tahap keimanan kita.Bersyukurlah kerana anda adalah salah seorang insan terpilih untuk menerima ujian ini.Kalau lulus,ganjaran yang mulia menanti anda.InsyaAllah.Kadangkala Tuhan salurkan rezeki orang lain melalui kita.Maksudnya bukan semua yang kita ada tu hak kita.Tuhan dah tentukan,janganlah berkira dengan keluarga,lebih2 lagi yang mampu.Dan mak saya selalu pesan,makin orang buat jahat dengan kita,selagi itu lah kita teruskan berbuat baik dengan mereka.Mudah-mudahan suatu hari mereka akan malu dengan kejahatan yang mereka lakukan dan akan berubah.InsyaAllah.



34 comments:

  1. Bagi nasihat memang senang...cuba kalau terkena batang hidung sendiri...fikirkanlah...

    ReplyDelete
  2. betul tu saya setuju..klu dpt ipar yg suka menyumpah mcm mana,bila tang orang nampak aje pandai pulak kejik hati...tapi bila diri sendiri ckp mcm2 ade fikir hati org,,,tu yg bila dtg ..rasa tak selesa..mmg la bukan selalu,tapi asyik simpan je pun lama2 meletup gak

    ReplyDelete
  3. saya mengalami masalah sama.. kakak ipar terlalu bossy. disebabkan mak mertua dah tak ada, kakak ipar seolah2 nak naik tocang & amik peranan mak mertua. arah tu dan ini.. saya perhati setiap kali kami pulang ke kampung, sampai2 saja kakak ipar ada saja suruh hantar ke sana kemari. kadang tu tak sempat masuk rumah pun lagi, dia dah tunggu di luar, ajak ke kedai dan sebagainya.. suami saya seorang anak dan adik yg sangat bertanggungjawab. dia menjaga kakak dan adik2nya selepas kematian org tua mereka sejak zaman dia masih bersekolah. saya simpati kerana pengorbanannya dan kebaikannya membuatkn orang mengambil kesempatan pada dia dan tak mampu berdikari sampai ke tua. kenapa ye dlm bnyk kes, adik beradik lelaki yg selalu buat hal?? adik beradik lelaki sangat mengengkelkan? kurang kasih sayang ke pe?? saya pun ada adik beradik lelaki.. saya berdoa supaya saya tak lakukan perkara sama sebab saya tau apa perasaannya lihat suami kita diperhambakan.

    ReplyDelete
  4. Kalau dpt kakak ipar yg kita cuba utk berbaik2 tapi dia sendiri yg mcm jauhkan diri macam mana pulak? Mcm double standard plak. Sampai tak tegur adik sendiri..(husband sy)..

    ReplyDelete
  5. Si polan yg menasihati ni bajet2 memahami.sendiri kena baru ada akai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...setuju...acah acah faham... Sebenarnya x faham pun.ehh menyampahnya baca

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ni nak nasihat ke? nak menyakitkan hati si isteri... kalau dah isteri tu tak suka ada orang lain duduk rumah dia, makna nya tak sukalah..si suami kena lah bagi tempat tingal yang selesa untuk si isteri. yang si ipar ni x reti nak cari rumah lain ke.. kan dah besar.. sampai bila si ipar nak mengharap bantuan dari abg/kakak yang sudah berkahwin?

    sekilas pendapat

    ReplyDelete
  8. si pengomen ni pernah ada pengalaman berumahtangga n tinggal bersama ipar ke? sbb sbg pengomen yg baik, anda kena letakkan diri anda di tempat si isteri dulu. baru anda dapat hayati dan rasai apa yg sebenarnya yg berlaku. biasanya perkara yg kena kat batang hidung sendiri baru anda akan faham pahit manis sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  9. pada pendapat saya, mind set anda silap juga.. ujian hidup n taraf pendidikan lulusan ijazah adalah 2 perkara yg berbeza. bijak dalam pelajaran tak semestinya seseorang tu juga bijak dan tabah hadapi ujian hidup. taraf pendidikan dan pengalaman hidup adalah 2 perkara yg berbeza. mana2 manusia boleh berkata2 sesedap rasa ttg pengalaman n masalah org lain...tp kalau nak tahu langit tu tinggi atau rendah, anda sendiri akan faham bila Allah uji anda pada situasi yg sama.

