Saturday 30 July 2011

Adventure Week : Diari suka duka minggu lapor diri dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

21 Julai 2011 (Khamis)

Bagaikan kehidupan baru bagi saya dengan suami.Maklumlah,kami berdua ditawarkan jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17.Walaupun kalau tengok takde la tinggi sangat pangkat,tapi kami happy sgt2 sbb rezeki kami suami isteri mendapat tawaran dari government dalam masa yang sama.Hari ini kami sangat gembira..akhirnya setelah beberapa kali KPM menangguhkan tarikh taklimat penempatan,kami sampai juga di Hotel Plaza Kuala Lumpur.Dalam surat,tulis waktu pendaftaran pukul 12.30,kami sampai pukul 11.30 pagi..kematu jugaklah berdiri kat luar hotel tu sbb x boleh masuk sebelum pukul 12.30 t/hari.Ramai sungguh manusia...terpikir dalam benak kami,ramainya yang bertuah.

12.30 t/hari : Kami masuk ke dalam Hotel Plaza,wah...semua menyerbu..hehe..muka ceria ada,sedih pun ada...mungkin sedih dalam gembira.hehe...Kami masuk bersama,daftar dan duduk mengikut nombor yang ditetapkan.Nombor tempat duduk suami saya duk selang 1 baris di depan saya je...macam diaturkan pulak..hehe.. Perasaan tidak sabar dan berdebar menyelubungi..Yelah,dalam jadual sebelum ni tulis Taklimat dan penyerahan surat penempatan pukul 2.30ptg..

Sambil duduk-duduk tunggu masa nak check-in bilik,saya membelek fail yg telah disediakan di kerusi tempat saya duduk.Eh,ada jadual baru....belek punya belek,taklimat penempatan slot paling last sekali iaitu hari esok (Khamis)...argghh...memang saje wat orang tertunggu-tunggu!!

Tibe2 ada sorang puan mengumumkan sesuatu,katanya beberapa bilik belum siap dikemas sbb ada sekumpulan orang yang guna bilik2 semalam baru je check-out.So kena tunggu pukul 2 baru siap.So dia suh p makan dulu.Saya terus jenguk2 suami kot2 dia nak ajak saya keluar,tapi dia tak pandang plak.Tibe2 saya nampak sorang minah duk sebelah dia,pastu nampak cam tanya menda.Tapi saya tak risau sangat sebab minah tu takde la comey sangat.(Haha...jahat kan).

Dalam masa yang sama,saya duk tengok ada mamat tu duk arah kan 3 orang dalam satu kumpulan p amik kunci,alamak,cuak pulak..kat barisan saya duduk belum ada orang lagi,saya sorang je.Tiba2..ada seorang wanita duk di sebelah kiri saya,dan dua orang gadis comel2 duk di sebelah kanan saya..Alhamdulillah da ada geng.Tapi saya lebih tertarik dgn wanita di sebelah kiri saya,nampak macam tulus je..hehe..lalu saya pn berkenalan dengan dia,nama dia Kak Eily dah 29 tahun n ada seorang anak pmpuan umo 4 tahun dan tinggal di Subang Jaya.Dan memang spt yg sy jangka,dia memang tulus..comel je...tapi saya berkenalan juga dgn 2 orang gadis di sebelah saya...Alhamdulillah..mereka semua peramah..

Dipendekkan cerita hari tu saya dan Kak Eily bersepakat nak duk satu bilik.Yang lagi 2 orang cari sendiri kot..Tapi saya dan Kak Eily kena cari lagi sorang geng,cari punya cari,ada la sorang budak Kelatey offer diri,selesai tulis nama,budak tu kata dia x tidur kat bilik sbb nak balik umah kakak ipar dia.So....hanya saya dan Kak Eily lah kat bilik!! Seronok sebab tak payah duk ramai2..hehe..

Dah dapat bilik n kawan,lupa lak suamiku...hehe...call jap,upanya dia pn da ada geng..okey takpelah,tak risau sangat.Saya dan Kak Eily masuk bilik dalam pukul 4.30 petang selepas mendengar taklimat ringkas kat dewan tadi.Masuk bilik,kami rehat2 jap...kul 8.30 nanti ada taklimat lagi...

