Wednesday 21 September 2011

SALAH KE LUAHKAN PERASAAN KAT FACEBOOK?


SALAH KE LUAHKAN PERASAAN KAT FACEBOOK?

Kalau anda ni kaki Facebook,mesti anda dah ada terbaca artikel pasal adab-adab berfacebook ni kan?Tak kisahla dari mana sumber anda baca,mudah-mudahan artikel terbabit memberi manfaat buat diri anda semua.

Tapi kali ni saya nak beri pendapat peribadi tentang dunia Facebook yang penuh noda ini.Haha...tapi saya akan fokuskan pada aspek ’Luahan Perasaan’ sahaja la ye.

Kalau tanya pendapat peribadi saya,tak ada salahnya pun nak meluahkan apa-apa kat Facebook dengan syarat :

1.ANDA MENULIS DI WALL ANDA SENDIRI

2.LUAHAN YANG BERKIAS/BERLAPIK (cmana tu?okey teruskan bacaan,nanti saya cerita.)

Yang MENJADI KESALAHAN adalah luahan perasaan seperti ini :

”Kau memang be**na s**l!! Kau ingat kau sorang je hidup atas dunia ni??”

dan ini :

”Memang hangin satu badan hari ni..BOS yang buncit dan tak sedar diri balik2 nak maki!”

ini lagi :

”Mak aku ni tak habis-habis membebel...Bukak FB sekejap pun nak mbebel,nasibla ada mak yg mundur”

yang jenis suka terus tag nama dgn harapan semua friend list orang tu boleh baca :

”Jijah,hoi perempuan,ape celop gaduh dalam FB,kalau nak face to face ar! Ke kau tak berani sebab mulut kau bau macam longkang!”

dan yang paling menyayat hati :

”Ko memang lelaki tak guna,masa nak aku,bukan main manis ayat ko! Bila ko dapat sedap kau blah! Menyesal aku ada laki macam ko!”

Dasyat bukan?Itulah yang menjadi kesalahan sebab :

Pertama : Mention nama atau memang terang-terang tuju kat orang tu.

Kedua : Menjatuhkan maruah seseorang.Walaupun betul dia buat,tidak perlu kita mention nama dia,kalau orang tu balas balik mention nama kita,apa anda rasa?

Ketiga : Bahasa-bahasa kesat.Kan bahasa tu melambangkan keperibadian.. :)

Keempat : Tak dapat apa-apa faedah,kalau orang tu jenis mudah redha tak apa...kalau dia jenis suka balas-balas dan tak mahu mengalah?Mesti haru biru bukan?Dalam masa yang sama,anda juga akan membongkar keburukan anda sendiri.Sebab makin banyak kita berkata-kata,makin banyak kesilapan kita.

”Habis kalau niat kita nak bagi orang tu sedar diri,tak boleh ke?”

Boleh,sangat boleh.Caranya :

1.Set apa masalah anda.Contohnya tension kat tempat kerja,tension dengan salah sorang member pejabat yang kaki ampu.Boleh buat status macam ni :

”Allah dah berjanji,dia akan sentiasa bersama hamba-hambaNya yang ikhlas.Tak apa la tak pernah dapat pangkat pun.Asalkan hidup kita berkat.Bukan dengan cara mengampu”

tengok,ada mention sape2?xada kan?Sampai tak luahan hati anda tu?Dengan status ini,anda dah dapat 2 kebaikan :

1)Mengingatkan janji2 Allah kepada kawan2 lain
2)Redha
3) (Eh,ada tiga pulak...) Luahan hati anda telah pun terluah.Walaupun mungkin orang tu tak tahu sape yang anda maksudkan,tapi kalau dia salah,dia pasti akan terasa dan akan cuba berubah.InsyaAllah.

2.Cari artikel-artikel keagamaan tentang pembalasan perbuatan orang yang jahat.
Contoh : Rasa sakit hati dengan kawan yang menuduh bukan2.So,cari artikel balasan perbuatan memfitnah.Copy n paste kat note.Then kalau nak tag yang berkenaan,tag je.Kalau dia marah,sure dia memang salah.Kan2?

3.Boleh juga update status,contoh kalau ada masalah kewangan.Tapi tak ada sape tolong.Status terbaik adalah cari doa-doa murah rezeki dan copy paste je kat status.At least,sape2 yang baca pasti akan meng ’amin’kan doa anda.

”Saya ada masalah suami isteri,saya nak luahkan untuk mintak pendapat kawan-kawan.Tak boleh ke?”

Boleh! Tapi ada caranya :

1)Apa masalah anda?Contoh : Suami selalu balik lewat,rasa dipinggirkan.
Kalau suami ada facebook,update status ckp rindu n mention nama dia.Kalau ada masalah yg lain macam pertengkaran ke,cuba cari doa pengubat hati..Ala..google je..mesti ada...atau anda boleh update macam ni..

”Hati yang sakit,serahkan padaNya.Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui.Semoga segalanya dipermudahkan dan kehidupan kami bahagia selamanya”

Haa...sedap kan dibaca?Tak perlu mention sesiapa,yang penting maksud kita tu sampai kepada yang berkenaan.

Saya selalu update status menggunakan ayat-ayat kiasan.Contohnya macam keburukan/balasan memfitnah.Saya hanya copy paste artikel dan share untuk semua,xde tag dan mention nama sapa-sapa..Tapi ada yang inbox saya cakap jangan berlagak baik.Dan yang paling best org tersebut memang orang yang saya nak tujukan pun..Senang hati saya,sekurang-kurangnya dia sedar akan kandungan artikel itu.Sebab itu dia terasa kot...Hehe...

Kalau anda tengok wall saya,pasti anda perasan kiasan-kiasan saya.Dan yang paling saya pelik,kenapa orang-orang yang berkenaan ini sangat susah hati dengan status di wall saya?

Ya,bila mereka susah hati membaca status-status saya,maka merekalah orang-orang yang ’terperangkap’...TAK PERLU MENTION NAMA,kalau dia ada hati,dia akan terasa,dan bila dia terasa,maka dia adalah mereka yg bersalah!! (Alamak...terbocorkan taktik plak...)

Maka,silalah hiasi dunia Facebook anda dengan bahasa yang indah.Supaya orang akan fikir yang indah-indah tentang diri kita.

Sebagai penutup saya nak mention nama Hazira Ismail salah sorang teman FB saya..Saya tak pernah bersua muka pun dengan dia dan dia salah seorang customer saya.Tapi kata-kata yang dia inbox pada saya ni adalah satu penghargaan buat saya...Terimalah...Chey Wah... Sebagai bukti saya sediakan ’print screen’ sekali.Terima kasih banyak2 dear... :)

Hazira : Akak...jujur saya gtaw..sy suke tgok wall akak..sbb sy ase sy dpt bnyk info..kdng2 bnda xpntg pom sy suke tgok..kdng2..sy nak ty akak.Cuma malu je...sy suke tgok cara akakk..



Safia : Jadikan wall Facebook anda ruangan yang bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Dah baca,sila lah komen... :)