    ReplyDelete
  10. Sama la mcm saya.. kakak ipar pernah jugak tumpang duduk rumah..alasan nak tumpang sebulan dua je...konon je la..last2 dekat 2 years jugak la kakak ipar ni stay ngan kiteorang. bila kakak ipar ni dah kawin dan ikut suami die..happy sgt masa tu..yelah sejak mula kawin sampai skang baru dapat privacy husband n wife..ingtkan happy tu berpanjangan la..tup..tup..adik ipar (lelaki) plak nak tumpang, kononnye pas dpt gaji nnt nak cari bilik sewa lain.. hmm..sampai sekarang duk ada kat umah kiteorang tu..dah nak setahun k.. bila mengadu kat asben dia ckp nak wat mcm mane..tu kan adik saya.. Sabarlah wahai hati...........................................

    ReplyDelete
  11. Saya nak mnta pendapat semua..sy agak tertekan bila adik ipar lelaki tggal dengan saya..saya x dpt nak bebas dlm rumah sndiri. Sy kena jg aurat saya..Walau dah ckp dkt suami tp dia ckp nk jg adiknya. Waris perempuan lain ada lg itu yg sy rasa tekanan. Apa yg harus sy Lakukan..saya rasa bdosa sbb hati rasa x suka dgn keadaan mcm ni skali rasa mcm benci ipar saya..Mcm2 pikir takut ibadah sy x ditrima Allah sbb asyik rasa benci org.. Stress lah. Hati x aman.

    ReplyDelete
  12. Saya nak mnta pendapat semua..sy agak tertekan bila adik ipar lelaki tggal dengan saya..saya x dpt nak bebas dlm rumah sndiri. Sy kena jg aurat saya..Walau dah ckp dkt suami tp dia ckp nk jg adiknya. Waris perempuan lain ada lg itu yg sy rasa tekanan. Apa yg harus sy Lakukan..saya rasa bdosa sbb hati rasa x suka dgn keadaan mcm ni skali rasa mcm benci ipar saya..Mcm2 pikir takut ibadah sy x ditrima Allah sbb asyik rasa benci org.. Stress lah. Hati x aman.

    ReplyDelete
  13. Byk yg saya tk setuju dgn komen penulis. Penulis kata dia cuba bayangkan bila berada di tempat pengadu, tp hakikatnye spt tidak je...

    ReplyDelete
  14. Sy pon duk ngn adik ipar,tp tu rumah atuk die,dan atuk nye baru berkahwin laen, bru bbrp mggu istri atuk dh bawak anak ngn cucu tinggal d rumah atuk,2 kali seminggu suami anak nnek ni dtg melawat istri nye,privacy tu dh mcm xwujud nk dcakap salah xckp pon salah....

    ReplyDelete
  15. YaAllah jauhkanla ipar2 yg x pandai bawa diri..

    ReplyDelete
  16. Maaf. Rasanya cara penulis mengulas tidak membantu malah amat menjengkelkan. Apa kaitan ada degree dengan selesaikan masalah peribadi? Mungkin nanti Allah akan bagi penulis rasa apa yg si isteri ni rasa. Tidak cuba memenangkan si isteri atau ipar2nya tetapi cara penulis ini mengulas amatlah tidak membantu. Maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puncanya masalah sejak dari dulu kala lg. 93 percent penduduk di Bumi ni tiada rumah sendiri.

      Delete
  17. Dari segi positifnya penulis ni nk sampaikan bahawa si isteri perlu sentiasa bersyukur....redha....dan menjadi seorang insan yg sgt mempunyai hati yg bersih tanpa ada perasaan dan satu pun titik hitam dlm hatinya....sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu tp hakikatnya namapun manusia pasti ada kelemahanya. kita manusia bukan malaikat....tu la kdng2 manusia tu pun terasa mcm dia baik sgt dan ingin mngajak org berbuat baik sama.....mmmmmm....keadaan hidup hanya kita yg rasa.....

    ReplyDelete
  18. Dari segi positifnya penulis ni nk sampaikan bahawa si isteri perlu sentiasa bersyukur....redha....dan menjadi seorang insan yg sgt mempunyai hati yg bersih tanpa ada perasaan dan satu pun titik hitam dlm hatinya....sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu tp hakikatnya namapun manusia pasti ada kelemahanya. kita manusia bukan malaikat....tu la kdng2 manusia tu pun terasa mcm dia baik sgt dan ingin mngajak org berbuat baik sama.....mmmmmm....keadaan hidup hanya kita yg rasa.....