Tibe2 suami ku call,mintak tengok surat perlantikan yang dalam sampul yg diberi ms pendaftaran tadi CC kepada siapa...Semangat nak cek!! Tengok2 saya CC ke Pengarah di Johor,suami pula di Pahang!! Erkk...rasa nak gugur jantung..Kak Eily pn dapat CC ke Pahang.

Masuk dalam dewan malam tu...sume bising2 dah...tanya dapat CC kepada siapa...erk...sume da tau upanya...haha...Maksud CC tu..kalau CC ke Pahang,penempatan adalah di Pahang!! pandai2 je kitaorang kan..hehe..So,lepas habis taklimat pukul 10 malam,saya dan Kak Eily masuk ke bilik..masing2 susah nak lelapkan mata.Saya pula sibuk ber'SMS' dgn suami,kami da nekad,kalau betol esok penempatan masih di negeri yg di CC kan tu,salah seorang drpd kami perlu korbankan jawatan ini.

22 Julai 2011 (Jumaat)

Hari ni excited lebih sikit,yelah...seperti yang dijanjikan dalam jadual,penyerahan surat penempatan akan di adakan hari ini!! 

Okeylah,di ringkaskan cerita,dalam pukul 4.30 petang kami semua telah diberi surat penempatan...paling tak tahan,sume kena bukak lepas kiraan 123..haha..Bukak2..nampak TERENGGANU!! pastu terus risik2 suami kat depan...dia pun kat TERENGGANU!! suka sgt2!! SATU NEGERI weh...hehe...pastu risik2 kak Eily..dia dapat kat PAHANG...pape pun kami redha...Tibe2 pegawai yang handle taklimat gtau,sape2 yg dapat di Terengganu,Kelantan or Kedah,perlu melapor diri pada 24 Julai 2011 (Ahad)!!! Ha??giler...satu hari?mana sempat..dari KL ke Terengganu???mana nak cri umah n uruskan hal pindah?Paling teruk tempat lapor diri kami suami isteri berjarak 3 jam perjalanan!! Suami kena lapor diri di PKG Cheneh Baru,Kemaman,saya pula kena lapor diri di JPN Terengganu!!

Apapun,kami balik rumah...masing2 mendiamkan diri...saya termenung,suami mengurut kepala...Nak buat apa pun tak boleh...lalu kami sepakat supaya pejam mata sekejap...pergi lapor diri dulu...rumah tak perlu pindah lagi..

23 Julai 2011 (Sabtu)

Bangun pagi2...dengan langkah longlai kami kemaskan baju dan apa yang patut..dalam pukul 12 t/hari kami bertolak...hajatnya nak pergi survey sekolah suami dulu...survey punya survey,sekali dalam kawasan Felda daaa...berbukit bakau...hehe...okey tak pela...teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu...sepanjang perjalanan,saya amat resah...bukan apa,memikirkan kat mana penempatan saya sebenar?jauhkah dengan suami?

Sampai di Kuala Terengganu,kami bermalam di Hotel budget...tidur tak lena memikirkan hari esok dan kos sara hidup...

24 Julai 2011(Ahad)

Hari ni masa yang ditunggu-tunggu oleh saya,di luar JPN,kelihatan beberapa orang masuk ke pejabat..rupanya mereka semua dtg nak lapor diri jugak..Laaa..saya ingat saya sorang je..huhu...Pastu saya ingat datang,dapat surat,terus boleh pergi ke tempat posting.Sekali ada taklimat jugak...mulanya kata pegawai tersebut sampai pukul 4 petang.Saya dan suami dah pening kepala...suami yang berhasrat nak menangguh tarikh lapor diri selama 1 minggu semata-mata nak selesaikan hal saya dahulu terpaksa pergi juga berjumpa dengan Ketua Jabatan beliau.So,saya cakap,pergilah dulu.Masuk dalam bilik mesyuarat,tempat di mana PT baru melapor diri,kena pulak tunggu dekat 1 jam.Tunggu pegawai yg nak beri taklimat.

Sambil2 tu saya cuba call suami,eh da sampai?katanya Ketua Jabatan dia kat BTPN Marang...Aduhai...nasib baik la suami saya tak patah balik ke Cheneh Baru yang jaraknya 3 jam perjalanan tu..Hmmm..

