Monday 5 September 2011

Suami tak suka pujuk,Isteri rasa tak di hargai?


Assalamualaikum...Salam Aidilfitri buat followers and pembaca yang budiman.Agak lama saya meninggalkan blog ini sepi..hehe..ok hari ni saya tak ada mood lagi nak post pasal raya.Tapi mood saya agak excited giler nak cerita pasal topik pujuk-memujuk ni..hehe..Ini kerana saya ada terima satu email dari Puan Farah (bukan nama sebenar) yang berbunyi seperti berikut,jom kita baca :

’Saya ada satu soalan,apakah cara untuk saya merawat hati yang luka jika suami tidak pernah memujuk saya jika saya terasa hati atau kami bergaduh? Kadang-kadang rasa terkilan sangat...saya makan ke,saya sakit ke,tak pernah dia kisah.Kalau saya merajuk,dia tak pernah pujuk seperti saya ni tiada erti bagi hidup dia...terpaksalah saya pujuk diri sendiri.Kadang2 sebagai isteri,saya mahukan belaian dan pujukan dari seorang suami.Tapi dah 6 tahun kami kahwin.Kalau saya merajuk,dia tak pernah pujuk.Dia buat tak tahu je..Kalau saya merajuk,kadang2 saya tak makan ke,dia tak tanya pun.Apa yang harus saya lakukan.Kadang-kadang rasa macam tak dihargai sebagai isteri.’

First sekali saya nak komen..sungguh banyak perkataan ’kadang-kadang’...Hehe..Okey,dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada,saya akan cuba bantu Puan Farah ni setakat yang termampu.

1. Apakah cara untuk saya merawat hati yang luka jika suami tidak pernah memujuk saya jika saya terasa hati atau kami bergaduh?

Cara untuk merawat hati yang luka sangat subjektif..banyak sangat...kadang-kadang kalau kita terluka,kita tak yah pikir,kita dah tau apa yang kita nak buat untuk mengubat hati sendiri.Tapi kalau terluka sebab suami tak pujuk tu,saya rasa agak janggal pula,lucu pun ada..hehe..Saya rasa lebih tepat kalau saya kata Puan Farah berkecil hati dengan sikap suami.Namun,lain orang lain rasa,kalau puan rasa terluka,apa yang boleh lakukan untuk mengubati hati adalah seperti berikut :

1.Mengambil wuduk dan beristighfar
2.Membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran.

3.Mengemas rumah/cuci kain.
   (Saya selalu buat cara ni sambil nangis.Lepas tu hati saya akan lega..Hehe)

4.Luahkan perasaan di atas sekeping kertas.Lepas luahkan,dah rasa lega,buang.

5. ........... Alamak,saya ketandusan idea...sbb kalau bab suami tak pujuk ni...ini je yang saya selalu buat...kalau pembaca ada idea yang bernas nak tambah,boleh tinggalkan di ruangan komen ye...Cuma satu nasihat saya,JANGAN SESEKALI CERITAKAN KEPADA KAWAN-KAWAN meskipun anda rapat macam isi dengan kuku..Sebab?Lu pikirla sendiri.. :)

Actually apa yang akak ni alami sebenarnya hampir sama dengan keadaan saya sekarang,bukan saya nak memburukkan suami saya.Tapi dengan pengalaman saya hidup sebumbung dengan suami yang merupakan seorang lelaki selama 1 tahun lebih,membuatkan saya cukup matang dengan sikap suami saya.Mungkin kalau nak dibandingkan dengan Puan Farah yang dah berkahwin selama 6 tahun ni tak dela matang sangat kan,yang penting kita mesti kenal suami kita.

Ya,suami saya memang sangat jarang memujuk,atau mungkin boleh saya katakan dia tidak suka memujuk atau mungkin juga tidak pandai memujuk?Hanya suami saya yang mengerti perasaan dirinya...Haha..