    ReplyDelete
  19. Sy mmg x suka jika tinggal sebumbung dgn org luar...maksudnya sy hnya nk tinggal sebumbung dgn suami n ank2 je..yg lain2 tu x kira la ipar prempuan ke ipar lelaki ke..sy mmg xnk...sy tahu ni rumah suami sy..rumah abg kpd adik2 ipar sy...tp sy rasa sy sbahai isteri adalah lebih berhak dari mereka..sbb tggjawab seorang suami mnyediakan tmpt tinggal utk isteri n ank2..bknnya utk adik bradik sdara mara. Skrg ni masih ada 2 org adik perempuan suami yg masih belajar..sy hrp sgt2 mereka x mnyibuk...bab duit mmg mereka meminta..biarlh..yg pnting jgn mnyibuk...huhu...tapi beberapa bln yg lpas dia dh abes blajar..m dia lambak brg2 dia kt rumah ni..dia pulang ke kampung senang hati..brg dia? Nk suruh kte jaga n nk duruh kte angkut bwk blik kmpg..bkn dekat..jauh..hisss geram plak rasa

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Bab menjaga ibu takde masalah..besar pahalanye..cume kenalah byk2 bersabar dgn karenah org tua..yerlah kite mase kecik pun mcm2 peel...tp bab ipar duai nak tumpang mmg sy xbrape setuju...dh takde privasi nanti..sy terbalik..kakak ipar aka biras suami sy yg nk menumpang...aduss...xbagi kang kate xnak tolong adik beradik...tp sy mmg xselesa biarlah nak kate rumah sy besar stakat hidup berdua pun xblh bagi...kami selesa berdua...nnati kang semua nak kena jage...

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah .. saya setuju si isteri patut bersyukur Allah beri peluang utk jaga ibu kandung sendiri. Bonus pula sbb si suami izinkan. Jagalah ibu anda sebaik mungkin. Jasa & kasih syg mereka tak dpt kita balas. Tapi sy kurang setuju dgn pendapat admin tentang ipar yg menumpang di rumah mereka. Sedangkan adik si suami masih dibawah tanggungjawab ibu bapa suami (jika masih hidup) sampai bila nk bergantung pada abang yg sudah berkahwin. Makin rumit jika adik ipar mempunyai latar belakang kurang baik. Jika ingin menumpang dlm tempoh masa yg singkat mungkin boleh diterima baik. Dengan alasan utk mencari pekerjaan, bila sudah memiliki pekerjaan si adik ipar ini pandai² la bawa diri. Dah ada pendapatan kan .. abang pn ada komitmen dan privasi juga. Dlm hal ni si suami perlu lah mainkan peranan utk nasihatkan adiknya. Semoga urusan si isteri & suami dipermudahkan ✌️

    ReplyDelete
  23. Saya ada google apa ustaz kata ttg hal ini. Bab ipar duai, ustaz tu kata jika isteri x selesa ipar duai dok serumah, dia ada hak utk minta rumah lain. Kalau sebelum ni kita selalu dgr nasihat org jgn bg isteri dan mak mertua duduk serumah. Why is it any diff dgn ipar duai, kan kan? Bukan nak kata isteri tu jahat, kemut, kedekut, eksyen ke apa.. itu hak die kut. Seeloknya suami aka abang nya tu, kalau nak jd abg mithali sekalipun, suh adiknya cr rumah sewa dgn kawan yg baik2, pastu bayrkan le sewa, tanggungla camna2 pun. Dr biarkan isteri makan hati gitu.


    Bab mak isteri, ustaz kata it is up to bos isteri tu, which is the suami. If suami ok, then ok lah. If not, sama juga suami kena tlg isteri crkan rumah yg berhampiran utk ibu tu duduk. Isteri boleh jaga ibunya hr2 kalau rumahnya dekat.


    Me rasa isteri yg rasa privacynya terganggu , x kisah by whom, adalah isteri yg kurang dapat perhatian suami. Suami pengadu ni terlalu workhoholic. Tu yg aku rasa suami die ok ibu mentua dan adik ipar dok sekali. Konon bg menggantikan dirinya yg sibuk.

    Me rasa isteri is not at fault all the way. Ikhlas or no. Tempat tinggal yg selesa adalah nafkah utk dia. Hak dia.

    Semoga dipermudahkan urusan si pengadu. Allah tu maha mengetahui. Kuatkan hati. InsyaAllah Allah will show u the way.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sangat2 opinion Ari ni, sangat sesuai pada pendapat saya.

