Friday 22 July 2011

Terengganu,waiting for me!! :(

Lama tak menjenguk blog ni...2-3 hari jugaklah..Sibuk sikit..chey wah...Fia sebenarnya baru je balik dari Hotel Plaza Kuala Lumpur.Ada Taklimat Penempatan dan Orientasi Anggota Kakitangan Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia...Wahh...buat ape fia pegi?Dah tentu2 fia adalah salah seorang "Insan Terpilih" untuk menjawat jawatan Pembantu Tadbir (P/O).Alhamdulillah...husband fia pun terpilih untuk jawatan yang sama,malah kami juga terpilih untuk berkhidmat dibawah negeri yang sama..iaitu Terengganu.Syukur sangat-sangat sbb kami antara 405 orang yang hadir telah terpilih untuk menerima tawaran ini.Orang kata,bagai mengantuk disorongkan bantal..hehehe...Tapi..

Dah tu nape title post ni ada smiley :(?? cube teka kenapa?hehe..
Ya,memg sgt bersyukur kerana diberi peluang ini.Tapi kami mengalami sedikit masalah.

1)Sekarang di Kuala Lumpur,tp kami diminta lapor diri pada hari Ahad (24 Julai) lusa!!Agak memeningkan jugak sebab husband dapat di sebuah sekolah di Kemaman,saya pula kena lapor diri pula di JPN Terengganu.Jarak kemaman ke K.Terengganu adalah 3 jam lebih!!

2)Masalah pindah - cmana kami nak setelkan hal pindah dalam masa 24 jam??Sangat serabut dibuatnya...huhu..

3)Masalah Kewangan-yelah,dah tengah bulan,gaji kat tempat keja lama belum masuk.Hujung bulan baru masuk,itu pun separuh sebab resign awal.Hmm...

Agak banyak perkara rumit yang nak difikirkan...masa yang diberi terlalu singkat.Kalau yang masih bujang,takde masalahla kan..Kalau dah berkahwin ni susah sikit (banyak kot).Jadi itulah sebabnya kat title tu ada :(...huhuhu...Apa pun,kami redha dengan ketentuan.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Dan hikmahnya pastilah apa yang terbaik untuk diri kami.Orang kata,susah2 dahulu..senang2 kmudian :)

P/S : Kesian tengok husband...sewaktu fia menulis post ni,fia tengok wajah dia yang sedang lena,kesian...Dia terlalu banyak berkorban dalam perhubungan ini.He is my true love..I love u cayang... :)

1 comment:

Dah baca,sila lah komen... :)