Okey diringkaskan lagi cerita...Masa penyerahan surat penempatan sebenar...excited nak tengok surat,semua da dapat surat..ada yang happy...ada yang happy giler sebab dapat posting kat sekolah tempat dia belajar dulu...tibe2 saya sorang je tak dapat surat...semua masing2 da keluar untuk ke tempat posting...sekali pegawai tu cakap surat saya belum di sign oleh Pengarah JPN,jadi dia just cakap by mulut je..Katanya,saya dikehendaki lapor diri pada hari esok di PPD Hulu Terengganu,nati diorang hantar surat ke sana kemudian..erk,,,macam pelik je..takpelah...redha je..

Suami datang ambil saya dan ke BTPN Marang semula...serabut sekali lagi dalam benak kami memikirkan nak tinggal kat mana hari ni..takkan hotel lagi??tak ada bajet dah :( ...Sampai di BTPN Marang...penangguhan suami diterima dan pegawai kat sana offer kami tinggal di asrama yang disediakan selama seminggu..Alhamdulillah...syukur...Malam itu fikiran dan persoalan kami suami isteri tak temui jalan penyudah...Bagaimana saya nak hidup sorang2 kat sini tanpa suami dan sedara mara?Sape nak hantar saya ke tempat kerja?Kalau ada kecemasan siapa nak tolong??Akhirnya kami terlelap tanpa jawapan...

25 Julai 2011 (Isnin)

Saya lapor diri ke PPD Hulu Terengganu,sampai di sana,sy jumpa dengan seorang kakak nama Kak Nur,baik sangat,bila dia dapat tahu saya belum ada rumah,dia tanyakan kepada semua staf kot2 ada rumah kosong.Akhirnya dia tawarkan kuarters kepada saya..saya dan suami setuju sahaja,kami isi borang siap2...Lepas tu Kak Nur bawa saya jumpa bos (Pengarah PPD).

Saya agak terharu melihat perhubungan antara bos dengan pekerja yang sangat mesra.Saya perkenalkan diri dan dari mana.Mendengar sahaja saya belum ada rumah dan penempatan saya terpisah dengan suami,beliau terus cadangkan saya agar terus ditempatkan di Kemaman.Lagipun,surat penempatan saya belum ditandatangan.Beliau siap bagi nama sekolah yang masih ada kekosongan dan arahkan saya berjumpa dengan pegawai di JPN semula dan minta untuk ditukarkan ke Kemaman.Hati saya dah mula senang.Tapi ada kerisauan juga.

Saya,suami dan mama (mak mertua) yang baru tiba turut hadir memberi sokongan pergi ke JPN,malangnya pegawai yang dimaksudkan tiada di pejabat dan kami diarahkan dtg semula pada hari Khamis.Oleh kerana jarak PPD Hulu Terengganu dan JPN dalam 40 minit perjalanan dan waktu sudah menunjukkan pukul 3 petang,maka Pengarah PPD memberi kelepasan kepada saya untuk selesaikan urusan peribadi dan meminta saya hadir bekerja dulu sementara menunggu pegawai JPN berkenaan ada.Alhamdulillah...

Masa yang ada mama cadangkan supaya kami terus buat medical-checkup..Kami terus ke Kuala Terengganu Specialist,malangnya juga medical checkup tidak dapat dilakukan sebab dah petang.So appointment kami pukul 8.30 pagi esok,maka,saya maklumkan kepada salah sorg pegawai PPD Hulu Terengganu bahawa saya masuk pejabat lewat sedikit untuk melakukan medical check-up dan ke mahkamah utk mendapat pengesahan surat akuan sumpah.Alhamdulillah diberi keizinan.

26 Julai 2011 (Selasa)

Selesai buat medical checkup dan pengesahan surat akuan sumpah,saya terus ke pejabat dalam pukul 2 petang,mama yang menemani kami dari semalam terus pulang ke KB...terima kasih mama atas sokongan mama..