Mungkin ada yang kerutkan dahi dan berkata,

”Isk,tak ada nikmat perkahwinan la kalau dapat suami yang tak suka memujuk” atau

”Kesian kau Jah...laki kau ni tak ada perasaan ke?” atau

”Rugi lah kau..aku tiap kali merajuk,paling tidak pun dapat jam branded GUESS lagi!”

1. ”Isk,tak ada nikmat perkahwinan la kalau dapat suami yang tak suka memujuk”
Sape cakap tak da nikmat bila suami tak pujuk?Sangat bagus bila suami tak pujuk,ini akan melatih diri kita supaya tidak terlalu manja,menjadi lebih matang dan melambangkan ’hati kering’ (sporting) kita seorang wanita.Yelah,kadang-kadang bila kita bergaduh dengan suami,selalunya kita dah kalah,sebab tu kita merajuk,tapi keegoan tu membuatkan kita mengada-ngada lebih,betul tak?Dan bila suami kita tak pujuk,sebenarnya ini adalah suatu peluang untuk kita muhasabah diri.Kalau dah asyik kena pujuk,bila kita nak sedar kesilapan kita???Percayalah,bila kita dah sedar kesilapan kita,kita pula yang akan memujuk suami!!

2. ”Kesian kau Jah...laki kau ni tak ada perasaan ke?”
Setiap manusia dianugerahkan perasaan.Sakit,marah,sedih,pilu dan berbagai-bagai lagi lah.First,kalau suami kita tak ada perasaan,kenapa dia kahwin dengan kita?Suka-suka?atau terpaksa?kalau ye pun,takkan boleh bertahan selama 6 – 10 tahun?Ada tu sampai dah beranak-pinak.Tak ada siapa pun yang tahu apa yang tersirat di dalam hati.Kalau kita luahkan pun takkan sama dengan bisikan hati.Betul kan?Jadi,kalau rasa diri tu nak merajuk,cuba pikir perasaan suami kita?Kenapa dia tak pujuk?Ada kita tanya kenapa dia tak pujuk?

3. ”Rugi lah kau..aku tiap kali merajuk,paling tidak pun dapat jam branded GUESS lagi!”
Haha..yang ni ada orang kuarkan statement sebijik macam ni pada saya.Saya jawab je,”ADA AKU KESAH??”..Hahahaha....Hai che kak,kalau nak sesuatu kena merajuk dulu?Sejujurnya saya amatlah tak suka bila seseorang merajuk dengan suami dia berhari-hari kemudian dapat lah GUESS brand,GUCCI brand...Kalau suami mampu,its oklah,tapi kalau suami kerja biasa-biasa,apa nak dapat?Kadang-kadang kita tak tanya pun mana suami kita dapat duit untuk belikan yg brand2 ni...Kita tak peduli pun asalkan kita happy,tapi pernahkah anda bertanya kenapa ada kesan calar di lengan,kenapa suami kita balik lewat akhir-akhir ni?Yang kita tau,nak merajuk dan marah2...

Kesimpulannya dari masalah Puan Farah ni,saya cadangkan anda buang perasaan itu dan bayangkan suami yang merasai apa yang anda rasa. Cuba ubah supaya anda pula yang bertanyakan makan dan minum suami,memujuk suami dan membelai suami tanpa di suruh.InsyaAllah jika kita ikhlas dengan suami,Allah akan menggandakan ganjaranNya.Kalau suami tak pujuk tak bermakna kita tidak dihargai,sentiasalah berbuat baik dengan suami kerana setiap amalan isteri akan lebih DIHARGAI oleh ALLAH S.W.T.

P/S : ~bak kata bait2 lagu Gurauan Berkasih nyanyian Arwah Achik dan Nana~”Andai kata rajuk di hati,jangan sampai merosak cinta..”

