NOTIS
Para Pelanggan PosLaju yang dihormati,
Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan PosLaju akan dinaikkan dari 10% ke 15%. 
Kenaikan  di atas adalah sejajar dengan kenaikan harga bahan api dan kos  pengangkutan semasa serta keputusan oleh Persatuan Syarikat Pengendali  Ekspres Malaysia (AMEC) di mana berkuatkuasa 1 Jun 2011, syarikat kurier  domestik Malaysia akan menaikkan kadar surcaj bahan api mereka daripada  kadar sedia ada ke kadar baru iaitu 15% tetapi masih mengekalkan 10%  untuk caj pengendalian. 
Kenaikan surcaj bahan api ini adalah  amat diperlukan untuk memastikan PosLaju dapat mengekalkan kualiti  perkhidmatan kepada semua Pelanggan. 
Walaupun industri kurier  telah mula menguatkuasakan kadar baru ini pada 1 Jun 2011, namun demi  kepentingan pelanggan PosLaju, kami mengambil langkah kenaikan lebih  lewat, iaitu pada 15 Julai 2011.
Terima kasih. 
BEGITULAH AYAT YANG Fia temui di page Pos Malaysia.Tak tau nak kata apa...baca dan fahamkan.Sediakan duit poket lebih sikit kalau beli online..hehehe...
 P/S :

semua barang udah naik...huhu..hujan je yang turun :)
ReplyDelete