Selama di pejabat,saya duk baca je buku tentang Pengurusan Aset,sampai khatam...banyak sungguh borang2 yang berkaitan...huhu...Sementara itu,suami saya yang setia...selama 3 jam sebelum saya pulang tu,dia menunggu di masjid..kesian cayang...terima kasih cayang atas pengorbanan :) 

Kak Nur datang berbual dengan saya,tiba2 dia bagi num fon pegawai yang berkaitan ni JPN untuk mempercepatkan proses penempatan sebenar saya,sebab dia nak bagi kerja pun belum tau saya ditempatkan di bahagian apa.Saya minta izin kak Nur untuk berjumpa pegawai tersebut pada pagi esok.Kak Nur izinkan dan hati saya sedikit berbunga... :)

27 Julai 2011 (Rabu)

Saya dan suami keluar dari asrama BTPN Marang lewat sedikit,nanti kalau nak call pegawai JPN tu awal2 pagi takut mengganggu pulak.Dalam pukul 9 pagi,saya call pegawai tersebut untuk berjumpa..Tapi malang sungguh dia tiada di pejabat dan maklumkan akan ada minggu hadapan.Tanpa banyak bicara,saya terus ke pejabat.Memang kami berulang alik dari Marang ke PPD Hulu Terengganu tu dalam minggu ni...banyak juga duit mengalir untuk isi minyak...lemah semangat rasanya...

Sampai di pejabat dalam pukul 10 lebih,ada lagi 7 jam sebelum pulang,saya bertanyakan kepada staf disitu apa kerja saya boleh buat.Tapi masing2 tak tau nak bagi keja apa...hehe...lalu saya ambil keputusan untuk membaca buku ILBS kalau x silap..pasal undang2 pentadbiran...sambil2 tu saya SMS suami,saya cakap,esok peluang akhir kita sebelum pulang ke KL,kalau xdapat tukar ke Kemaman,saya dah nekad nak korbankan kerjaya ini dan cuba jadi penulis sepenuh masa.Namun suami saya masih memberi semangat supaya bersabar dan minta sama2 lakukan solat hajat malam ini.InsyaAllah...

28 Julai 2011 (Khamis)

Alhamdulillah,berkat solat hajat dan selawat,saya diluluskan penempatan di SK Lembah Jabor,Kemaman...jarak dalam 20km dari tempat kerja suami.Tak mengapalah,janji masih dalam daerah yang sama.Kami menganggap segalanya rezeki.Kami terus ke SK Lembah Jabor untuk melapor diri...Sampai disana,kami tergamam seketika melihat keadaan sekolah tersebut yang terletak di pedalaman dan dikelilingi hutan...huhu...tapi kami redha.

Alhamdulillah selesai satu masalah,kini masalah seterusnya adalah mencari rumah untuk di sewa.Kami cuba cari di kawasan Cheneh Baru,tapi semua penduduk disana mengatakan tiada rumah kosong,kami teruskan perjalanan ke Chukai,kot2 ada rezeki..tetapi setelah 4 jam,semuanya hampa...Jam pukul 6.30 petang,saya cadangkan kepada suami agar teruskan perjalanan ke Semambu,Kuantan memandangkan perjalanan dari sana ke tempat kami bekerja dalam masa 1 jam perjalanan sahaja (tapi sakit gak nak pk bajet!!).Entah berapa kali dah kami mengalirkan not biru untuk mengisi minyak...Masing2 sudah serabut.Tapi kami redha...

Sampai di Semambu,Kuantan dalam pukul 9 malam.Kami survey2 rumah,saya cadangkan agar cari rumah di Taman Datuk Abdul Rashid Salleh,dimana perumahan yang pernah saya duduk bsama mak dan adik pd tahun 2005,tiba2 suami saya buka mulut cakap disini juga dia pernah tinggal bersama dengan rakan-rakan POLISAS pd tahun tersebut!! Tuhan Maha Berkuasa menentukan jodoh pertemuan kami....walaupun tak bertemu pd 2005,dia merancang kami bertemu pada 2008 :) Alhamdulillah....perkara itu membuatkan hati kami yg gundah gulana terubat seketika.