29 comments:

  1. Tips yg tk best pun. Sakit hati plak sy baca.

    ReplyDelete
  2. He he he..ada juga tios yg saya setuju di situ..pujuk diri sendiri

    ReplyDelete
  3. Saya dah berbelas tahun kahwin..suami tak pernah pujuk pun..pujuk hati sendiri..walauoun sakit hati berbaloi kalu dicuba..hilang rasa pergantungan terhadap suami..hanya berdoa kepada Tuhan yg memegang si empunya hati moga dalam hati suami ada saya dan anak anaknya.dan tak lupa ibu bapanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang pergantungan dgn suami..berdikari sendiri..hanya Tuhan lah yg mengetahui tiap2 sesuatu..

      Delete
    2. Bawa jer ank2 g jenjalan..hiburkan hati..����

      Delete
  4. ermmm bosan...... sakit hati... letih... n menyampah pon ada... nak2 waktu kita sarat.... memang xhargai langsung....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih dgn nasihat kakak...saya pun selalu persoalkan issue ini. Alhamdulilah dpt baca blog ini. Insya allah akan saya cerminkan diri dan mengawal perasaan wlau mcm mana sakitnya hati.

    ReplyDelete
  6. Kenapa suami tak pujuk?
    Suami sangat yakin isteri akan menjadi seperti biasa 2 atau 3 hari nanti.

    Bagi saya, kalau suami telah memukul kita, boleh fikir fikir kan untuk bercerai. Buat laporan polis jika dia memukul kita seperti menampar.

    Jangan risau pasal anak2 membesar tanpa ayah kerana ayah yang memukul ibu adalah tidak berguna. Dan kesannya sangat besar dalam proses pembesaran anak2. Yakin yang rezeki anak2 tetap ada walaupun tanpa ayah mereka di sisi.

    ReplyDelete
  7. Tips yg bukan tips malah makan hati lebih parah..hahaha...

    ReplyDelete
  8. Suami sy pun x pujuk sy

    ReplyDelete
  9. Sama mcm saya. Diam mkn hati pulak

    ReplyDelete
  10. Mmg klu nk dihitung suami pujuk dlm 16thn kahwin adala sekali dua.yg lain pujuk diri sendiri.tahniah pd suami sbb berjaya transform sy sbg isteri yg 'berhati kering' setelah sekian lama.skg ni klu xpujuk pun xpe..sbb dh xkisah pun!

    ReplyDelete
  11. Tips yg bgs bagi isteri yg mempunyai suami fesyen yg mcm nih..huhu. kdg2 kita kene pujuk hati sendiri... biarlah suami xnk pujuk..kita buang ego. Mengaku kalah... bukan bererti kita kalah. Tp kerana, kita xnk kerohkan keadaan. Kalau dua2 ego maknanya retaklah rmh tngga...Pujuk diri, xpe ini bahagian aku allah dah ttp kan utk aku. Jd aku kene byk bersabar dan tempuh juga. Alahamdulillah.. saya selalu pujuk diri mcm nih...berdoa slalu agr diri dikasihi suami.

    ReplyDelete
  12. Sama lah suami sy tak pandai nk pujuk. Cuma selalu sedekahkan Fatihah utk lembutkan hati suami...supaya pandang kita dgn rasa kasih dan sayang.. huhu

    ReplyDelete
  13. https://draudhah.wordpress.com/tazkirah/rintihan-suami-yang-tak-terucap-oleh-dr-fadhilah-mohd-kamsah/

    ReplyDelete
  14. Saya pun macam tu. Jgn harap la dia nak pujuk. Dia buat x tau ada la. Lagi stress dibuatnya

    ReplyDelete
  15. Samalah...sayapun mcm x dihargai ole suami.dia sgt lebihkan ibunya.saya tau itu sepatutnya.tapi x ble jg la dia abaikan perasaan saya...sbb saya pun jenis akur jg...cum terkadang saya akan terluah pasal keterasaan saya kpdnya...mcm2lah dia tuduh dan prasangka....saya cuba bersabar demi anak2 juga...

    ReplyDelete
  16. Sama lah ngn keadaan sy..kekdg rs sy xpntg sbb dia asyk lbhkn family dia..pdhl kita dah ikut semua yg dia nk..tp merajuk lama2 pn xdpt apa..berdoa smoga satu ari nnt dia lbh hrgai kita..