      Delete
  24. Sy nk tny patutkah suami mmbri Wang kpada adik bradik dan ibu bye... Sdang kang isteri d rumah berkrja... Kerana suaminye xmmberi Wang.. Hnya mnggung makan minum.. Sdngkang kami skluarga TDK mmcukupi Wang.. Time adik bradiknye ad duit mreka TDK mherenkan kami... Mertua Dan adik ipar pula.. Asyik xdk brpuas aty ats istri abg/ank nye.. Mlh mcerita benda y mreka tdk tahu hujung pangkalnya.. Crita pulak dkat owg y TDK ad kaitan dlm kluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam kes sy,sy beralah pakai duit sy dlu ntuk ape2 supaya suami boleh save duit sbb nak makan kat tmpat kerja pun dia bkais.tuptup dia duk grant sume ape adik dia mintak xkira ape pun..sy marah la,sy ckp nafkah sy pun xd,ni duk bg org lain buat ape.sy listkn nafkah suami ptot bagi kat siapa and ckp jgn nak amek tanggungjwb bapak mertua sy yg msih hidup.tu anak dia bkn anak kami..anak kami pun bkais je nak beli brgnya.

      Delete
  25. Saya dh 6 tahun duduk dengan family suami, dia ade sorg je kakk, duduk sekali. Duduk dengan mertua tiada masalah..walaupun ada benda yang terasa hati, sbb saya bukan membesar dengan mertua saya, tapi so far okay. Now mertua dh pindah duduk berdua...

    Kakk ipar saya ada anak angkat, itu pon bibik yang jaga, musim PKP ni je nmoak dia dok sebelah anak tu pon layan movie, mandi susu semua bibik bagi, anak angkatnya OKU...

    Saya hari2 sakit hati dengan dia, hari2 soalan "masak apa harini" lepastu masuk bilik saya x reti ketuk pintu, cuma sekarang dh kurang dulu kerap..

    Tapi sebab dh terlalu lama, saya makan hati terlalu byk... Ape perlu saya buat? Bila cko dengan suami dia suruh saya sabar, dan dia pon akan usaha cari rumah lain tapi dh 6 tahun ��

    6 tahun aku hadap perangai kakk dia yang x peduli pon privacy, bila suami tegur "kau mmg x reti ketuk pintu ke" jawapan dia. Sukati aku laaaa, kau diam laaa... Ya allah. Saya ni sekarang mulut dh mcm puaka. Pk kalau gadoh tu satu2 nye kakk dia, kalau dok rumah lain dia bertiga je ngan bibik.janda... Entah laaa. Complicated laaaa. Org x rasa x tau, tapi aku cuba lagi sabar selagi mampu. ��

    ReplyDelete
  26. Emm.. bagusnya awak menyatakan sisi positif.. semoga isteri ni masih punya tenaga untuk menghargai sisi positif ni..

    Cuma saya rasa awak memang tak berapa faham masalah isteri ni..
    Saya yang ada baby kecil dan ada saudara tolong masak kat dapur pun, tak cukup masa, inikan isteri yang semuanya dia seorang je kena buat. Mana ada masa. Ibarat suami, isteri, adik tu pun jadi macam 'anak' dia, sebab dia sorang je yang kena uruskan makan minum basuh cuci untuk semua orang.

    Suami dia kan super busy, mana ada waktu nak bercuti.

    Isteri ni pun macam jenis yang terlalu baik hati, dan kena jaga hati berbagai pihak.

    Masalah ni taklah semudah yang disangka, sebab orang2 sekitar tak cooperate dan isteri ni sudah sangat penat.

    ReplyDelete
  27. Just simple comment. Biar banyak rumah....jangan banyak orang dalam rumah. Hidup biar berdikari walaupun makan nasi lauk kicap. Belajarlah daripada kesusahan bukan takut untuk hidup susah kerana berdikari.

    ReplyDelete
  28. Tolong jgn mntak pendapat penulis ni..ini bukan kisah sinetron...ntah pape..

    ReplyDelete
  29. Sedih apabila kakak ipar campur tangan dan jadi penentu keputusan pihak isteri...Ini kerana isteri menganggap kakak nya seperti ibu kedua setelah ibunya telah meninggal dunia. Sejak itu isteri mula tidak hormat pada suami serta menuruti segala nasihat kakak nya sendiri melebihi suaminya sendiri...AstargfirullaHalaaZiim

    ReplyDelete
  30. Hmmm wahai cik safia, komen anda level2 spm. Sbb anda lulusan spm. X brp kena menasihatkn org cmni, nmpk mcm menyalahkn isteri? 😁

    ReplyDelete

Dah baca,sila lah komen... :)