Niat nak balik ke Damansara,KL pada hari yang sama kami batalkan.Saya cadangkan kpd suami agar kami stay sahaja di Kuantan.Awalnya suami menolak sbb kekurangan bajet,namun atas sebab risaukan keadaan suami yang sudah penat,saya cuba membantu sedikit dan mencari penginapan bajet.Jumpa saja bilik,suami saya terus baring dan lelap.Melihat suami yang lena dalam penat,air mata saya bergenang,memikirkan betapa penatnya suami saya,namun saya sangat bersyukur memiliki seorang suami yang amat kuat kesabarannya.Semua dugaan ini membuatkan perasaan sayang saya kepadanya bertambah......

29 Julai 2011 (Jumaat)

Pukul 9 pagi kami check-out...sebelum naik kereta...saya merenung ke jalan raya..."kemanalah arah kami hari ini...."...

Selesai sarapan di sebuah gerai,kami mulakan pencarian rumah di Taman Datuk Abdul Rashid Salleh,Semambu,Kuantan.Hampir 1 jam kami pusing2,segalanya hampa....jumpa sorang pakcik cakap ada sebuah rumah Cina yg akan dibuka utk disewa,namun keluarga CIna tersebut mau keluar pada hari Ahad,kami dah keje hari Ahad.Hmmm...kami teruskan pencarian di Bandar Damansara,Kuantan,hampir 1 jam jugak,kami jumpa sebuah rumah yang tinggalkan num fon di pintu...kami call tapi tidak berjawab,lalu kami catit dan teruskan mencari di kawasan perindustrian Semambu...hampa....Kawasan Galing...hampa...Air putih...beli paper..tengok iklan...namun semuanya HAMPA...sudah 5 jam lebih pusing2...kelihatan wajah suami sudah penat...kami berhenti di stesen minyak...suami menghempaskan badan di seat...pejamkan mata...saya cuba menenangkannya dengan mengusap kepalanya...sambil2 itu suami cuba call nombor2 yg kami sudah catit,,,

Akhirnya,tuan rumah di Bandar Damansara,Kuantan call....bincang2 punya bincang..katanya sewa RM500 dan perlukan deposit 2+1....Ya Allah,,,mana nak cari duit....nak cari rumah lain,rasanya dah tak ada...kesian suamiku...kami berbincang,dan bsepakat untuk menerima sahaja rumah tersebut walaupun rumah tsebut katanya sudah lama ditinggalkan...Tetapi kami tiada pilihan...buka pula topik minyak untuk ulang alik...dalam RM600++ jugak sebulan perlu diperuntukkan utk minyak kereta...saya kata,tak mengapalah...terima dahulu...mungkin ada rezeki kami nanti...Lalu suami call semula tuan rumah,perjanjian dibuat untuk bertemu pada hari Ahad ini.Selesai,kami teruskan perjalanan ke Damansara,KL...

Alhamdulillah...sudah sampai dalam 5 jam yang lalu...sampai di rumah...kami diamkan diri..masing2 memikirkan hal untuk esok...memikirkan mana nak cari sumber kewangan untk deposit rumah,mengupah org pindah brg dari KL ke Kuantan...kos perjalanan...kos makan n sara diri 2 bulan sebelum dapat gaji...Hanya ada esok sehari sebelum hari Ahad...Isnin dah nak puasa...nak mintak tolong orang?sangat sukar...sangat hina rasanya untuk meminta-minta...biarlah...mudah-mudahan adalah rezeki kami esok...InsyaAllah..Amin...


::Tuhan Merancang,Kita Juga Merancang,Namun takdir tetap di tangan Allah::

3 comments:

  1. insyaallah akan ada rezeki utk fia nnti...yg penting fia dan suami kuatkn kesabaran dan tabahkn hati dalam harungi keadaan dan msalah mcm ni...fara simpati dgn luahan fia...mgkin dgn permulaan kesusahan mcm ni la ada hikmah disblik smua ni...mgkin dgn usaha fia dlm msa smggu tu yg akan mmberi rezeki yg lbih cerah nnti....insyaallah.....tabahkn hati dan kuatkn smagt ya fia......!!!!

    ReplyDelete
  2. sabar fia..insyallah setiap pengorbanan itu ada hikmahnya..sekurangnya, 1 masa nnti, fia n hubby ada cerita nak cerita kat anak2, betapa susah nak bina kehidupan..think it positif

    ReplyDelete

Dah baca,sila lah komen... :)