    ReplyDelete
  17. Mula2 kahwin hati masih kental. Pujuk diri sendiri.. Selalu buang ego.. Bila kita merajuk, suami bukan bukan buat xth je. Siap buat muka menyampah sbb kita merajuk. Last2 kita pujuk suami.dh luah kat suami tapi dia rs mcm budak2. Bila dh bertahun2 mcm tu akhirnya kita bertukar watak. Dah jd isteri yg selfish..hati kering. Dh mls ambik th psl suami.

    ReplyDelete
  18. Suami sy baik..tp tidak kpd sy..klu bergaduh sy sabar n memujuk hati sendiri n sy pulih sendiri sbb mmg selama nie suami bukan pemujuk org nya...sehingga sampai 1 thp sy rasa spt didera secara emosi..kerana kurang keyakinan n tekanan..tp suami masih begitu...dlm hidup sy..sy cuma inginkn pujukn suami sahaja yg paling sy mntk dlm hidup nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama 7 tahun perkhwinan...1,3 n 4 yg sering sy lakukn n sy juga ada diary sy sendiri..disitulah semua suka duka sy sy simpn...buat isteri yg mngalami mcm sy cuba cari org2 yg dpt mmbntu kita hnya kerana hal yg kecil akn mnjadi sesuatu yg lebih teruk nnt...itu yg paling kita nk elakkn...

      Delete
  19. Ya lah, sama juga dengan saya. Tinggi ego suami. Tak tahu pun klu sy sedang sakit hati ke sedih ke...pandai2lah bawa hati. Nangis sorang2 waktu doa. Allah je tahu hati ini retaknya bgaimana.

    ReplyDelete
  20. Suami jenis x suka pujuk kerana ego tinggi.tahniah sebab dah transform sy jadi seorg yg berhati kering dan hilang rasa nak berbicara atau berkongsi masalah.hidup kerana ank²..bagus juga xde gangguan..follow the flow je sbb dah tak kisah.jgn salahkan isteri jika isteri berubah dari seorang yg penuh dgn rasa kasihsyg menjadi hati batu a.k.a hati kering.

    ReplyDelete
  21. Biasa sy diamkn diri & kdg nangis sambil buat kerja..2,3 hari elok semula bila nmpk suami sbnrnya baik, cuma tak pandai pujuk.. tp kali ni sy kluar rumah, kmdn baru bgtau spy izinkan...sy Tak BLK rumah..ini kali pertama sy bertindak mcm ni...mlm2 sy text luahan hati saya...apa yg sy rasa.... Harap berbaloi

    ReplyDelete
  22. Saya selalu pujuk diri sendiri. Cakap dalam hati je.. takpela takde bahagian untuk saya dapat suami yg sayangkan saya..hidup ni mesti di teruskan..ada org dpt suami yg sayangkan dia..beruntunglah dia..org macam saya ni kena bersyukur je.tak boleh banyak ragam. Yg penting hidup ni selamat, cukup makan pakai Dan boleh uruskn diri sndiri.

    ReplyDelete
  23. Good tips. Tapi lihat ada kesalahan suami. Jika kecil boleh buat bodo. Tp kalau bsr. Ko nk buat bodo? Saya mmg kaki ngamuk. Dulu awal kawin, sy punya merajuk plus mengamuk smpai utara ke selatan bawak keta dgn anak kecil. Suami? Dont care. Dh 6 thn kawin saya still ngamuk sampai darah2. Suami? Dont care pegi keja mcm biasa. I am nothing. Man is God. Today is still druging myself trying to accept all this. Hope i can sleep it through or sleep forever.please my girls..hopes someone can take care you.

    ReplyDelete
  24. Kalau dah suami jenis ego xreti nak pujuk isteri, then accept la kan.nothing you can do about it.hadap ke sebab you have been with him for about 25 years.so...what do you expect.at least he show his love to you in other way😊chill

    ReplyDelete

Dah baca,sila lah komen... :)